Aset Emas

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejatuhan harga emas....harga barang kemas menjunam hingga sama seperti harga pada sekitar April 2011.  Jika diperhalusi, kejatuhan harga ini melibatkan semua produk hasilan emas temasuk goldbar, dinar, barang kemas 24K, barang kemas 916 dan semua jenis emas.  

Saya secara peribadi merasa bersyukur, ada juga sedikit rasa sedih dengan realiti kejatuhan harga emas yang berlaku secara tiba-tiba.  Rasa syukur ini terbit dari hati kecil yang meronta-ronta ingin menambah koleksi barang kemas baru dengan design terkini.  Manakala rasa sedikit sedih pula terbit kerana mengenangkan emas pelaburan yang dah mula dikumpul sejak awal Mei 2011.  Namun saya redha dengan ketentuan Allah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, Yang pasti, harga emas yang jatuh tidak mengurangkan gram yang ada in sha Allah.


Sekadar berkongsi info, kejatuhan harga emas sebenarnya memeriahkan kedai-kedai emas di sekitar bandar-bandar di negeri Kelantan. Bermula 17, 18 April dan minggu berikutnya, kedai-kedai emas diserbu oleh kaum hawa umpama anak-anak kecil membeli aiskrim saat keluar pagar sekolah. Meskipun agak sibuk dengan exam week, saya masih lagi berpeluang meluangkan sedikit masa keluar masuk kedai emas sekitar Kok Lanas, Ketereh dan lebih jauh sedikit, Kota Bharu.  Bayangkan, pada 18 April harga barang kemas jatuh dari  RM425 - 430/rial berat (RM156 - 158/gram) kepada RM365/rial berat (RM134/gram)....pergh, meme rendoh sunggoh hargo emas saghri duo ni (memang rendah sungguh harga emas sehari dua ini) dan ia masih berlarutan hingga hari ini 29 Mei 2013 (Nota : ukuran berat emas di Kelantan, 1 rial berat = 2.72 gram) 

Masha Allah, Maha Kaya Allah yang memberi rezeki kepada hamab-hambaNya untuk merasai sedikit nikmat rezeki kejatuhan harga emas.  Sememangnya ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana hambaMu ini diberi peluang untuk membeli barang kemas baru meski hanya sebentuk cincin, Alhamdulillah. 




PM akak untuk produk PG (goldbr/dinar/akaun GAP) atau bimbingan percuma dan berterusan in sha Allah (Fauziah 019-9199323/Azani 011-12760818).

No comments:

Post a Comment