Tuesday, 4 December 2012

Mudahnya Menjemput Rezeki



 
Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.....itulah kata penulis, saudara Fathuri Salehuddin.

Analogi menjemput rezeki boleh diambil daripada contoh semut.  Dalam satu-satu tempat, agak sukar untuk kita mencari semut.  Sangat sukar.  Itu jika kita mencari.  Tetapi ada cara lain yang lebih mudah jika kita ingin menemui semut, iaitu dengan cara mengumpannya (menjemputnya) dengan makanan manis atau gula.  Letak sahaja gula, semut pasti akan datang tanpa kita tahu dari mana asalnya.  Yang pasti ia akan tetap menghurung gula tersebut.

Begitulah konsep rezeki yang cuba dibongkarkan oleh penulis.  Konsep mudah, berikan apa yang "Pemilik" rezeki mahukan, InsyaAllah kita akan peroleh apa yang kita mahu.  Dalam konteks ini, berikan apa yang Allah mahu seperti solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya.

Berikut adalah ringkasannya :

1. Utamakan solat di masjid kerana Allah yang memberi rezeki.  Berdoa@minta di rumah Allah adalah lebih afdal sebenarnya.

2. Amalkan solat tahajud 8 rakaat dan witir 3 rakaat pada sepertiga malam.  Dalam sahih  Muslim riwayat Abu Hurairah r.a, Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam dan mengabulkan doa hambaNya.

3. Amalkan solat dhuha (25 minit selepas syuruk).

4. Amalkan zikir (1000 kali).  Jumaat - Ya Allah, sabtu - Laa illaaha ilallah, ahad - Yaa Hayyuu Yaa Qoyyum, isnin -  Laa Haula Walla Quwwata Illa Billahil Aliyil Azhim, selasa -Shollallaahu Alaa Muhammad, rabu - Astaghfirullahal Azhim, khamis - Subahanallahil Azhimi Wabihamdih.

5. Amalkan berdoa di waktu mustajab.  Bila ? Iaitu sebelum dan selepas solat, waktu turun hujan, bermusafir, waktu subuh, antara zohor-asar, asar-maghrib, bangun tidur, hendak masuk-keluar masjid, antara takbir raya dan solat raya, antara 2 khutbah, ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w, doa kunut, urursan penting, majlis ilmu, jiwa resah, khatam 30juzuk dan bersujud.

6. Doakan orang lain.

7. Bersedekah kerana sedekah menjauhkan bala.

8. membaca al-Quran.

9. Beramal dengan Asma ul-Husna. 

10. bersyukur dengan apa yang Allah beri. 

11. Tekun berusaha.

Tambahan :
- Cipta dan imbangi impian kita. 
- Hubungi ibubapa setiap hari.
- Bertaubat.