Friday 25 September 2020

Kenali Barang Kemas

Barang kemas atau perhiasan emas wanita adalah termasuk dalam kategori emas perhiasan. Ia termasuk cincin, gelang, rantai leher dan lain-lain bentuk barang kemas wanita.

Rantai tangan dan cincin 999.9; koleksi peribadi

Rantai tangan bola emas916, goldbar/dinar Public Gold

Ok, semasa membeli barang kemas, perhatikan cop atau tanda yang terdapat pada tag harga barang kemas seperti  916, 835 dan sebagainya.  Ini adalah tahap ketulinan emas.  

Sebagai contoh, cop 916 yang terdapat pada barang kemas adalah bermaksud emas tulin 91.6% dan ia  adalah emas paling popular di Malaysia.  
Manakala 835 pula adalah emas yang biasanya digunakan untuk mengikat batu permata iaitu emas tulin 83.5% dengan sifatnya yang lebih keras berbanding emas 916.

Setelah anda kenal ketulinan barang kemas, seterusnya anda perlu tahu pula bagaimana cara mengira harga barang kemas yang hendak dibeli. Gunakan formula berikut :

Harga barang kemas   = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah

Berat emas biasanya adalah dalam unit gram. Bagi negeri Kelantan, ia mempunyai ukuran berat emas tersendiri iaitu rial berat dimana 1 rial berat bersamaan dengan 2.72 gram.

Contoh pengiraan berat emas di Kelantan :  

Harga emas semasa = RM 180/gram
Harga emas dalam rial berat = RM 180 x 2.72 = RM 489.60

Justeru jangan terkejut apabila anda bertanya berapa harga emas di Kelantan bilamana tuan kedai menjawab RM489.60.  Nilai RM489.60 ini bukanlah untuk 1 gram tetapi ia adalah untuk 2.72gram atau 1rial berat.  Haa gitew.

Kos upah adalah kadar upah bagi tukang emas yang dikenakan ke atas pembeli dimana ia juga adalah sebahagian keuntungan bagi pihak penjual.  Kos upah adalah berbeza bagi setiap kedai emas selain  bergantung kepada kerumitan dan rekabentuk barang kemas. 

Justeru sebagai seorang pembeli, anda berhak meminta pengurangan harga dengan menawar kos upah selain bijak memilih kedai emas yang menawarkan kos upah yang berpatutan kerana harga emas adalah tetap.  Terdapat kedai emas yang menawarkan harga emas mengikut harga semasa tanpa mengenakan kos upah.  Ada juga kedai yang menawarkan harga emas dengan diskaun, contoh diskaun RM10 segram dari harga semasa dan kos upah antara RM10 hingga RM12 segram.    

Contoh pengiraan belian barang kemas

Harga emas semasa = RM180/gram (dipamir di kedai emas)
Berat barang kemas = 21gram (lihat tag harga pada barang kemas)
Kos upah = RM250 (anda kena tanya jurujual kedai emas)

Masukkan maklumat ini ke dalam formula dan tekan calculator dan anda akan dapat harga barang kemas yang anda beli.  Senang kan...

Harga barang kemas 21gram   = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah = (21 x 180) + 250 = RM4030; dan anda pun membayar RM4030 menjadikan harga emas anda adalah RM191 segram termasuk upah.

Maka untuk lebih nilai, anda perlu menawar@minta kurang pada kos upah; win-win situation antara anda sebagai customer dan tuan kedai sebagai seller.

Notakaki: Pm akak 019-9199323 atau 011-12760818 untuk sembang sembang produk emas/akaun simpanan emas GAP Public Gold. Kami guide sebaiknya.

Thursday 24 September 2020

Beli dan simpan goldbar/dinar Public Gold

Bagi yang berminat membeli dan menyimpan goldbar dan dinar, Public Gold adalah jenama terbaik kerana jaminan buyback nya yang lebih mesra pelanggan. 

1Dinar PG emas 916 (berat 4.25gram) design awal produk dinar PG 

Goldbar/dinar PG dan BK RT boba (hasil tukang emas Kelate)

Ada 3 cara belian untuk dipilih. Anda pilih dan sesuaikan ia dengan jiwa dan kedalaman poket anda.

