Tuesday 31 December 2019

Tips Mudah Sekolah Menengah Anak

Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat tentang laluan anak ke sekolah menengah hasil dari pengalaman sendiri dan sedikit research yang sempat dibuat.  Adalah diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada ibubapa yang masih tercari-cari info tentang pendidikan peringkat menengah selepas anak-anak menerima keputusan UPSR dan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA).

Umum mengetahui pendidkan sekolah menengah terbahagi kepada 2 iaitu menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4 & 5). Berikut adalah ringkasan laluan ke sekolah menengah rendah :

1. SBP/SBPi bawah KPM
SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah sekolah di bawah KPM.  Ia dikenali melalui SMS (Sek Men Sains) dimana terdapat sebanyak 69 buah SMS mengikut sumber Wikipedia.
SBPi (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) telah diperkenalkan sejak tahun 2002 yang menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulin, Aliran Sains Tulin Agama dan Aliran Sains Teknikal dengan 12 buah SBPi seluruh negara.  

2. Sekolah kawalan/kluster kecemerlangan bawah KPM
Sekolah di bawah kategori ini meliputi SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), KAA (Kelas Aliran Agama), RKN (Sekolah Rancangan Khas Negeri) dan KRK (Kelas Rancangan Khas).

SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) - tambah 2 subjek iaitu Bahasa Arab Komunikasi dan Pengajian Quran dan Sunnah, contoh sekolah di negeri Kelantan adalah SMKA Melor, SMKA Wataniah dan lain-lain SMKA.

3. Sekolah saluran dan KAA (Kelas Aliran Agama)
Sekolah saluran adalah sekolah menengah yang telah ditetapkan oleh KPM bagi semua murid setelah tamat darjah 6 dan lebih dikenali sebagai sekolah menengah harian. Tahukah anda bahawa KPM telah menwujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) atas desakan dan permintaan ibubapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Agama (SMKA).  Dalam kelas ini anak-anak akan mengambil mata-pelajaran Bahasa Arab Komunikasi sama seperti di SMKA.

4. MRSM bawah MARA
Terdapat 3 jenis MRSM iaitu MRSM premier, MRSM IGCSE dan MRSM Ulul Albab.

5. Sekolah-sekolah bawah Yayasan Negeri
Bagi negeri Kelantan ia di bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan) yang terdiri dari Maahad Kawalan (Maahad Tahfiz Sains, Maahad Tahfiz, Maahad Muhammadi Lelaki/Perempuan), Maahad Pilihan, Maahad dan SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)

Ok meh saya kongsikan sedikit pengalaman sekolah anak-anak saya yang semuanya bersekolah rendah/menengah di bawah KPM. Harapnya anda sudi terus membaca hingga ke noktah terakhir.
  
Saya seperti ibu-bapa lain juga mahukan anak yang mempunyai latar belakang agama dalam akademik mereka.  Namun saya tidak cukup 'berani' menghantar anak ke sekolah agama selepas habis tadika atas pelbagai sebab dan alasan ketika itu.  
Maka anak-anak terus ke sekolah rendah bawah KPM sebagaimana kebanyakan orang.  Dan apabila anak naik ke sekolah menengah, dengan berbekal keputusan UPKK dan UPSR saya memilih sekolah agama buat mereka.  

Anak sulung dan anak ke-2 saya meneruskan pendidikan menengah di SMKA manakala anak ke-3 pula berpeluang mengikuti program quranik MRSM Ulul Albab.  Pengalaman menguruskan kemasukan anak ke-3 ini menjadikan saya seorang yang lebih optimis dan dinamik dalam pendidikan anak-anak.

Kenapa saya baru jadi seorang ibu yang lebih optimis semasa anak ke-3? Ini kerana saya mula bertindak untuk membuat rayuan.  
Jujur saya katakan, semasa zaman abang-abang naik form1 dulu saya tidak pernah menghantar sebarang surat rayuan sama ada MRSM Ulul Albab ataupun Imtiaz selepas dimaklumkan permohonan tidak berjaya. 
Namun apabila anak ke-3 terpaksa ke sekolah saluran selepas menolak tawaran SBP, saya terpaksa gagahi jua langkah membuat rayuan.  
Maka, bermulalah episod saya mengarang surat rayuan dan beberapa kali memanjat tangga ke pejabat JPN dan ibu pejabat MARA di KL. Alhamdulillah anak yang ini dapat mengikuti program tahfiz di sekolah kawalan KPM iaitu SMKA Tok Bachok yang baru setahun menjalankan program tahfiz. 

