Tuesday 4 December 2012

Mudahnya Menjemput Rezeki



 
Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.....itulah kata penulis, saudara Fathuri Salehuddin.

Analogi menjemput rezeki boleh diambil daripada contoh semut.  Dalam satu-satu tempat, agak sukar untuk kita mencari semut.  Sangat sukar.  Itu jika kita mencari.  Tetapi ada cara lain yang lebih mudah jika kita ingin menemui semut, iaitu dengan cara mengumpannya (menjemputnya) dengan makanan manis atau gula.  Letak sahaja gula, semut pasti akan datang tanpa kita tahu dari mana asalnya.  Yang pasti ia akan tetap menghurung gula tersebut.

Begitulah konsep rezeki yang cuba dibongkarkan oleh penulis.  Konsep mudah, berikan apa yang "Pemilik" rezeki mahukan, InsyaAllah kita akan peroleh apa yang kita mahu.  Dalam konteks ini, berikan apa yang Allah mahu seperti solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya.

Berikut adalah ringkasannya :

1. Utamakan solat di masjid kerana Allah yang memberi rezeki.  Berdoa@minta di rumah Allah adalah lebih afdal sebenarnya.

2. Amalkan solat tahajud 8 rakaat dan witir 3 rakaat pada sepertiga malam.  Dalam sahih  Muslim riwayat Abu Hurairah r.a, Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam dan mengabulkan doa hambaNya.

3. Amalkan solat dhuha (25 minit selepas syuruk).

4. Amalkan zikir (1000 kali).  Jumaat - Ya Allah, sabtu - Laa illaaha ilallah, ahad - Yaa Hayyuu Yaa Qoyyum, isnin -  Laa Haula Walla Quwwata Illa Billahil Aliyil Azhim, selasa -Shollallaahu Alaa Muhammad, rabu - Astaghfirullahal Azhim, khamis - Subahanallahil Azhimi Wabihamdih.

5. Amalkan berdoa di waktu mustajab.  Bila ? Iaitu sebelum dan selepas solat, waktu turun hujan, bermusafir, waktu subuh, antara zohor-asar, asar-maghrib, bangun tidur, hendak masuk-keluar masjid, antara takbir raya dan solat raya, antara 2 khutbah, ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w, doa kunut, urursan penting, majlis ilmu, jiwa resah, khatam 30juzuk dan bersujud.

6. Doakan orang lain.

7. Bersedekah kerana sedekah menjauhkan bala.

8. membaca al-Quran.

9. Beramal dengan Asma ul-Husna. 

10. bersyukur dengan apa yang Allah beri. 

11. Tekun berusaha.

Tambahan :
- Cipta dan imbangi impian kita. 
- Hubungi ibubapa setiap hari.
- Bertaubat.

Friday 9 November 2012

Improve your English

9 common ways to improve your English are :

1.     Be alert.  Keep your ears and eyes open, listening to how people use the language, and reading other people's work critically.

2.     Read more.  Read from business magazines, international newspapers, other people's annual reports and letters.  It is also a good idea to spend some time reading fiction, as this can provide a vital freshness to your language use and increase your vocabulary.

3.     Listen to the English Channel Radio or English song in a car or while relaxing at home.

4.     Watch English Movies with subtitle.  You will learn new words and at the same time know how to pronounce it beside having fun time watching the movie.

5.     Take some time to study an article from a business magazine or newspaper.  Analyse how the sentences are constructed, the choice of the words that are used and the organisation of the data. Write out sentences or phrases that you find particularly powerful.

6.     Be best friends with a good dictionary, a thesaurus, a business reference book and a grammar book. If you look up a word in a dictionary, you may like to write it out with its meaning to aid memory. Some people keep a notebook of new words, this can be very effective.

7.     Learn a new word a day.  Keep your own vocabulary notebook and write a new word and its meaning in it every day.  Refer to it as often as possible so that the new words wil stick in your head.

8.     Speak the language whenever you can.  Speak in English with your friends and family.  Don’t be shy to try speaking the language and don’t be afraid that others will tease you.  In fact, they will admire you for your courage and confidence.

9.     Bonus tip, life is short.  So,  Stop studying English but Start Using English, now.  I Like.

Monday 5 November 2012

Koleksi Pantun Ilmu


Buat anak kandung tersayang juga anak didik yang dikasihi semua.........

Padi segemal kepuk di hulu,
    Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
     Pasir sebutir jadikan intan.