CARA 1 : Namanya outright purchase. Dalam bahas Inggeris; cash and carry. Dalam ayat mudah; locked harga, bayar, bawa balik dan simpan.
Caranya mudah. Tengok jenis emas yang hendak dibeli di web Public Gold, kira harga bersih (harga emas + gold premium), order melalui trusted dealer Public Gold atau order secara online di web Public Gold (sekiranya web Public Gold minta introducer, boleh letak Fauziah PG00245824 atau en suami Tuan Mohd Azani PG009139 sebagai introducer). 
Kemudian anda boleh tentukan untuk ambil emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold. Jika anda mahu emas ini diposkan kepada anda, Public Gold menyediakan perkhidmatan pos dilengkapi insurans sehingga RM5K@maksima 20gram (ini dipanggil Gold In Transit (GIT) dimana kos pos adalah tanggungan sendiri).  

CARA 2 : Namanya Syariah EPP (Easy Pay Purchase) 
Kaedah ini membolehkan anda membayar kos belian emas selama 4bulan atau 10bulan.  Untuk EPP 4bulan, minima belian adalah RM1000. Untuk EPP 10bulan, nilai belian adalah RM5000 ke atas.  Selepas habis bayaran, anda boleh ambil emas anda di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia atau dipos secara GIT (untuk 20gram ke bawah). 

CARA 3 : Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Program Pengumpulan Emas.  
GAP adalah akaun simpanan yang menyimpan emas dalam bentuk emaa 999.9 di dalam akaun. Anda boleh membeli emas dengan nilai serendah RM100, tiada had maksima belian dan tiada juga komitmen bulanan (beli bila-bila masa asalkan cukup duit minima RM100). Public Gold akan menyimpan emas ini bagi pihak anda secara percuma dan ia disahkan patuh syariah.  
Untuk akaun GAP, anda tidak memegang emas fizikal namun anda boleh mengeluarkan emas anda pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold (minima 1gram dalam akaun bagi memastikan akaun anda kekal aktif). Anda juga boleh menjual semula emas dalam akaun GAP anda kepada Public Gold (ikut harga PG buy) dimana wang hasil jualan semula ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda. 
Akaun GAP adalah sangat flexible kerana urusan jual beli dibuat sendiri secara online. Kanak-kanak dibawah 18tahun juga boleh membuka akaun GAP dengan seorang pentadbir akaun (ibu/bapa/penjaga).
 

Screen shoot paparan harga emas di web rasmi Public Gold

Secara umumnya, inilah 3 kaedah yang anda boleh pilih unuk membeli emas (perak pun sama) dengan Public Gold ke arah punya aset emas. 
Ia adalah aset yang boleh sikit demi sikit, gram demi gram.

Emas, terbukti kekal cemerlang dalam ekonomi selain menjadi pilihan utama dalam bidang-bidang lain.

Selamat menabung dengan emas. Pm saya untuk bimbingan penuh 019-9199323, 011-12760818.
#asetemas #goldbardinar

Tuesday 9 June 2020

Tips kira harga BK@barang kemas

Selamat bertemu kembali,

Seringkali saya perhatikan situasi ini berlaku di kedai emas.  Ramai yang seolah-olah tidak kisah bagaimana harga emas dikira dan menyerahkan bulat-bulat kepada tuan kedai.  Meski kita punya banyak duit saat masuk kedai emas dan duit tu lebih dari cukup untuk membayar emas yang dibeli, kita mesti tetap bijak.

Ok, selepas anda membaca entry ini, saya percaya anda akan menjadi seorang pembeli emas yang lebih bijak, yang boleh menekan calculator sama seperti tuan kedai.  Hebat bukan.  Dan paling penting ,anda tahu apa yang perlu anda lakukan iaitu tawar menawar harga emas.  
Saya, dengan duit tawar-menawar ini biasanya saya gunakan untuk membeli jajan anak-anak.  Saat saya excited dapat barang kemas baru, anak-anak pula dapat jajan yang boleh gembirakan hati mereka.  So, sama-sama happy.




