Thursday 2 May 2013

Madu Lebah Kelulut

Lebah kelulut atau nama saintifiknya trigona adalah dalam keluarga lebah yang juga menghasilkan madu. Madu kelulut disimpan dalam kantung/tempayan.  Rasanya sedikit masam berbanding madu lebah Apis.  Ini disebabkan kandungan asidnya yang lebih atau gula monosakarid kurang berbanding madu lebah Apis.  Khasiat perubatannya secara tradisional melebihi madu lebah Apis.  Madu secara umumnya membekalkan tenaga, antibakteria, antifungus, antivirus, antioksidan dan mengandungi enzim, garam galian, vitamin dan sebatian fenol dan flavonoid.

Madu berasal dari nektar yang dicampur dengan air dan cairan dari perut lebah pekerja.  Ia mengalami proses pengeluapan dan disimpan dalam sarang madu.  Madu yang telah matang akan disimpan dalam bentuk tertutup di dalam sarang.

 Bahagian dalam kotak sarang lebah kelulut untuk tujuan penternakan kelulut

Bahagian luar kotak sarang lebah kelulut 

 Anak-anak berposing bersama kotak sarang lebah kelulut

Khasiatnya dalam perubatan dapat merawat luka dan ulser.  Kajian di makmal menunjukkan madu menurunkan glukosa dalam tikus yang diaruhkan diabetes, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidanif.  Kajian pada tikus yang dibuang ovary, iaitu tikus yang dijadikan model menapos menunjukkan madu mengurangkan atrofil pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabukular tulang, bermakna ia membantu menguatkan tulang.  Madu juga dapat menstabilkan tekanan darah dan kandungan glukosanya serta tidak memudaratkan penderita diabetis mellitus.

Propolis Skin Care - produk inovasi dari lebah kelulut

Testimoni sebagai pengguna Propolis Skin Care selama sebulan, saya dapati kulit muka saya tetap lembab sepertimana saya menggunakan satu produk kecantikan berjenama XYZ (agak terkenal di pasaran dengan harga mampu milik).  Dengan izin Allah, parut-parut jerawat di beberapa lokasi sekitar muka semakin pudar dan hilang selain jerawat baru yang mahu tumbuh menjadi kecut apabila disapu Propolis Skin Care.  
Selain itu, saya dapati tiada lagi kulit kering atau tanda mengelupas jika tidak memakai produk ini untuk 2/3 hari (ini adalah biasa bagi saya yang kurang berdisiplin dalam penjagaan kulit sebelum waktu tidur; almaklum bila dah letih dicampur mengantuk, terus je tidur).  
Yang penting, tanda jeragat juga mula pudar.  Satu lagi keistimewaan Propolis Skin Care adalah berkesan mengurangkan parut pembedahan (saya pernah menjalani tyhrodectomy satu ketika dulu).  

Bagi anda di luar sana yang mengenali saya, barangkali anda akan berkata bahawa saya amat bertuah kerana mempunyai kulit muka kurang bermasalah tetapi saya akui di usia menjangkau angka 40an, saya tetap mengalami masalah biasa seperti jerawat mahupun kesan jeragat.  Jerawat sesekali muncul di kawasan-kawasan spot yang kemudiannya meninggalkan parut hitam yang agak ketara selain tanda jeragat nipis yang mula merebak di bahagian tulang pipi. 

Alhamdulillah, selepas saya menggunakan Propolis Skin Care, saya dapati kesannya lebih ketara berbanding produk XYZ yang telah saya gunakan bertahun-tahun sebelum ini, mungkin juga kulit saya telah imun dengan kandungan produk XYZ.  

Untuk pengetahuan semua, propolis adalah campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah kelulut.  Produk ini adalah hasil kajian dan inovasi HUSM, Kubang Kerian dengan tawaran harga menarik......memang berbaloi-baloi untuk anda memiliki dan mencubanya kerana ia berasaskan hasilan lebah kelulut, sejenis serangga dari keluarga lebah yang sememangnya telah diketahui tinggi khasiatnya.

Selain itu, anda yang mahu menjadikan madu sebagai amalan dalam pemakanan harian, bolehlah mencuba madu lebah kelulut.  Ianya terbukti tinggi khasiat selain mempunyai rasa yang lebih sedap dan unik iaitu bukan sahaja manis tetapi ada sedikit rasa masam.  
Namun bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, stroke, hepatitis, batu karang mahupun stress adalah disarankan mengambil juga propolis dan bee bread bersama madu.  Insha Allah, anda akan dapat merasakan perbezaannya atau merasa lebih sihat dalam tempoh beberapa hari sahaja.  Madu ini juga sesuai diberi kepada anak-anak agar mereka kekal sihat dan terhindar dari masalah kesihatan biasa yang dialami oleh kanak-kanak seperti selsema dan demam biasa.

Madu, propolis dan bee bread lebah kelulut

Akhirnya, anda cuba dulu dan anda akan dapat menilai sendiri hasil dan keberkesanannya dan percayalah anda akan berpuashati, insha Allah.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk terus membaca perkongsian ini.  Jumpa lagi di lain kesempatan dan jangan lupa untuk menghubungi saya andai berminat untuk mendapatkan Propolis Skin Care mahupun lain-lain produk hasilan lebah kelulut seperti madu, propolis dan bee bread dengan tawaran harga menarik.

Hubungi :
Kak G (019-9199 323) atau Tn Azani (0111-276 0818)



2 comments:

  1. Assalamualaikum
    saya nak kongsi boleh kalau Ada pesakit kanser tahap 1 2 3 dan 4 , darah tinggi, cyst , ketumbuhan dan buah pinggang bocor Cuba berubat dengan en mohd zuhairi bin Noordin (017-4687570) .. Insya Allah berkesan dan untuk pesakit buah pinggang pulak yang tak boleh makan ikan ayam memang elok amalkan herba ini protein tak akan bocor dan kencing tak berbuih dah..dah banyak dah testimoni sembuh kanser tahap
    1 2 3 dan 4 nanti boleh rujuk tengok testimoni dan you tube apa pun cuba rujuk tgok wasap atau call 0174687570 en mohd zuhairi bin noordin..jom kita sebar2 kan pada pesakit kanser,darah tinggi,cyts dan buah pinggang

    ReplyDelete