Perkongsian


Sentuhan ibubapa dalam mendiidik anak

Anak adalah penyeri dalam hidup ibubapa sebagai kesinambungan zuriat.  Anak adalah amanah Allah SWT.  Allah mengamanahkan kita sebagai ibubapa untuk mengasuh, menjaga dan mendidik anak dengan sebaik mungkin.  Jagalah mereka dan didiklah mereka dalam erti kata yang sebenar.

Satu hakikat yang perlu kita sedari peluang mendidik anak hanya sekali sahaja.  Maka manafaatkanlah peluang ini dengan sebaik mungkin. Tidak dinafikan, mendidik anak kadangkala memeningkan kepala, tetapi anak yang tidak terdidik lebih memeningkan kepala.  Ramai ibubapa menghadapi banyak masalah dalam menangani kerenah persekolahan dan pembelajaran anak-anak.  Namun terdapat juga segelintir ibubapa yang cukup gembira dan bangga dengan pencapaian anak-anak yang konsisten dan cemerlang.  Ini menunjukkan masih ada sinar di hujung perjalanan kerana langit tidak selalunya mendung.....tanya sama angin apa sebab hujan, nanti jawab angin tanyalah awan....

Anak-anak sememangnya bergantung penuh kepada ibubapa dan ibubapalah yang mencorakkan dan menentukan acuan yang sesuai untuk mereka. Maka adalah tepat sekali jika dikatakan bahawa ibubapa adalah senjata utama yang paling berkesan kepada si anak.  Anak-anak yang cemerlang di sekolah dan kurang terlibat dalam gejala sosial adalah anak-anak yang mendapat didkan dan bimbingan yang mencukupi sedari awal bermula dari rumah.

Sebagai seorang mukmim, ibubapa mesti berusaha memainkan peranan untuk merealisasikan kecemerlangan anak-anak agar berjaya dunia dan juga akhirat.  Bagaimanakah caranya ?  Tambah ilmu, tambah amal dan berusaha untuk menjadi ikon terbaik di mata anak-anak.  Hayati sirah nabi dan kisah para sahabat agar kita sentiasa berada dalam landasan yang betul dalam mendidik anak-anak dan sentiasa berdoa memohon hidayah Yang Esa.


Kata-kata bermakna untuk kita semua KITA TIDAK PERNAH MERANCANG UNTUK GAGAL, TETAPI SERING GAGAL UNTUK MERANCANG.

Semoga perkongsian ini akan memberi manafaat dan panduan kepada kita bersama.  In sha Allah.





No comments:

Post a Comment