Baiklah, berikut adalah beberapa situasi yang biasa berlaku di kedai emas.


Contoh 1 : Pengiraan membeli barang kemas baru dengan tunai di tangan

Anda ingin membeli sebentuk cincin secara tunai dengan berat 4.5gram.  Anda perlu tanya tuan kedai berapakah kos upah cincin tersebut kerana kos upah biasanya tidak dinyatakan sepertimana harga emas.  Andaikan harga semasa emas 916 : 215 RM/gram (harga semasa pada 1 Jan 2020). 
Perhatikan cop ketulinan emas semasa anda mencuba saiz cincin.  Perhatikan cop 916 pada bahagian dalam cincin.  Seterusnya lihat maklumat berat pada kertas tagging cincin. 
Kemudian, ambil calculator dan kira. 

Harga cincin 4.5gram = (Berat cincin x harga emas semasa) + kos upah  
= (4.5gram X 215 RM/gram) + RM 100
= (RM 977.50) + RM 100
= RM 1077.50
Dengan ini, harga cincin 4.5gram yang anda beli menjadi RM 239.44 segram setelah ditambah dengan kos upah.


Contoh 2: Pengiraan belian emas dalam rial berat Kelantan

Anda masuk kedai emas dan bertanya berapa harga emas hari ini.  Jangan terkejut apabila anda mendengar tuan kedai menjawab RM 489.60 sedangkan setahu anda harga emas semasa pada minggu lepas tidak pun mencecah angka dua ratus ringgit.

Mari kita lihat pengiraan berikut :

Harga emas semasa = RM180/gram
Diketahui bahawa 1rial berat = 2.72gram
Maka harga serial berat = RM 180 x 2.72 = RM 489.60

Justeru nilai  RM 489.60 ini bukanlah untuk 1 gram emas, tetapi ia adalah untuk 2.72gram iaitu 1rial berat.

Katalah anda dah ter-berkenan dan memutuskan membeli seutas rantai tangan dengan berat 18.5gram dan kos upah RM250.

Mari kita lihat pengiraan yang terlibat :

Berat rantai tangan 18.5gram dalam rial berat = 18.5gram/2.72rial berat = 6.80147 rial berat,
Dari kiraan ini, tuan kedai akan beritahu rantai tangan ini beratnya 7rial.  Mari kita kira berapakah harga rantai tangan ini.

Harga rantai tangan dalam rial berat = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah
                                                 = (6.80147rial berat x 489.60 RM/rial berat) + RM 250
                                                 = RM 3330.00 + RM 250
                                                 = RM 3580.00
Dengan ini, harga rantai tangan dengan berat 18.5gram atau 7rial berat yang anda beli dengan harga RM 3580 menjadi RM 193.50 segram setelah ditambah kos upah.

Ok-lah, diharap dengan 2 contoh simple ni, anda semakin confident dan cukup bersedia dalam membeli barang kemas.  So, apa tunggu lagi, cepat-cepat la gi check berapa simpanan wang fiat@kertas anda, TUKARKAN ia kepada EMAS.  In sha Allah berbaloi-baloi.

Ok bai.

Notakaki : Pm saya untuk produk emas/perak Public Gold 019-9199323, 011-12760818.

Friday 5 June 2020

Emas turun harga masa PKP pendamik covid 19??

Betul ke harga emas turun? Ramai yang bersok-sek sok-sek kata harga emas turun.  Bila mak check, tak de-nya turun. Makin naik mencanak lah. Ye beb.  Harga emas makin naik.  

Bayangkan, awal tahun 2020, harga emas 916 ialah RM215 segram dan hari ini 5/6, ia berharga RM232 segram. Dan tak heran kalau ramai yang kata harga emas awal tahun lebih murah berbanding hari ini. Setuju?