Setelah beberapa bulan, dia kemudiannya merayu-rayu pula untuk ke program tahfiz anjuran MARA lantaran ramai rakan-rakan SMKA-nya yang mendapat tawaran MRSM Ulul Albab.  
Dan atas desakan anak ditambah dengan rasa ingin mencuba, saya gagahi rayuan ke ibu pejabat MARA pula. Alhamdulillah sekali lagi rezeki menyebelahi anak dimana dia telah diterima untuk kemasukan terakhir ke MRSM Ulul Albab Besut awal Mei 2016. 

Saya juga terpaksa melalui pengalaman rayuan semasa anak ke-4 dan alhamdulillah kini bersekolah di SMKA sama seperti abang-abangnya (setelah menunggu seketika rayuan untuk ke SMKA Tok Bachok selain dua kali menolak tawaran MRSM IGCSE juga ditawarkan selepas proses rayuan).





Gambar bersama putera-puteri - sekadar hiasan entry kali ini

Apa yang ingin saya katakan disini adalah buatlah rayuan sekiranya anak tidak mendapat tawaran ke mana-mana sekolah yang diimpikan.  
In sha Allah, anak kita akan dapat yang terbaik buat mereka dan satu hari nanti kita juga turut akan merasa tempiasnya.

Semoga selamat semuanya. Aamiin Ya Allah.

Saturday 9 November 2019

Strategi Mudah Pandai Catur

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi kerana busy with a lot of things...saya kembali dengan judul entry kali ini tentang cerita catur anak-anak kandung saya serta sedikit tips for chess beginers.  
Umum mengetahui catur mempunyai impak yang tersendiri terutama dalam meningkatkan fokus mahupun kenyakinan diri.  Segelintir pula beranggapan bahawa catur mempunyai kaitan dengan tahap genius seseorang.  
Sejauh mana kebenaran anggapan ini, saya sendiri kurang pasti.  

Namun, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang baik tentang catur berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak saya Tuan Zarif Irfan & Nurul Izzah.  Catur telah mengubah mereka jadi lebih matang sejak mereka berdua terlibat dengan permainan ini bermula beberapa tahun lepas.  
Dan sejak itu juga saya makin aktif berfb.  Lihat, nampaknya catur juga turut mengubah persepsi saya terhadap medsos dan menjadikan ia sebagai album bagi mengabadikan kenangan berharga untuk tatapan masa depan.  

Tournament pertama Izzah di SK Temangan tahun 2016 

Ok bagaimana kami bermula dalam catur.  Jujur saya katakan pada peringkat awal, set catur yang ada di rumah hanyalah sekadar koleksi indoor games yang saya sediakan untuk menghadapi cuti sekolah hujung tahun.  Set indoor games ini sering kali dipandang sepi.  Saya sediakan beberapa set saidina, congkak dan juga papan karum (mungkin kurang kualiti sebab harganya murah).  Namun kami jarang-jarang bermain apatah lagi membuka papan catur.  Sesekali bila terasa 'puas' dengan tv dan ps, anak-anak dilihat memegang duit-duit saidina dan buah catur.  
Dari situ mereka tahu gerakan asas catur dan sesekali berlawan sesama sendiri atau bersama si ayah yang celik catur berbanding saya yang totally zero. Ini berlarutan selama beberapa tahun sehingga  anak ke-2 saya Tuan Zakwan direzekikan menjadi wakil sekolah semasa tingkatan 2.  

Namun ini masih belum cukup memberi kesedaran kepada saya meskipun saya sedia maklum prestasi memberangsangkan arwah 2 puteri arwah bapa saudara yang telah mencipta nama hingga ke peringkat kebangsaan dalam permainan ini. 

