Friday 25 September 2020

Kenali Barang Kemas

Barang kemas atau perhiasan emas wanita adalah termasuk dalam kategori emas perhiasan. Ia termasuk cincin, gelang, rantai leher dan lain-lain bentuk barang kemas wanita.

Rantai tangan dan cincin 999.9; koleksi peribadi

Rantai tangan bola emas916, goldbar/dinar Public Gold

Ok, semasa membeli barang kemas, perhatikan cop atau tanda yang terdapat pada tag harga barang kemas seperti  916, 835 dan sebagainya.  Ini adalah tahap ketulinan emas.  

Sebagai contoh, cop 916 yang terdapat pada barang kemas adalah bermaksud emas tulin 91.6% dan ia  adalah emas paling popular di Malaysia.  
Manakala 835 pula adalah emas yang biasanya digunakan untuk mengikat batu permata iaitu emas tulin 83.5% dengan sifatnya yang lebih keras berbanding emas 916.

Setelah anda kenal ketulinan barang kemas, seterusnya anda perlu tahu pula bagaimana cara mengira harga barang kemas yang hendak dibeli. Gunakan formula berikut :

Harga barang kemas   = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah

Berat emas biasanya adalah dalam unit gram. Bagi negeri Kelantan, ia mempunyai ukuran berat emas tersendiri iaitu rial berat dimana 1 rial berat bersamaan dengan 2.72 gram.

Contoh pengiraan berat emas di Kelantan :  

Harga emas semasa = RM 180/gram
Harga emas dalam rial berat = RM 180 x 2.72 = RM 489.60

Justeru jangan terkejut apabila anda bertanya berapa harga emas di Kelantan bilamana tuan kedai menjawab RM489.60.  Nilai RM489.60 ini bukanlah untuk 1 gram tetapi ia adalah untuk 2.72gram atau 1rial berat.  Haa gitew.

Kos upah adalah kadar upah bagi tukang emas yang dikenakan ke atas pembeli dimana ia juga adalah sebahagian keuntungan bagi pihak penjual.  Kos upah adalah berbeza bagi setiap kedai emas selain  bergantung kepada kerumitan dan rekabentuk barang kemas. 

Justeru sebagai seorang pembeli, anda berhak meminta pengurangan harga dengan menawar kos upah selain bijak memilih kedai emas yang menawarkan kos upah yang berpatutan kerana harga emas adalah tetap.  Terdapat kedai emas yang menawarkan harga emas mengikut harga semasa tanpa mengenakan kos upah.  Ada juga kedai yang menawarkan harga emas dengan diskaun, contoh diskaun RM10 segram dari harga semasa dan kos upah antara RM10 hingga RM12 segram.    

Contoh pengiraan belian barang kemas

Harga emas semasa = RM180/gram (dipamir di kedai emas)
Berat barang kemas = 21gram (lihat tag harga pada barang kemas)
Kos upah = RM250 (anda kena tanya jurujual kedai emas)

Masukkan maklumat ini ke dalam formula dan tekan calculator dan anda akan dapat harga barang kemas yang anda beli.  Senang kan...

Harga barang kemas 21gram   = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah = (21 x 180) + 250 = RM4030; dan anda pun membayar RM4030 menjadikan harga emas anda adalah RM191 segram termasuk upah.

Maka untuk lebih nilai, anda perlu menawar@minta kurang pada kos upah; win-win situation antara anda sebagai customer dan tuan kedai sebagai seller.

Notakaki: Pm akak 019-9199323 atau 011-12760818 untuk sembang sembang produk emas/akaun simpanan emas GAP Public Gold. Kami guide sebaiknya.

4 comments:

  1. Kalau bukan hari ini, bila lagi? Emas terbukti aset yang mudah dimiliki dan kekal cemerlang dalam ekonomi.
    Jom menabung dengan emas.
    Yang bujet besar, anda berpeluang untuk buat pasif income dengan menjadi dealer PG.
    Yang bujet kecil, kita sama-sama manfaatkan akaun simpanan emas GAP (Gold Accumulation Program); minima RM100 jer pada setiap belian.

    ReplyDelete
  2. thanks puan utk info..kpd sesiapa yg ingin tahu mengenai cincin berlian bleh rujuk di artikel ini https://glowafterdark.blogspot.com/2022/07/12-best-jewelry-stores-to-buy-diamond.html

    ReplyDelete