Dan kenapa pula kali ini mak memilih menulis tentang emas?  Niat utama mak adalah sekadar berkongsi pengalaman emas sendiri untuk tatapan anda semua.  
Ini kerana mak hanyalah seorang insan biasha-biasha tanpa warisan harta kekayaan mahupun selalu bernasib baik menyebelahi diri.  Manakala ilmu emas pula cuma sejengkal jika dibandingkan dengan sifu-sifu emas lain. 
Bukan nak merendah diri, tapi inilah hakikat sebenar.  Terima kasih kerana sudi membaca tulisan mak nie, in sha Allah anda akan dapat sesuatu yang baik.   

Sungguh, mak gagahi jua untuk menulis pengalaman sendiri kerana merasakan ia sesuatu yang perlu dikongsikan.
Lagipun mak memang spesis yang excited dengan emas.  Eeem.
Semoga ia bakal menjadi ilmu bermanafaat yang boleh dipraktikkan selain boleh mencentuskan inspirasi buat anda.

Mak nie, memang dah lama meminati emas. Barang kemas.  
Di usia kecil, selalu berkhayal sendirian bahawa kilauan emas akan menambah seri si pemakai seutas rantai leher dan tangan.  Ya, hanya ini yang mampu disediakan orang tua mak. Alhamdulillah.

Khayalan emas ini dapat direalisasikan selepas mak bekerja dan ada duit sendiri.  Ketika itu, emas perhiasan mak sangat la basic kerana kewangan yang terhad. Sekadar seutas rantai leher, rantai tangan dan kaki (krincing krincing dah macam penari bollywood) dan sebentuk cincin belah rotan.  
Meski ia perhiasan yang sangat basic, jujur mak katakan mak rasa cukup bangga dengan pencapaian ini kerana ia adalah hasil keringat sendiri bekerja di kilang.  

Namun, khayalan emas ini terhenti seketika selama hampir 5 tahun lamanya.  Ia adalah tempoh pengajian luar kampus mak yang perlukan belanja agak besar selain komitmen masa.  Dan impian terhadap kilauan emas bermain semula dalam kepala selepas bulat hati menyuarakan persetujuan bermastautin ke negeri Che Siti Wan Kembang awal tahun 2000.  Sejak itu, koleksi emas perhiasan mak juga bertambah selain menjadi seorang yang lebih celik emas. 
Walaupun tak banyak namun sentiasa ada dan makcik lebih suka memilih rekabentuk biasa yang lebih tahan lasak dan kurang maintenance


Rezeki tender ar-rahnu; rekabentuk klasik

Belian tunai

Hasil belian perhiasan emas terpakai

Emas pelaburan keluaran Amethyst, hasil duit raya anak 

Ok, emas pelaburan 24K mak yang pertama adalah berupa 1 keping goldbar 20gram dan 1 dinar 22K keluaran Public Gold yang dibeli dengan harga sekitar 4k dari seorang dealer Public Gold hujung tahun 2010.  


Selepas itu, en suami pun upgrade la jadi dealer Public Gold. Namun dalam masa sama, kami turut membeli beberapa produk emas keluaran Sri Ayu kerana tawaran harga yang lebih rendah.  Kami juga turut membeli emas 24K hasil kerja tangan tukang emas tempatan dalam bentuk rantai tangan dan cincin.  
Dan mak turut mengintai peluang tender barang kemas di ar-rahnu selain emas perhiasan used yang lebih murah sedikit kerana tiada kos upah si tukang emas. 

Ok, selepas anda tahu cerita emas peribadi mak, berikut adalah tips sempoi yang mak nak kongsi:

Tips 1 : Memupuk minat terhadap emas tulin

Dalam apa jua usaha ke arah kejayaan, ia mesti bermula dari minat.  Begitu juga dalam dunia emas.  Minat terhadap emas tulin mungkin tidak menjadi masalah besar bagi kaum wanita terutama emas perhiasan. 
Bagi lelaki pula mungkin lebih tertarik dengan gold bar@emas pelaburan. Ini bagi yang minat emas.  Ada juga yang tidak minat. 

Baik, kenapa ada yang tidak meminati emas?  Persoalannya kenapa 
Mungkinkah ia berpunca kerana tidak pernah memegang emas secara fizikal.  
Atau mungkin ia berlaku kerana tidak mampu membeli emas apatah lagi untuk memilikinya.  
Dan setelah memiliki emas, timbul pula perasaan takut. Takut dicuri atau diragut atau mungkin takut rugi bila ter-'hilang'.  