Ramai orang membeli jamu,           
     Di bawah pokok cuaca redup,
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
    Ilmu dicari penyuluh hidup.


Kemumu di tengah pekan,         
    Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan, 
   Bagai pohon tidak berbuah.

  
Ramai orang menggali perigi,
    Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
    Buat bekalan dunia akhirat.


Pinang muda dibelah dua,          
    Anak burung mati diranggah,
 Dari muda sampai ke tua,           
    Ajaran baik jangan diubah.

 
Terang bulan di malam sepi,  
     Cahya memancar kepangkal kelapa,
 Hidup di dunia buatlah bakti,       
     Kepada ibu dan juga bapa. 

Ke hulu membuat pagar,
   Jangan terpotong batang durian,
Cari guru tempat belajar,       
    Supaya jangan sesal kemudian.

Air melurut ke tepian mandi,
    Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,                   
   Semakin berisi semakin tunduk.

Friday 2 November 2012

Kutu Kepala (Nit)

Apakah itu kutu?


Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian kutu betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.
Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa 7 hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.

Berapa meluaskah ia?

Kutu kepala adalah sangat meluas: satu dalam lima kanak-kanak dijangka diserang kutu pada satu-satu masa (lihat Bagaimana anak saya mendapatnya?).

Bagaimana anak saya mendapatnya?

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan sukar untuk mengesannya.
Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain-lain tanda yang nyata termasuk :

  • telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
  • sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
  • kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
  • kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah dengan menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus (lihat Pemusnahan kutu).
Jangan gunakan sebarang rawatan serangga atas kulit kepala anak anda sehingga anda menjumpai kutu hidup.
Bagaimanakah ianya dijangkiti?
Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.
Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko kutu!
Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.
Bagaimana untuk menghapuskannya?
Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap sesetengah racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang rawatan sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya.
Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga/rakan rapat bagi memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu (lihat Rawatan Kimia), atau menggunakan cara pemusnahan yang menghapuskan semua kutu hidup dengan menyikat-basah (lihat Pemusnahan Kutu).
Rawatan kimia
Di Malaysia, racun kutu kepala yang boleh diperolehi ialah malathion (jenama A-Lice), yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.
Ada juga satu rawatan lagi, bernama dimeticone, yang bukan merupakan racun serangga tetapi agak berkesan untuk diguna di tempat-tempat di mana kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap rawatan racun serangga.
Rawatan menggunakan racun serangga atau dimeticone melibatkan dua aplikasi kimia itu dengan jarak 7 hari antara aplikasi. Anda perlu membiarkan kimia menyerap di rambut antara 10 minit atau 12 jam (bergantung kepada arahan yang diberikan), kemudian bilas dan sikat basah untuk menghapuskan kutu-kutu yang sudah mati.
Walaupun rawatan ini akan membunuh sebarang kutu hidup (jika tidak mempunyai daya tahan terhadapnya), ia tidak semestinya menghapuskan telur kutu, jadi perlu diulangi seminggu selepas itu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.

Pemusnahan kutu
Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus-buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu.
·  Mulakan dengan membasuh rambut anak anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dan bubuh perapi rambut dengan banyak.
·  Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut supaya tidak kusut kemudian gunakan sikat telur kutu.
·  Teruskan bagi seluruh kepala. Apabila selesai, bilas rambut dengan baik, leraikan kekusutan semula kemudian gunakan sikat telur kutu untuk mengutip semua kutu yang tertinggal pada rambut yang basah.
·  Jangan lupa untuk merawat semua ahli keluarga. 
·  Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1 dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula.
Cara lain
Sikat elektronik
Sikat bergigi halus menggunakan kuasa bateri, yang akan mematikan kutu dengan kejutan elektrik, boleh dibeli. Selalunya ia agak mahal dan tidak selamat untuk diguna untuk rambut basah.
Cara natur
al
Syampu dan losyen mengandungi minyak pati, seperti tea tree dan rosemary, kadangkala disyorkan, tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan ianya mujarab. 

Tuesday 30 October 2012

Emosi yang tenang dan damai

Bagaimanakah emosi yang tenang dan damai bisa dimiliki ?  Inilah satu persoalan yang sering bermain di benak fikiran.  Dan setiap dari kita pasti punya cara tersendiri untuk memiliki emosi yang tenang dan damai. 

Biar apapun cara mahupun idealogi yang kita amalkan untuk memastikan emosi tenang dan damai sentiasa dimiliki, namun tahukah anda, bahawa ketenangan dan kedamaian emosi akan hanya dimiliki secara total dengan cara MENGINGATI ALLAH.


