Wednesday, 16 January 2013

Tips Mengurus Kewangan sendiri

Anda perlu terus membaca entry ini jika anda pernah mengalami situasi mahupun persoalan 'Ke mana perginya wang aku setiap bulan ?'.  Situasi ini sering dialami hampir setiap masa terutama sekali di hujung bulan hingga tak sabar menunggu hari gaji.  Dimanakah silapnya ?

Jika difikirkan hakikat kehidupan, gaji naik setiap tahun namun tidak dinafikan kenaikan gaji juga selari dengan kenaikan kos sara hidup.  Justeru bagaimanakah caranya untuk kita hidup bahagia dan tenang.  Secara lojikya, kita juga perlu berubah.  Apakah yang perlu diubah ?  Ya, kita perlu berubah dengan mencari dan mendalami ilmu dalam pengurusan kewangan.  Dan langkah seterusnya adalah memperbaiki cara pengurusan kewangan agar ia membawa kebaikan kepada keadaan kewangan keluarga.

Antara langkah-langkah untuk memperbaiki pengurusan kewangan adalah :  

1. Tingkatkan pelaburan - contoh terbaik dan rendah risiko adalah amanah saham atau bentuk saham lain tetapi anda perlu mengetahui propektus terlebih dahulu sebelum melabur kerana pelaburan dalam bentuk saham memerlukan ilmu.

2. Mengurus perbelanjaan - yang ini memang agak sukar dilakukan kerana elemen mengurus perbelanjaan yang penting adalah amalan berbelanja berhemah.  Ia melibatkan disiplin diri tapi sebenarnya masih boleh dilakukan bila punya keazaman yang kuat. Yang penting jauhi sikap boros/membazir dalam berbelanja bagi menjayakan matlamat mengurus perbelanjaan berkesan.

3. Hidup bebas hutang - berhutang atau membuat pembiayaan hanya untuk keperluan utama seperti membeli rumah/kenderaan dan elakkan bentuk hutang lain terutama sekali pengunaan kad kredit yang perlu dihadkan atau dielak sama sekali.

4.Tingkatkan pendapatan - terdapat banyak pilihan untuk tingkatkan pendapatan seperti berniaga secara sambilan atau lain-lain kerja part time yang boleh membuahkan hasil yang lumayan dan berkat lagi halal.  Jika sekiranya ini tidak dapat dilakukan, alternatif lain adalah lakukan penjimatan.

5. Persediaan masa depan - ia meliputi jangkamasa pendek dan juga jankamasa panjang seperti pendidikan anak-anak, perubatan mahupun saat pencen.


Pernahkah anda mendengar istilah NISBAH KEKAYAAN ?
Amnya nisbah kekayaan diperoleh dengan langkah berikut :
1. Campurkan semua simpanan tunai (contoh simpanan dalam Tabung Haji, amanah saham, koperasi dan lain-lain bentuk simpanan tunai).  Simpanan yang diperoleh dari pembiayaan/hutang tidak boleh diambil kira dalam pengiraan nisbah kekayaan.
2. Campurkan pula semua perbelanjaan bulanan.
3. Bahagikan jumlah simpanan tunai dengan perbelanjaan bulanan.  Contoh : 35,000/5,000 = 7.
4. Katalah nilai yang diperoleh dari operasi no 3 adalah 7.  Ini bermaksud, sekiranya sesuatu berlaku kepada anda terutama yang menjejsakan pendapatan bulanan seperti diberhentikan kerja atau lain-lain, maka anda mampu hidup/survive dengan perbelanjaan sedia kala untuk tempoh 7 bulan sahaja.

Justeru, tidak kira anda hidup dalam fasa mana sekalipun dalam menjalani kehidupan seharian, yang paling penting adalah tingkatkan nisbah kekayaan anda.  Anda perlu melakukannya sekarang untuk masa depan anda sendiri dan mereka yang tersayang.....makin cepat anda bertindak, makin cepat anda dapat melihat hasilnya.  Berjumpalah pakar/perunding kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat. 

Hayati motivasi berikut 'RAMAI ORANG TIDAK BERUBAH BUKAN KERANA TIDAK MAHU BERUBAH, TETAPI MEREKA TIDAK TAHU ATAU TIDAK NAMPAK KEPERLUAN UNTUK BERUBAH'.  Berdoalah agar Allah meniupkan nur hidayah dalam hati kita untuk menjadi hambaNya yang soleh, InsyaAllah. 

Entry ini adalah hasil pembacaan beberapa buku yang berada di pasaran yang boleh dijadikan rujukan untuk merancang dan mengurus kewangan sendiri dan keluarga dengan berkesan.  Semoga anda mendapat sedikit idea dari perkongsian ini kerana sejujurnya ia memerlukan komitmen yang tinggi terutama disiplin diri untuk menjayakannya.