Monday 25 February 2013

oh Pantun Budi

Hayati antara pantun budi warisan Melayu yang begitu mendalam maksudnya, semoga kita mendapat iktibar darinya.......

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa,
Apa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tengiri,
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.


Sekadar peringatan kepada semua dan diri saya sendiri, kita sebagai orang Melayu sentiasa berpegang pada adat dan budi dimana ia adalah terjemahan dari Nur Islam yang sangat syumul dan seharusnya kita bersyukur masih lagi mewarisinya meski kini semakin luntur ditelan arus kemodenan.  Justeru, dimanakah peranan kita sebagai anak Melayu dan juga hambaNya ? 

No comments:

Post a Comment