Ya, ketenanagan akan hanya diperoleh dengan mengingati Allah s.w.t. sebagiamana firmanNya yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan tenang." (al-Ra'd 13:28).

Monday 22 October 2012

GP Sepang

Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus melakar sejarah baru sukan lumba motosikal negara apabila menduduki tempat kedua semalam dalam saingan Moto3. Jika tidak kerana kesilapan pada dua selekoh terakhir, pastinya pelumba berusia 21 tahun ini muncul juara di hadapan 77,000 penyokong-penyokong tempatan.

Pelumba Air Asia SIC Ajo ini mencatatkan 40 minit 54.151 saat dibelakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese yang mencatatkan masa 40:54.123s manakala Jonas Folger meraih kedudukan ketiga dengan catatan 40:54.370s. Terdahulu, Sandro Cortese berjaya mengesahkan kejuaraan dunia bagi saingan Moto3 tahun ini dengan pungutan 280 mata keseluruhan.



Dalam perlumbaan semalam, Zulfahmi memulakan perlumbaan di petak pertama namun berjaya dipintas oleh Jonas Folger seawal pusingan pertama yang memimpin perlumbaan sehingga ke pertengahan saingan. Namun, di pusingan ke-11, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berjaya memotong Folger sehingga ke pusingan terakhir namun Cortese berjaya memanfaatkan kesilapannya pada dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya,” kata Zulfahmi Khairuddin selepas perlawanan semalam.

 “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.”
“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi.”
“Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang,” kata Zulfahmi yang turut menyambut hari jadi kelmarin.


Sementara itu, Sandro Cortese yang sudahpun dinobatkan selaku juara dunia Moto3 mengakui berada sedikit sedih kerana terpaksa merosakkan kegembiraan pelumba negara, Zulfahmi dalam perlumbaan semalam.
“Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi,” kata Cortese di sidang media yang semalam.
“Kemenangan hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk menghadapi baki dua perlumbaan (musim ini). Saya pasti kami boleh menyinar di Australia dan Valencia,” kata pelumba kelahiran Jerman itu.

Akhirnya, sekalung tahniah buat pemilik nama Zulfahmi Khairudin selaku generasi muda Melayu yang mampu melonjakkan nama di peringkat global; anda menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dan kekalkan prinsip hidup yang berpegang teguh pada tali Allah.

  sumber : http://arsenal4u.com/2012/10/moto-gp-zulfahmi-khairuddin-lakar-sejarah-di-sepang/

Saturday 20 October 2012

Tahniah Red Warrior

Sekalung tahniah kepada team Red Warrior kerana menjadi juara Piala Malaysia 2012 mengalahkan ATM 3-2 dengan masa tambahan. Kemenangan bergaya yang cukup memberi makna sekali gus menjadi kebanggaan seluruh warga Kelantan.  Tahniah.



Nama-nama besar dalam team seperti Nurshahrul Idlan Talaha dan Indera Putra Mahyudin memang menyinar dan tidak menghampakan para penyokong dan seluruh team.  Nama-nama lain seperti Apek Khairul Fahmi, Daud Su dan yang lain-lain juga cukup membanggakan kerana ini adalah kerja satu pesukan.  Semangat juang kalian memamg cukup kental bersesuaian dengan nama gah Red Warrior yang kini menjadi Gergasi Pantai Timur.  Apapun gelaran mahupun cemuhan telah menjadikan nama Kelantan berada di kelas yang tersendiri dalam arena ini. Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of Malaysia world or maybe the entire world. InsyaAllah.

Tahniah, tahniah, tahniah......hidup Kelate.




Wednesday 17 October 2012

A story of Handbag

Sebut saja handbag atau beg tangan, memang banyak cerita tentangnya sama ada design mahupun  jenama.  Memang banyak jenama handbag yang famous di Malaysia. 
Handbag memang tidak boleh dipisahkan dari dunia wanita.  Ia merupakan lambang/ciri kewanitaan yang jadi sebahagian pelengkap gaya..  Dari satu sudut yang lain ia juga melambangkan kemewahan.  Jenama seperti LV, Marc Jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan ramai wanita berkerjaya.  Golongan ini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki handbag berjenama dan terdapat segelintir darinya mahukan publisiti.  Jika ditanya kenapa perlu beli hand beg mahal-mahal, akan ada seribu satu jawapan antaranya untuk meningkatkan keyakinan diri dan pelbagai sebab yang lain.  Jika anda sendiri bagaimana ? 

