Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk mengenal
pasti dan memahami cabaran hidup serta mencari jalan penyelesaiannya
melalui minda yang positif dan spiritual yang mantap. Kandungan buku ini menyenaraikan pelbagai tips berguna untuk membuat perubahan kepada diri
sendiri, persekitaran dan ketika berinteraksi dengan masyarakat. Selain
itu, buku ini juga memuatkan panduan berguna untuk menghadapi dan
menangani sebarang situasi serta tekanan hidup dalam dunia yang mencabar.
"Mata Akal Mata Hati' pula adalah buku terbaru beliau yang baru saja saya beli. Secara peribadi saya memang suka buku-buku motivasi dan meminati Prof Muhaya. Ia membantu kita mengenal diri dan seterusnya memperbaiki diri sendiri. Moga Allah permudahkan hasrat saya untuk mengubah diri menjadi hambaNya yang sentiasa berpegang pada syiar Islam untuk membimbing dan mendidik anak-anak mahupun anak didik. Amin Ya Allah.
Selamat membaca.