Apapun perasaan yang ada dalam benak fikiran anda, ubah la ia kepada fikiran yang lebih positif...saya suka emas, saya suka emas.  Justeru berdoalah untuk meminatinya, memilikinya dan terhindar dari sebarang musibah berkait emas atau apa-apa sebab sekalipun.  
Dan, jangan lupa tuntutan syarak iaitu zakat emas  2.5%.  Mudah-mudahan dengan zakat yang dikeluarkan ini selain menyucikan harta, ia akan lebih memudahkan urusan emas kita.  

Tips 2 : Sabar setelah membeli emas

Tanpa mengambil kira sama ada anda membeli emas perhiasan ataupun emas pelaburan, anda perlu mengamalkan sifat sabar.
Sabar dan tunggulah masa yang sesuai untuk merasa keuntungan dari belian emas anda.

Tips 3 : Tambah ilmu 

Kenapa ilmu emas penting ?
Jawapan paling mudah adalah supaya kita tahu apa yang kita beli. Ia juga boleh mengelak dari menjadi mangsa dek kejahilan sendiri dalam emas.

Paling penting, kita menjadi seorang insan yang lebih bermaklumat dan boleh berkongsi ilmu emas dengan orang lain...paling tidak, kepada anak-anak sendiri.

Tips 4 : Beli, simpan dan tunggu

Setelah anda berjaya memiliki emas secara fizikal dimana anda boleh pegang atau pakai emas tu, simpan la ia di tempat yang selamat. Step seterusnya adalah tunggu masa yang sesuai untuk merasa segala kebaikan dari aset emas anda.
Emas adalah aset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa.  Ia boleh ditukar kepada emas baru dengan cara trade in atau ditukar kepada wang tunai melalui jual semula atau gi la gadai di mana-mana ar-rahnu untuk dapat wang pinjaman dan gunakan ia dengan bijak.

Akhirnya, jom kita pi beli emas. Tak akan menyesal in sha Allah. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, dapat menjentik hati emas anda. 
Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah yang terakhir.

Salam emas buat anda semua. Jaga diri. Bye.

Notakaki :
1.Mak dah tepek gambo emas mak sendiri, barulah ada seri emas entry emas mak nie. Hihi.
2.PM mak untuk produk Public Gold 019-9199323 atau en suami 011-12760818.

Friday 22 May 2020

Jadi emcee?

Tugasan emcee konvo PKB; sidang JKM

Nape kena jadi emcee?

Saya tak biasa jadi emcee, cari orang lain la. Si polan tu biasa jadi emcee.

Ramai yang akan menolak tugasan ini dengan pelbagai alasan.

Berdebar jadi emcee?
Jawapan saya...memang sangat berdebar dan debaran akan tetap sama walau dah banyak kali pegang tugasan@amanah ini.  Yang pasti, tidur tak lena, makan pun tak lalu tapi kadang-kadang menambah. Hihi..bunyinya macam lucu.  
Tapi inilah hakikiatnya. Dan debaran semakin terasa beberapa hari sebelum event.  
Dan pada hari kejadian, otak terasa kosong, tangan jadi sejuk, senyum pun hambar....degup jantung jangan criter la. Ini yang saya rasakan.

Ok, saya nak share pengalaman sendiri menjadi emcee untuk majlis di tempat kerja. Saya bermula dengan menjadi pembaca nama graduan bagi majlis konvokesyen secara bidan terjun untuk menggantikan seorang rakan yang ada emergency case.  Saat itu, tak sure apa perasaan saya.  Nak tolak, rasa macam tak kena dan bila diam membisu, itu tandanya setuju. 

Dek kerana masa yang semakin suntuk, so saya practise sendiri dengan menyebut nama anak-anak kandung, malam sebelum tidur. Masa ni saya tak pandai mana intenet dan tak terfikir untuk buat research. Maka, saya practise sendiri-sendiri dan minta komen encik suami.  
Saya berazam nak buat sungguh-sungguh dan cuba dapatkan intonasi yang sedap didengar. Saya imagine diri saya adalah parents kepada graduan yang tertunggu-tunggu nama anak disebut. Percubaan pertama menjadi, alhamdulillah.