Jom kita kongsi cerita tentang handbag termahal di dunia.  So apa lagi, jom layan……cuci mata je dengan niat di hati nak tambah ilmu.  Dalam hati memang ingin memiliki tapi apa kan daya....... memang tak mampu pun......mana tau satu hari nanti dream will come true, Amin. 

 
1. 1001 Night Diamond Purse

Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal d idunia.


 
2. The Hermes Birkin

Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini  berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan.  psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst

 
3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag


Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel.  Beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribui.  Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.

 
4. Leiber Precious Rose


Beg tangan yang mengambil bentuk bunga ros ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karat serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu.

 5. Fendi Selleria Bag
Beg tangan jenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang ditemui dan paling mahal. Beg ini berharga USD38ribu, sekitar RM114 ribu.

Semua handbag di atas cantik-cantik belaka kerana bertatah berlian dan bersulam emas.  Memang cantik.  Apa-apa pun jadilah diri anda yang sebenar.....

Tips Temuduga

Tingkahlaku Semasa Temuduga


1.     Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
2.     Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
3.     Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4.     Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
5.     Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
6.     Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
7.     Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
8.     Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
9.     Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
10.   Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
11.   Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
12.    Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
13.   Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
14.   Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
15.     Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
16.   Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
17.    Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
18.  Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
19.   Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
20.    Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
21.   Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
23.  Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
24.   Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
25.   Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
26.   Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

Saturday 13 October 2012

Tingkatkan keyakinan diri anak

Keyakinan diri adalah sangat penting kerana tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukan sesuatu terutama sesuatu yang baru.  Kita akan sukar meletakkan matlamat kejayaan kerana bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh berjaya.

Justeru bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk cemerlang ?  Ada 2 langkah mudah :

1. Imbas kembali cerita/kisah silam dimana anak kita hebat dan cemerlang.  Cerita dengan penuh yakin dan ikhlas supaya anak-anak kita ingat semula tentang semua kisah itu.  Kita akan lihat anak jadi lebih bersemangat dimana cara duduk juga akan berubah.  Pada masa ini, anak seolah-olah mahu kita terus bercerita.  Teruskan bercerita dengan ikhlas.


2. Apabila wajah anak mula bercahaya, barulah kita masukkan sedikit cerita tentang kejayaan orang lain yang cemerlang.  Dalam keadaan ceria begini, anak-anak akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita kehebatan orang lain. 
Seterusnya katakan kepada anak anda, "Mak/ayah rasa, anak mak/ayah lebih hebat dari mereka semua.  Kalau belajar rajin sikit, mesti tak ada orang boleh lawan".   Katakan dengan yakin dan penuh bersemangat diringi senyuman ikhlas.

Lakukan ini untuk meningkatkan keyakinan anak anda agar anak membesar dengan pemikiran bahawa mereka lebih baik dan lebih hebat dari orang lain dan seterusnya cemerlang...in sha Allah. 

Wednesday 10 October 2012

Kenapa senyum ?

Alasan untuk kenapa senyum :

  1. Senyum itu ibadah, satu sedekah.
  2. Anda terlihat lebih manis.
  3. Anda bisa mendapatkan senyum lagi.
  4. Menunjukan keramahan anda.
  5. Bisa mendapatkan teman baru.
  6. Memberikan kesan yang positif.

  7. Menjadikan anda lebih ceria....bahagia...

Monday 1 October 2012

Debaran PMR 2012

PMR semakin hampir, sangat-sangat hampir.  Saya pasti, semua yang benar-benar berhajatkan kecemerlangan dalam PMR, hatinya mesti berdebar-debar menjelang hari peperiksaan....sianak mahupun ibu atau bapa tak terkecuali guru-guru dan pentadbiran sekolah.
Berdebar ? Tapi kenapa ya.  Ada banyak sebab kenapa berdebar.
Berdebar memikirkan apakah aku mampu nak menjawab soalan dengan baik dan tepat.
Berdebar memikirkan apakah keputusan yang bakal diperoleh nanti.
Untuk mengatasi debaran dan segala macam rasa, marilah kita memberi sedikit masa dan ruang kepada jiwa kita untuk rapat kepadaNya, rapat kepada pencipta kita, Allah SWT.
 
