Thursday 26 May 2016

Santuni Fitrah Anak 2 : Berhenti me'label'

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali.  Baru hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate entry blog sebab agak busy kebelakangan ini.   Emmmm, bunyi ayat macam membangau.........Astaghfirullah a'zim.  K full stop.

Sebelum saya sambung tips seterusnya dalam topik santuni fitrah anak, saya ingin bertanya soalan cepu emas kepada anda.  Sudahkah anda mencuba tips yang pertama iaitu jangan membangau?  Apapun jawapan anda, saya percaya anda telah melakukannya dan setidak-tidaknya anda telah mencuba untuk berubah dan tidak membangau  lagi kerana u're a great mum.  Ya, kita adalah ibu yang hebat dan juga sangat-sangat sayangkan anak-anak kita. Syabas buat anda dan juga saya.

Okay, kita terus ke tips yang ke-2 :

2. Berhenti me'label'

Ada apa dengan melabel?  Adakah melabel ini sama penting dengan label pada produk dalam bisnes?  Atau bagaimana? 


Melabel dalam konteks fitrah anak adalah menghakim atau menghukum kekurangan, kepincangan, kesilapan atau kesalahan anak sama ada anak kandung, anak didik mahupun anak orang lain.  Saya masukkan juga anak didik dan anak orang lain kerana saya adalah seorang pendidik yang masih berpegang kepada pesan seorang pensyarah KPLI saya (maaf tak boleh nak recall nama penuh beliau) yang berbunyi, jika kita berlaku adil dan berbuat baik kepada anak murid kita, in sha Allah anak kandung kita juga akan menerima keadilan dan kebaikan dari guru-gurunya.  Memang cukup mendalam pesanan ini dan cukup memberi kesan kepada saya, alhamdulillah.

Bagaimana melabel boleh berlaku.  Contoh mudah dalam kehidupan seharain, bila kita lihat anak kecil berebut makanan, kita akan kata 'urgh lapar betul budak ni, eeee tak sukalah'.   Dan mungkin lebih teruk lagi, hati kecil kita berkata mak bapak tak ajar ke.  Ini jika anak kecil tersebut adalah anak orang lain.  Bayangkan jika anak kandung sendiri yang berkelakuan seperti ini.  Adakah respon kita sama?  Mungkin kita kata, itu norms bagi budak-budak yang memang suka berebut semua benda.

Okay, contoh mudah lain. Ada pelajar yang suka sangat menyampuk dalam kelas kita, konon nak tunjuk pandai namun prestasi tidak seberapa.  Pasti bermacam-macam pesepsi kita.  Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah melabel pelajar tersebut tanpa berfikir apakah punca kerenah yang menjengkelkan hati tadi.  Dan sebahagian dari kita sedar, ini berpunca dari perasaan dahagakan perhatian.  Ya, mungkin pelajar ini terpaksa melalui pelbagai situasi pahit manis sejak dari kecil dan apabila ramaja masih lagi bergelut dengan pelbagai rintangan kehidupan.  Apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna.  Keluarga kita mungkin sempurna, sempurna secara fizikal kerana kita mengangkat keluarga kita ke tahap sempurna.  Namun adakah kesempurnaan fizikal keluarga kita juga sesempurna aspek asuhan, didikan dan tarbiyah.  Renungkan sejenak persoalan ini. 

Seterusnya, marilah sama-sama kita fikirkan kesan melabel pada hati kita.  Ya sahabat semua, hati kita akan terkesan dengan tindakan kita.  Semestinya kita tidak mahu hati kita menjadi gelap dan terus menjadi hitam kerana penyakit hati sukar untuk diubati.  Justeru, hentikanlah melabel kesalahan anak-anak orang lain, maafkanlah dia dan doakanlah dia kerana kita sedang mendidik khalifah.  Ya, anak-anak kita adalah khalifah. Khalifah yang akan memimpin dunia mereka pada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai olehNya.