Dan selepas itu saya mula diberi tugasan sebagai emcee untuk event kecil-kecilan dalam jabatan. Untuk event besar seperti majlis konvo, actually saya tak ingat sejak tahun bila. Masa tu, saya hanya membaca je teks yg diberi dan kadang-kadang terpaksa adjust sendiri pada hari rehearsal.  Dan ia memang sangat mencabar. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya diberi kepercayaan memegang jawatankuasa emcee konvo yang menjadikan tugasan emcee saya jadi lebih mudah sedikit. Jadi mudah tu sebabnya kita yang prepare teks dan kita sendiri yang membaca teks tu. Mudah kan ?


Rakaman suara untuk video konvo PKB

Ok saya kongsikan di sini beberapa tips asas menjadi emcee based on pengalaman sendiri :

1. Bersedia fizikal mental
Berlatih dan berlatih.  Ya, anda kena berlatih dengan cara membaca dengan intonasi yang sesuai dan sedap didengar.  Ini adalah basic bagi membiasakan diri. 
Saya memilih untuk menjadi diri sendiri kerana lebih selesa dengan gaya sebutan sendiri dan sangat percaya dengan anugerah Yang Maha Esa.  
Ya, rezeki Allah itu luas dan semua orang sememangnya mempunyai rezeki dan bakat yang tersendiri.

Dalam masa yang sama, jaga peti suara dan juga kesihatan dengan baik.  Amalkan minum air masak, rehat yang cukup untuk tempoh beberapa minggu sebelum majlis selain doa mohon dipermudahkan urusan dan diberi kelancaran lisan. 
Dan of coz persediaan baju, tudung ataupun kasut akan meningkatkan keyakinan diri dan boleh menyumbang tenaga dan aura berbeza dalam menjalankan tugasan ini dengan baik.  

2. Teks
Bahagian ini amat penting dan merupakan nadi pengacaraan.  Ia memerlukan ketelitian. Buat perbincangan dengan penganjur/jawatankuasa induk untuk mendapatkan gambaran berkenaan perjalanan majlis secara terperinci atau maklumat lain yang berkaitan.  Perbincangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa bergantung keperluan.

Lakukan research bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan teks lengkap perlu melalui proof read bagi tujuan penyemakan/pendapat ke-dua.


3. Mengacara dengan ikhlas
Ikhlaskan hati dalam menjalankan amanah mengacara kerana ia mempengaruhi mudahnya urusan kita kerana mengacara majlis adalah sesuatu yang berkait dengan hati manusia. Maka keikhlasan hati akan menjadi penyumbang besar bertautnya hati-hati orang yang mendengar dan akhirnya menjadi kunci kejayaan majlis.

4. Beri kerjasama dengan semua ajk/penganjur
Sangat penting bagi seorang emcee untuk beri kerjasama yang baik dengan semua ajk atau technical crew yang terlibat seperti floor manager, audio/video crew dan semua ajk/petugas lain bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Akhirnya, sekali lagi saya nak pesan ikhlas dari hati...jadilah emcee saat uols dilamar menjadi emcee dan ambil peluang yang terhidang depan mata untuk melihat sejauh mana kemampuan diri.

Salam jumaat buat semua frens. Bye.

Thursday 14 May 2020

Santuni fitrah Anak 5 - Anak dan hafazan

Selamat bertemu kembali tuan puan yang saya kasihi sekelian.. Entry Santuni Fitrah Anak ini saya tulis berdasarkan pengalaman peribadi sepanjang PKP & PKPB pendamik covid 19 bersama anak yang sedang mengikuti program Ulul Albab.  Beberapa kali menyemak bacaan dan menjadi peneman anak semasa sesi tasmiq online, ia memberi kekuatan kepada saya untuk mengabadikan pengalaman berharga ini dalam bentuk penulisan.  
Mudah-mudahan ia memberi manafaat kepada yang memerlukan perkongsian sebegini meskipun banyak lagi perkongsian lain dengan topik yang sama.


