Tuesday 28 January 2020

Santuni Fitrah Anak 4 : Pengisian Rohani

Selamat bertemu kembali dengan topik entry Santuni Fitrah Anak - part 4. Tuan puan yang saya kasihi sekelian, entry ini ditulis hasil dari pengalaman sendiri bersama anak kandung dan anak didik yang of coz punya pelbagai ragam dan kerenah.  Ia adalah kombinasi dari pelbagai sumber ilmu yang telah dipelajari, mahupun hasil dari ceramah yang didengar dan juga pengalaman sendiri.  Ya, saya gabungkan ke semuanya dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan seharian kami.  Dan saya persembahkan di sini untuk tatapan anda semua kerana saya ingin berkongsi in sha allah sesuatu yang baik buat kita semua.  

Ok, nasihat utama saya adalah jadikan masa bersama anak walaupun untuk tempoh masa singkat sesuatu yang penuh bermakna iaitu dengan menyelitkan pengisian rohani dalam diri anak-anak.  Kata orang tu...quality time yang bersifat fitrah. 
Ya, saya berazam untuk menggunakan quality time saya bersama anak dengan memastikan rohani mereka terisi.  Ini kerana saya dan anda semua percaya bahawa rohani perlu diisi dan dibaja agar ia tetap subur bagi menjadi titik mula kepada semua perkembangan yang lain selain menjadikan diri kuat secara rohani.  

Justeru sebagai seorang ibu, jangan tunggu masa yang sangat sempurna dan sesuai kerana ia jarang sekali berlaku.  Dan jangan sampai pening kepala memikirkan di manakah masa yang sesuai untuk dijadikan quality time.  Sebagai contoh, saya menjadikan perjalanan pergi dan balik sekolah sebagai quality time kami.  Saya gunakan masa yang singkat ini dengan membaca bersama-sama anak surah-surah pilihan seperti al-fatehah, al-ikhlas, al-inshirah, ayat kursi, surah Toha 1-5 atau lain-lain surah. Selain dari surah-surah pilihan, kami amalkan juga berselawat ke atas Nabi, zikir-zikir asma ul-husna ataupun doa-doa lain. 





Tuan puan juga boleh memanfaatkan masa perjalanan jauh yang diselang-seli antara amalan sunnah dan pengisian bersifat akademik untuk subject pilihan seperti menambah vocab BI dan juga kemahiran mencongak untuk matematik.  Pastinya perjalanan jauh anda akan menjadi lebih bermakna kerana ia memberi memori manis kepada anak-anak selain ada pengisian bermakna.
Contoh masa berkualiti lain adalah beberapa minit sebelum anak tidur.  Ini adalah masa yang paling sesuai untuk perkembangan otak dimana sel-sel otak akan berhubung semasa tidur...ramai yang berkata begini.  
Apa yang saya lakukan adalah aktiviti membaca seperti amalam omputih sebelum bed time mereka.  Kita boleh pilih untuk membacakan topik-topik tertentu sesuatu subjek dan di waktu lain giliran anak pula yang membaca.  In sha Allah hasilnya sangat memberi impak kepada anak mahupun diri sendiri, percayalah.

Di waktu yang lain, setiap kali anak berada di sisi saya, saya akan ingatkan mereka untuk lakukan juga amalan-amalan sunnah.  
Contoh, anak masuk ke dapur untuk minum air, saya akan ingatkan mereka untuk membaca qulhu 1 kali.  Kita masuk ke ruang keluarga, ingatkan anak yang ada di situ untuk berselawat 3 kali, 7 kali.  Ada ketika saya ubah dengan melaungkan perkataan takbir dan disambut oleh anak dengan laungan Allahuakbar.  Ini saya ulang-ulang sekerap yang boleh dengan kepelbagaian surah, selawat ataupun zikrullah.  
Secara tidak langsung, kita juga turut mengamalkan amalan penyucian jiwa untuk diri sendiri.  Masakan tidak, kita menyuruh anak untuk berselawat, pasti kita dalam masa yang sama turut berselawat.  Bukankah ini 2 in 1 namanya?  Ya, inilah yang dinamakan 2 in 1 yang sebenar.  Mudah-mudahan usaha ini akan menjadikan kita hambaNya yang in sha Allah lebih baik dari semalam.  Dan dalam masa yang sama kita sedang memperkasakan rohani anak...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.  Ayuh sama-sama kita lakukan amalan murni ini.