Bagi yang merasakan PMR ini adalah sesuatu yang besar dalam kehidupannya dan dia dah pun berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji, membuat latihan atau mengikuti perbincangan dalam kumpulan serta mengorbankan banyak masa, maka ketahuilah bahawa usaha itu tidak sia-sia.....sama sekali tidak sia-sia.  Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya.
Oleh itu, janganlah gusar, bimbang atau merasa gentar.
Damaikanlah hati, tenangkanlah jiwa.
Ingatlah bahawa Allah sentiasa menilai segala titik-peluh dan usaha kita. Dan jika kita masih merasa kurang bersedia ataupun tidak begitu bersedia, Allah tahu kita sudah berusaha sedaya upaya.  Ada satu perkara yang kita boleh lakukan sehinggalah di saat-saat kita berada di dalam dewan peperiksaan.
Apakah itu?
Sentiasalah ingat dan rapat pada Allah SWT. Inilah kunci kepada kejayaan.
Kita bertawakkal setelah berusaha.  Segala usaha kita adalah salah satu bentuk tawakkal kepada Allah.  Mungkin kita rasa kita ini kurang persediaannya, tetapi dengan bantuan Allah, Allah boleh memberi lebih daripada apa yang kita jangkakan dan Allah juga boleh mengubah apa yang mungkin tidak terfikir oleh kita.

Maka, dalam tempoh masa yang singkat ini, adalah dicadangkan untuk anak-anak beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai jalan bertawakal kepada Allah iaitu :
 1) Luangkan masa untuk solat sunat dan berdoa meminta agar Allah memberi yang terbaik dan membantu kita semasa peperiksaan.

 
Solat dan berdoalah pada Yang Esa
2) Istighfar dan taubat agar dosa kita tidak menjadi penghalang antara kita dengan kejayaan yang Allah hendak berikan.
3) Sempatkanlah diri untuk bangun malam sebelum Subuh dan menunaikan solat sunat tahajud.
Buatlah 3 perkara ini sekadar yang termampu.
Selain itu, peliharalah peribadi dan akhlak kita.   Jagalah tutur kata tatkala berbicara dan juga menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
Hidup ini memang bukan sekadar menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Tetapi sebagai hambaNya, kita dituntut untuk sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi dengan niat kerana Allah.
Buat anak tersayang, Tuan Zafri, mak doakan semoga kejayaan menjadi milikmu, InsyaAllah.  Post kali ini ditujukan khas untukmu duhai anak anak sulong mak.  
Teruskan berjuang untuk berjaya dunia dan akhirat.  InsayaAllah. 

Friday 21 September 2012

Rahsia Emas sebagai Logam Mulia

Tidak ramai yang sedar akan pulangan lumayan dari pelaburan emas.  Cara yang paling baik untuk melabur dalam emas ialah dengan membeli syiling emas dan emas keping/jongkong selain barang kemas.  
Bagaimanapun harga jualan/belian emas di institusi kewangan/kedai emas adalah berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insuran/kos upah bagi barang kemas diambil kira. 

Kenaikan harga emas bergantung kepada tiga faktor utama :

1. Penyusutan dolar Amerika.  Apabila nilai dolar Amerika susut, harga emas akan naik dan apabila dolar Amerika stabil, harga emas akan susut.  Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika.

2. Harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.  Emas menjadi pelindung kuasa pembelian ketika krisi kewangan

3.Kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan, penghantaran dsbnya dan jika harga petroleum jatuh, dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minima.

Terdapat banyak cara untuk melabur dalam bentuk emas.  Orang ramai dinasihatkan melabur secara langsung dengan membeli emas bulion, syiling emas atau dinar emas iaitu dengan membeli emas fizikal.   Ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tidak memeningkan kepala.  Anda tidak perlu risau ditipu sebagaimana menyertai skim pelaburan emas.  Satu pesanan dari sifu emas Public Gold, En Syukur Hashim(jutawanemas.com) "If you want to buy a gold, make sure you have the gold.  If you cannot touch it, you dont own it". Dalam bahasa muidah; beli emas dapat emas.

Gambar fail menunjukkan jongkong emas di sebuah bank di Swizerland

Kini aura emas semakin menyerlah, dan telah terbukti dengan munculnya jutawan-jutawan senyap yang telah mengecap kejayaan dan menikmati kekayaan.  Anda bila??  Bertindaklah sekarang untuk jadi RICH & FAMOUS, its for you future...tunggu apa lagi?

Hubungi Kak G (019-9199 323) atau Azani (0111-276 0818).  Kami bersedia untuk berkongsi rahsia emas pelaburan (goldbar/dinar) dan membimbing anda secara percuma dan berterusan.