Sedikit tentang diri saya supaya anda mendapat gambaran bahawa saya adalah insan biasa-biasa namun direzekikan Allah mempunyai seorang anak dengan latarbelakang tahfiz (saat entry ini ditulis, anak form 5 dan sedang dalam usaha katam hafazan, mohon doakan ye).

Saya mahupun suami adalah insan biasa dengan latar belakang keluarga biasa-biasa iaitu bukan bidang agama manakala kelayakan akademik pula bidang kejuruteraan. Jujur saya katakan bahawa kesedaran saya terhadap Al-Quran semasa zaman muda dulu juga biasa-biasa. Bayangkan, saya hanya membaca surah-surah tertentu seperti Yassin atau lain-lain surah lazim beberapa kali seminggu.  Dan sepanjang tempoh mengandung pula, saya hanya tambah dengan mengaji beberapa surah pilihan sebagai amalan seorang ibu mengandung.



Seingat saya, saya pernah beberapa kali bertekad untuk berubah jadi lebih dekat dengan Al-Quran. Paling saya ingat, ia juga antara azam yang entah ke-berapa saat saya bersetuju dengan hasrat suami berhijrah ke bumi serambi Kaabah.  Saya pernah menghafaz surah-surah lazim bagi memenuhi penilaian dalam program KPLI untuk Diploma Pendidikan. Ini pengalaman hafazan pertama saya pada usia 34 tahun.  
Namun ini semua masih belum cukup untuk membuat saya berubah dalam erti kata yang sebenar.  Betapa daif dan hinanya saya dalam pengajian Al-Quran. Allahurabbi.  Dan sebagai manusia biasa yang imannya senipis kulit bawang, saya tetap acuh tak acuh dalam menyantuni Al-Quran hinggalah tahun menjelang anak sulong menghadapi UPSR.  
Inilah saatnya saya mula berubah kerana saya mengimpikan anak yang boleh menghafaz Al-Quran.  Dengan pelbagai ceritera suka mahupun duka dalam kehidupan membesarkan dan mendidik anak-anak kandung mahupun anak didik, akhirnya pada awal Feb 2016 anak ke-3 saya berjaya terpilih mengikuti program Ulul Albab SMKA Tok Bachok dan pada Mei tahun yang sama ke MRSM Ulul Albab.  

Kedua-dua sekolah ini antara sekolah yang menjalankan program Tahfiz Al-Quran separuh masa iaitu menawarkan tahfiz dan subjek-subjek akademik. Dan bermula detik itu, saya mula kenal istilah dalam sistem tahfiz seperti tahsin, talaqi, hafazan baru, tasmiq, tahriri, murajaah dan berazam mesti cuba memahami kehidupan hafiz/hafizah.
Alhamdulillah syukur Ya Allah, inilah rezeki paling bermakna buat kami sekeluarga.  Dan sehingga saat entry ini ditulis, anak yang ini merupakan satu-satunya anak yang mempunyai latar belakang tahfiz dalam pendidikan akademiknya. In sha Allah.


Baik, saya kongsikan di sini ringkasan beberapa tips ke arah mempunyai anak dalam hafazan : 

1.Tanam rasa cinta pada Al-Quran
Rasa cinta pada Al-Quran adalah langkah pertama yang paling utama,  Ia mesti dimulakan dengan rasa suka kepada Al-Quran dan berdasarkan pengalaman sendiri, saya memupuk rasa suka ini dengan usaha kecil membaca buku ataupun sebarang penulisan berkaitan topik tentang Al-Quran dan insan-insan hebat dalam dunia tahfiz.  Lazimi diri dengan pengisian rohani seperti menghadiri majlis-majlis ilmu ataupun mendengar ceramah-ceramah agama oleh ustaz ustazah di tv, radio ataupun google.   