Segalanya berubah pada penghujung tahun 2014 dimana saya mula memikirkan game yang sesuai untuk Zarif lantaran taekwondonya yang kurang menyerlah. Maka bermulalah dunia catur buat Zarif.  Syukur alhamdulillah selepas menyertai beberapa tounament, Zarif akhirnya terpilih dalam list pencatur KBS (Kota Bharu Selatan) pada tahun berikutnya.  
Bila dikenang kembali, memang lucu. Saya sendiri tak tahu bahawa saya daftarkan anak untuk tounament anjuran MSSD kerana sekolah anak (SKPK) masih belum ada kelab catur pada masa itu. 
Alhamdulillah, dengan pencapaian kecil ini juga dapat beri inspirasi dan kekuatan kepada sekolah untuk menubuhkan kelab catur dan juga rezeki buat Zarif menjadi pengerusi kelab selama 2 tahun. Dan sehingga kini tahun 2019, Zarif telah 6 kali menyertai tounament hingga ke peringkat negeri.

Manakala si adik, Izzah mula menjinakkan diri dengan catur pada pertengahan tahun 2016 setelah banyak kali menjadi peneman saya setiap kali si abang ada tounament. Dan alhamdulillah Izzah juga telah terpilih sebagai pencatur KBS pada tahun berikutnya. 

Sesungguhnya, memang benar pengakuan seorang guru yang mengatakan bahawa amat mudah untuk mengumpul sijil dalam catur dan seterusnya menjadi aktif dalam kokurikulum hanya dengan bercatur.  Dan seandainya rezeki anak sememangnya telah tersurat dalam catur, mereka juga dengan mudah akan mendapat sijil dan hadiah pencapaian.  Ini merupakan satu bonus buat mereka dan juga kita sebagai orangtua.

Zarif dan Izzah@MSSD 2019 (Zarif tidak kelihatan dalam foto)

 Zarif @MSSD2019

Izzah@MSSD2019

Ok, disini saya kongsikan beberapa tips untuk mendekatkan anak dengan catur :

1. Beri pendedahan awal
Belikan set catur untuk anak kenal papan & buah catur serta ajar mereka gerakan asas catur.  Kemudian, minta anak masuk kelab catur sekolah untuk meningkatkan kemahiran bercatur mereka.

2. Masuk chess tounament
Langkah seterusnya adalah join tournament.  Ada banyak tournament anjuran persatuan-persatuan catur terutama sepanjang cuti sekolah.  Ini adalah perlu sebagai persedian mental dan fizikal anak menjelang tournament peringkat MSSD.  Perlu diingat, jangan sesekali memaksa anak  join tournament. Beri mereka masa agar mereka benar-benar bersedia fizikal mahupun mental.

3. Cari sifu
Ini juga perlu dan sangat penting untuk memastikan anak cukup bersedia dalam menghadapi tournament selain memastikan anak kekal releven kerana sesungguhnya, catur mempunyai sejuto ene langkah untuk opening, middle dan juga end game.

4. Terus motivasikan anak dan doakan mereka
Bagi saya, ini juga sangat penting bagi memastikan minat anak tetap pada catur kerana minat mereka akan berubah seiring dengan usia mahupun masa. Teruskan beri semangat jika anak kalah dalam sesuatu game (biasanya ada 6-7 games dalam sesuatu tournament, bergantung kepada penganjuran dan bilangan peserta) supaya semangat juang mereka tetap utuh untuk menghadapi game seterusnya.  
In sha Allah mereka akan beroleh sesuatu yang baik di penghujung setiap tournament sama ada sijil penyertaan, sijil pencapaian atau hadiah kemenangan dan seterusnya bersedia untuk tournament yang akan datang.  Dan of coz, doakan yang baik-baik untuk mereka agar Allah kurniakan sesuatu yang baik melalui aktiviti catur ini. In sha Allah.

Akhirnya selamat mencuba dan semoga entry ini memberi manfaat dalam usaha kita menyantuni fitrah anak.  
Anda juga boleh mengikuti perkongsian catur anak saya di fb.  
Tq vmuch dan jumpa lagi.