Akhirnya, saya mohon maaf andai tersilap di mana-mana. Maafkan insan kerdil ini yang suka berkongsi sikit tips mak mak yang masih perlu belajar banyak perkara dalam mendidik dan mentarbiyah anak. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Selamat mencuba.

Wednesday 8 January 2020

Tips Anak Asrama

Apa khabar ? Hopefully you all are well, been blessed and happy no matter what you do
Baru kini entry anak asrama dapat dipublish setelah agak lama saya peram. 

Berikut adalah beberapa tips santai dari saya, moga ia bermanfaat:

1. Terangkan kenapa mereka perlu tinggal di asrama
Kita sedia maklum trend anak mula tinggal di asrama seawal umur 13 tahun iaitu naik form1.  Justeru, ibubapa juga perlu kental dan menerima hakikat telah tiba masa anak-anak kita dilatih untuk menjadi lebih berdikari. 
Pasakkan dalam kepala anak seawal mungkin tentang sekolah menengah dimana anak akan ke sekolah baru, berkawan dengan kawan baru, berjumpa cikgu baru  dan bersedialah untuk tinggal di rumah baru mereka iaitu asrama.     

2. Mudahkan urusan anak dan happykan hati mereka
Selain keperluan fizikal (pakaian, makanan ringan, duit belanja dan lain-lain keperluan) yang cukup, anak juga perlu diziarahi mengikut keperluan dan keadaan.  Luangkan sedikit masa kita untuk jenguk anak asrama sekerap yang boleh ikut keperluan ataupun atas permintaan anak.  Cukup dengan sedikit bekal makanan yang boleh dinikmati bersama, kita dengar cerita-cerita anak dan beri nasihat mana yang perlu semasa hari outing mereka atau ketika anak memerlukan kehadiran kita.  
Saya sangat percaya kesediaan kita meluangkan masa berjumpa walau sekejap akan jadi asbab kita tetap dekat di hati mereka in sha Allah.
Satu lagi, adalah lebih elok jika kita mengganti barang anak yang hilang supaya rantaian mengambil barang orang lain (mencuri) terhenti selain kita menghappykan hati mereka.  Dalam masa yang sama, nasihatlah anak untuk jadi lebih bertanggungjawab supaya hilang barang tidak berulang lagi.

3. Doa
Kunci paling utama adalah doa.  Doakan yang baik-baik untuk anak.  Saya teringat pesanan seorang ustazah yang berkongsi doa simple, "Ya Allah, aku tinggalkan anak aku si polan bin si polan di bawah perlindungan dan jagaanMu Ya Allah, jagakan dia untukku Ya Allah".  
Dan alhamdulillah, setiap  kali saya menghantar anak ke asrama, saya amalkan doa ini semasa bersalam dengan anak dan saya dapat rasakan ketenangan saat  tinggalkan dia aamiin.


 Pendaftaran Iffah naik Tingkatan 4 Kopu awal 2019

5 orang putera puteri saya

Saya hanya seorang mak yang biasa-biasa namun saya mempunyai impian yang besar terhadap anak-anak saya sama seperti ibu-ibu lain.  Pengalaman sendiri dengan pelbagai kerenah anak asrama jadikan saya seorang yang lebih dewasa dalam semua aspek in sha Allah.  
Saya juga mengamalkan konsep 'ber-ingat' dalam media sosial kerana anak-anak saya di "dalam" asrama.  
Semoga kita semua dilindungi sokmo olehNya aamiin.