Jangan lupa memasakkan niat di hati untuk berubah agar selalu dipermudahakan urusan dan masa serta diberi kekuatan diri untuk mengikuti kelas belajar Tajwid dan kelas mengaji Al-Quran sama ada secara formal ataupun tidak.  Dalam masa yang sama, biasakan diri dengan mengaji sendirian di rumah meskipun merangkak di peringkat awal. In sha Allah, berkat usaha belajar secara berterusan dan amalan mengaji harian, bacaan Al-Quran kita akan bertambah baik dan lancar selain memupuk rasa suka dan cintakan Al-Quran.  

2. Doa
Berdoa setiap hari supaya Allah sempurnakan urusan agama anak dan juga diri sendiri dan memudahkannya.  Kita serahkan hati dan urusan anak belajar kepada Allah dan berdoa agar anak mendapat yang terbaik buat mereka. Pendek kata, pohon semua doa-doa yang baik seperti yang diajar dalam Islam selain memperbaiki ibadah dengan amalan-amalan sunat dan zikrullah.    

3. Melazimi membaca Al-Quran setiap hari
Kita sendiri sebagai ibubapa mesti menetapkan 1 slot masa khusus untuk membaca Al-Quran setiap hari.  Jadikan ia amalan yang wajib dilakukan setiap hari contohnya selepas solat Maghrib. Dalam masa yang sama, baca juga terjemahan ayat yang dibaca iaitu mentadabur terjemahan Al-Quran bagi memahami Al-Quran selain dapat terus menghidupkan hati kita.  In sha Allah.

4. Cuba tambah hafazan
Kita berusaha menambah hafazan surah-surah pilihan dan ulang hafazan seberapa kerap bagi memotivasikan diri mahupun anak. Kita akan sedar betapa menghafaz kalamullah itu sesuatu yang susah namun ia boleh dilakukan dengan usaha yang betul dan bersungguh-sungguh.  Proses hafazan kita ini akan menjadikan kita lebih memahami dan menghargai usaha anak dalam hafazan.  

Sebelum terlupa, saya kongsikan tips mudah dalam menyantuni fitrah anak yang belajar di sekolah menengah dan tinggal di asrama iaitu dengan mengambil pendekatan mempermudahkan urusan anak.  Maksud memudahkan urusan anak ialah dengan tidak membebankan fikirannya dengan sesuatu yang boleh mengganggu fokus.  
Percaya atau tidak, masalah kecil yang berlaku akan menganggu sedikit sebanyak fokus anak kerana mereka sudah terbiasa dengan keadaan selesa dalam rumah saat bersama ibubapa.  
Sebagai contoh, ada ketika anak meminta kita untuk datang berjumpa pada bila-bila masa atau hujung minggu.  Penuhilah permintaan ini walau kita datang dengan sebungkus teh beng dan kemudiannya meningglkan duit belanja 5ringgit semasa bersalaman.  Atau di waktu lain anak kehilangan barang kecil, seboleh mungkin kita gantikan dengan yang baru.  
Ketika inilah kita menasihatinya dan memberi peringatan agar lebih berhati-hati.  In sha Allah dengan usaha kecil ini akan menjadikan anak lebih terarah fokusnya dan menjadikan mereka terus bersemangat menyerlahkan lagi potensi diri.

Akhirnya semoga perkongsian ringkas yang tidak seberapa ini menjadi inspirasi buat kita semua, Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya.  Jumpa lagi bye.

Senarai difinisi istilah
Tahsin : Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.
Talaqi : Membaca Al-Quran di hadapan guru Al-Quran.
Talqin : Guru Al-Quran membaca ayat mula dan murid mengikut secara individu/kumpulan.
Tasmiq : Membaca/memperdengarkan hafazan di hadapan guru tanpa melihat musyaf Al-Quran.
Tahriri : Proses menulis ayat Al-Quran dengan teliti di dalam buku yang telah disediakan.
Murajaah : Mengulangkaji ayat hafazan dan ditasmiq di hadapan guru Al-Quran mengikut bilangan mukasurat/juzuk tertentu pada masa yang ditentukan.

Kredit :
Rahsia Menghafaz Al-Quran, Syeikh Kamal Yusof Ar-Rantawi, Maltared Corporation Sdn Bhd., 2015.