Friday 22 May 2020

Jadi emcee?

Tugasan emcee konvo PKB; sidang JKM

Nape kena jadi emcee?

Saya tak biasa jadi emcee, cari orang lain la. Si polan tu biasa jadi emcee.

Ramai yang akan menolak tugasan ini dengan pelbagai alasan.

Berdebar jadi emcee?
Jawapan saya...memang sangat berdebar dan debaran akan tetap sama walau dah banyak kali pegang tugasan@amanah ini.  Yang pasti, tidur tak lena, makan pun tak lalu tapi kadang-kadang menambah. Hihi..bunyinya macam lucu.  
Tapi inilah hakikiatnya. Dan debaran semakin terasa beberapa hari sebelum event.  
Dan pada hari kejadian, otak terasa kosong, tangan jadi sejuk, senyum pun hambar....degup jantung jangan criter la. Ini yang saya rasakan.

Ok, saya nak share pengalaman sendiri menjadi emcee untuk majlis di tempat kerja. Saya bermula dengan menjadi pembaca nama graduan bagi majlis konvokesyen secara bidan terjun untuk menggantikan seorang rakan yang ada emergency case.  Saat itu, tak sure apa perasaan saya.  Nak tolak, rasa macam tak kena dan bila diam membisu, itu tandanya setuju. 

Dek kerana masa yang semakin suntuk, so saya practise sendiri dengan menyebut nama anak-anak kandung, malam sebelum tidur. Masa ni saya tak pandai mana intenet dan tak terfikir untuk buat research. Maka, saya practise sendiri-sendiri dan minta komen encik suami.  
Saya berazam nak buat sungguh-sungguh dan cuba dapatkan intonasi yang sedap didengar. Saya imagine diri saya adalah parents kepada graduan yang tertunggu-tunggu nama anak disebut. Percubaan pertama menjadi, alhamdulillah.

Dan selepas itu saya mula diberi tugasan sebagai emcee untuk event kecil-kecilan dalam jabatan. Untuk event besar seperti majlis konvo, actually saya tak ingat sejak tahun bila. Masa tu, saya hanya membaca je teks yg diberi dan kadang-kadang terpaksa adjust sendiri pada hari rehearsal.  Dan ia memang sangat mencabar. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya diberi kepercayaan memegang jawatankuasa emcee konvo yang menjadikan tugasan emcee saya jadi lebih mudah sedikit. Jadi mudah tu sebabnya kita yang prepare teks dan kita sendiri yang membaca teks tu. Mudah kan ?


Rakaman suara untuk video konvo PKB

Ok saya kongsikan di sini beberapa tips asas menjadi emcee based on pengalaman sendiri :

1. Bersedia fizikal mental
Berlatih dan berlatih.  Ya, anda kena berlatih dengan cara membaca dengan intonasi yang sesuai dan sedap didengar.  Ini adalah basic bagi membiasakan diri. 
Saya memilih untuk menjadi diri sendiri kerana lebih selesa dengan gaya sebutan sendiri dan sangat percaya dengan anugerah Yang Maha Esa.  
Ya, rezeki Allah itu luas dan semua orang sememangnya mempunyai rezeki dan bakat yang tersendiri.

Dalam masa yang sama, jaga peti suara dan juga kesihatan dengan baik.  Amalkan minum air masak, rehat yang cukup untuk tempoh beberapa minggu sebelum majlis selain doa mohon dipermudahkan urusan dan diberi kelancaran lisan. 
Dan of coz persediaan baju, tudung ataupun kasut akan meningkatkan keyakinan diri dan boleh menyumbang tenaga dan aura berbeza dalam menjalankan tugasan ini dengan baik.  

2. Teks
Bahagian ini amat penting dan merupakan nadi pengacaraan.  Ia memerlukan ketelitian. Buat perbincangan dengan penganjur/jawatankuasa induk untuk mendapatkan gambaran berkenaan perjalanan majlis secara terperinci atau maklumat lain yang berkaitan.  Perbincangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa bergantung keperluan.

Lakukan research bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan teks lengkap perlu melalui proof read bagi tujuan penyemakan/pendapat ke-dua.


3. Mengacara dengan ikhlas
Ikhlaskan hati dalam menjalankan amanah mengacara kerana ia mempengaruhi mudahnya urusan kita kerana mengacara majlis adalah sesuatu yang berkait dengan hati manusia. Maka keikhlasan hati akan menjadi penyumbang besar bertautnya hati-hati orang yang mendengar dan akhirnya menjadi kunci kejayaan majlis.

4. Beri kerjasama dengan semua ajk/penganjur
Sangat penting bagi seorang emcee untuk beri kerjasama yang baik dengan semua ajk atau technical crew yang terlibat seperti floor manager, audio/video crew dan semua ajk/petugas lain bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Akhirnya, sekali lagi saya nak pesan ikhlas dari hati...jadilah emcee saat uols dilamar menjadi emcee dan ambil peluang yang terhidang depan mata untuk melihat sejauh mana kemampuan diri.

Salam jumaat buat semua frens. Bye.

No comments:

Post a Comment