Team action song, SKPK 2016

Dan akhirnya, seharusnya kita sedar hakikat kehidupan, berapa ramai anak-anak yang pada awalnya dilanda badai namun akhirnya apabila dewasa, berjaya dalam hidup di dunia dengan penuh bergaya.  Mudah-mudahan dia juga berjaya di hari kemudian kerana ini semua adalah rahmat dariNya.

Thursday 19 May 2016

Santuni Fitrah Anak 1 : Stop bangau-ing

Assalamualaikum,

Semoga anda semua sihat.  Saya ingin berkongsi sedikit ilmu parenting yang saya timba bersama Pn Rosnah binti Ahmad (mesra disapa Kak Nah) pada 17 & 18 Mei lalu, yang berkongsi ilmu keibu-bapaan yang sangat bermanafaat, berdasarkan pengalaman peribadi beliau.

Jujur saya katakan, ini adalah parenting programme pertama saya sepanjang saya bergelar seorang ibu dan sesungguhnya ia benar-benar telah menjentik hati saya untuk terus mencari ilmu dan memperbaiki diri sendiri dalam usaha membantu anak-anak kandung mahupun anak-anak didik. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan namun saya bersyukur masih diberi peluang olehNya. 

Kenapa saya katakan saya melakukan kesilapan malah ada kekurangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kandung sendiri?  Ini kerana, dalam teori perkembangan kanak-kanak, perkembangan otak berlaku sehingga 80% pada umur 0-6 tahun. Dalam konteks anak kandung saya, kesemua anak-anak saya telah pun melebihi had umur ini,   
Namun saya bersyukur kerana Allah masih beri saya peluang ke-dua.  Peluang terbesar iaitu kesedaran yang diberikan oleh Allah untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan dengan cara bertaubat padaNya.  Ya, inlah jalan penyelesaian terbaik bagi saya untuk terus membantu anak-anak.

Mari saya kongsikan tips yang boleh digunakan dalam menyantuni fitrah anak :

1.  Stop bangau-ing.

Ini langkah pertama yang anda kena buat.  Kenapa dengan bangau ? Mari kita nyanyi bersama,

Bangau o bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul, 
Ikan tak nak timbul.

Ikan o ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat, 
Rumput panjang sangat.

Rumput o rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku,
Kerbau tak makan aku.

Kerbau o kerbau..............

Perut o perut............

Nasi o nasi...........

Kayu o kayu.........

Hujan o hujan.......

Katak o katak........

Ular o ular.......

Terus menyanyi lagu bangau sampai habis ya kawan-kawan.  Dalam kita seronok menyanyi lagu rakyat yang telah lama kita tinggalkan sambil mengimbau zaman kecik dulu-dulu, terselit satu pengajaran. Ya sahabat semua, pengajaran yang cukup mendalam.  Kita pernah mendengarnya dulu-dulu dari mak kita mahupun mak sedara ataupun tok wan.  Apakah pengajaran dari bangau ?  Ya, tepat sekali jawapan anda.  
Jangan sesekali menyalahkan orang lain namun inilah yang kita amalkan sehingga ke hari ini dalam semua aspek kehidupan.  Percaya atau tidak, kita menyalahkan orang lain dalam semua hal hingga dalam urusan anak-anak kita masih berkata penat, banyak kerja, stress bla bla bla.   Sebenarnya helah bela diri inilah yang menjadi tiket untuk anda untuk melepaskan diri namun ia memakan diri anda sendiri dan kesannya akan anda dapat lihat bila anak-anak makin besar dan meningkat remaja.

Solusi yang paling tepat dan mujarab adalah bertaubat.   Perbanyakkan solat sunat taubat, hidupkan sepertiga malam, baca quran, berzikir dan lain-lain amalan lain sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.  Ya, kita kena kembali kepada fitrah dan hentikan budaya bangau.



 Santuni Fitrah Anak; Dewan Al-Ghazali, PKB, tq La for your post

Saya akan sambung point seterusnya dalam entry akan datang.  Selamat beramal. Ingat, kita adalah ibubapa hebat yang sanggup berubah, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sehati dan mulia.........lagu P.Ramlee.........untuk anak-anak agar cemerlang dunia dan akhirat......kerana sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku.