Saturday, 5 December 2015

Trip ke Bandung

Assalamualaikum buat semua,

Ketemu kembali di alam maya....saya mahu kongsikan di sini moment indah saya di Bandung (19-21Nov2015).  Trip kali ini sememangnya untuk berlibur dan menghabisi ongkos yang ada. Haha.










Ole-ole dari Bandung yang cocok banget buat keluarga

Justeru saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat sponsor utama Gading Dinamik. Aamin Ya Allah.



Sunday, 15 November 2015

Kelate River Cruise

Hai apa khabar.  Semoga anda sentiasa di bawah rahmatNya. Aamin.  
Saya ingin berkongsi memori ber'river cruise' di bumi tercinta bersama anak-anak sempena cuti panjang hari keputeraan Al Sultan Kelantan 11-12 Nov2015.  

Jom layan...

 Jeti Medan Ikan Bakar

 Anak-anak excited, ambil pakej 2jam dewasa RM30 & kanak-kanak RM15

 My 2 princess c.pah dan c.jah

Macam-macam aksi anak lelaki, hero le katakan

 Transit di Jeti Pulau Beluru

 Naik perahu kecik berinjin sangkut dari Pulau Beluru

 Ada banyak pulau di sini antaranya Pulau Seratus, Pulau Tongkang



Anak-anak dah tak berani nak celup tangan kat area nie, takut sang bedal. Tapi pokcik bot kato, ta dok boyo (buaya), bewok (biawak) ado la..besar wei.  


Banyak pokok-pokok nipah, area ini dikenali sebagai teluk oleh orang-orang kampung, tak banyak rumah kalau ada pun tak sampai 10 buah rumah, macam hutan kecil 

 Cantik kan background gambar ni. Puashati alhamdulillah


  Aksi anak-anak yang pelbagai

Ini pengalaman pertama saya ber'river cruise' untuk misi bantuan banjir personal awal 2015 bersama beberapa rakan sekerja.
 
Jeti M.Ikan Bakar



Jeti Pulau Renjuna


Pulau Renjuna

Sememangnya river cruise Malaysia juga seindah Mekong, Vietnam. Ahaks.

Saturday, 31 October 2015

Fly to Nam

Assalamualaikum, bertemu kembali setelah sekian lama menyepi.
I'm busy. Ewah.

Kali ini saya mahu berkongsi moment indah bercuti ke Vietnam. 29-31 Okt 2015.  Vietnam.  
Ye, Nam. Ini pertama kali.  
Since exteremely busy dengan tugas, saya tak berkesempatan mencari sebarang info. Packing baju pun last minute.  Besar harapan trip ini berjalan lancar. Everything has been arranged by main sponsor, Gading Dinamik, boss mr Hubby, Dato Zahri, 
Terima kasih daun keladi Dato.

Jom layan...

KLIA - terasa sayu meninggalkan bumi Malaysia tapi excited

Suasana malam di Ben Thanh Market

Delta Mekong - makan buah sambil dengar radisional song of Nam

Bersama one of the singer @ pelayan restoran


 
Kereta kuda dari Mekong, tarikan baru pelancong - RM20 per ride


Paddle boat ride, rata-rata pendayung adalah perempuan, Iya awak, kudrat 2 orang perempuan yang mendayung perahu kecil membawa 3-4 pelancong. 

Bưu điện Trung tâm Sài Gòn (Pejabat Pos Besar  Saigon) - belakang adalah gambar Ho Chi Minh; tokoh penting Viet Cong (pejuang revolusi komunis yang membawa kemerdekaan Vietnam dari pemerintahan Peranchis)


 Shoping time segala jenis tudung, shawl & telekung

 Dalam bas...

Jeti Sg Mekong

Great memory, memang best tapi Malaysia tetap di hati. 
Rindu nak balik.


Landing KLIA in bad haze.
Teringat my eldest son di Palam, moga dia kekal sihat untuk hadapi final exam.  
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air tercinta.
Aamin Ya Allah.

See you then. Arios.

Wednesday, 6 May 2015

Tips & panduan selepas SPM

Assalamualaikum, may peace be upon you

Alhamdulillah saya berjaya menulis topik simple ini dan dapat dipublish untuk dikongsi bersama.  Topik ini simple tapi cukup hot.  Hot buat adik-adik, anak-anak mahupun ibubapa sebenarnya.  Inilah yang saya alami apabila anak sulong mendapat result SPM 2014 pada 3 Mac 2015 yang lalu.  Saya secara peribadi mahu bersama-sama anak melalui detik blurr, kalut, genting dan kritikal ini.  Kenapa blurr?  Jawabnya mudah.  Ini kerana sistem pendidikan sekarang berbeza dengan zaman saya.  Meskipun saya dan anak sering bertelagah kerana berbeza pendapat saat berbicara tentang UPU, matrikulasi, IPG dan sebagainya, namun saya harap anak memahami semua ini adalah kerana rasa sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Sejujurnya saya bukanlah menggalakkan anak-anak memenuhi semua impian ibubapa dalam menentukan hala tuju selepas SPM namun andai ada sejarah dalam sesuatu bidang dalam kalangan keluarga sendiri, jangan diulang kesilapan itu. Disinilah memerlukan jati diri anak-anak.  Justeru nasihat saya, please do some research especially laluan kerjaya.  Minat sahaja tidak boleh menjamin masa depan yang cerah dan tidak menjadi satu kesalahan apatah lagi menjadi dosa untuk seorang anak memperhalusi setiap ceirta yang didengar mahupun pengalaman orang terdahulu.  Percayalah Allah lebih mengetahui mana yang terbaik buat kita hambaNya.


Keputusan SPM anda, itulah diri anda yang sebenarnya.  Itulah anda dalam alam persekolahan, dari darjah 1  hingga tingkatan 5.  Jangan mimpi untuk anda boleh berubah secara drastik, aku mampu lebih baik dari ini, keputusan ini adalah di bawah kemampuan aku.  Allah telah letakkan sesuatu itu setimpal dengan usaha dan kemampuan anda.   

Kebanyakan permohonan kini dibuka secara online.  Jangan ketinggalan dan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan mahupun guru.  Mohon semua yang ada kerana masa depan anda bemula dari permohonan-permohonan ini.  Jangan mohon yang anda minat sahaja atau yang anda target want to be.  Semasa mengisi sesuatu permohonan berpijaklah di bumi yang nyata iaitu memohon kursus yang berpadanan dengan kelayakan anda.  
Ambil kira juga kemampuan kewangan keluarga.  Andai anda ditakdirkan dari keluarga yang berkemampuan, tidak menjadi masalah untuk mengikuti program anjuran IPTS dan begitulah sebaliknya.  Aspek ekonomi amat penting untuk diambilkira.  Namun sebagai rakyat Malaysia, amat rugi, dan boleh dikatakan rugi besar jika kita tidak mendapat tempat di IPTA dan mendapat tajaan kerajaan untuk belajar.  Percayalah.

STPM
STPM atau tingkatan 6 biasanya ditawarkan kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran martikulasi/Asasi/Diploma.  Sebenarnya STPM adalah laluan paling bergaya untuk program ijazah berbanding matrikulasi/Asasi kerana STPM menyamai Diploma.  Terdapat 2 bidang dalam STPM iaitu sains tulen dan sains kemanusiaan dimana kebanyakan pelajar akan mengambil 4 subjek atau paling banyak 5 subjek.  Dengan keputusan STPM anda boleh memohon program ijazah di universiti melalui UPU.  Hebat bukan.  Namun anda perlu struggle untuk tempoh 2 tahun tingkatan 6.   

Diploma
Program Diploma ditawarkan di universiti-universiti seperti UPSI, UNISZA, Uitm ataupun politeknik-politeknik Malaysia yang biasanya mengambil masa 3 tahun.  Politeknik-politeknik Malaysia kini hanya menawarkan program diploma sahaja. Terdapat 3 politeknik yang telah dinaik taraf menjadi politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Ibrahim Sultan yang kini juga menawarkan program ijazah dalam bidang tertentu.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah dengan memohon melalui UPU atau USM mengikut bidang pengajian anda.  Terdapat juga universiti yang menyerap lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan universiti.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pengajian asas sama seperti program Asasi.  Matrikulasi dijalankan di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Selepas habis program matrikulasi, anda boleh memohon UPU untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

Asasi IPTA
Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa 1-2 tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.  Antara universiti yang menganjurkan program Asasi adalah UM, UIAM, UPM, Uitm dan USIM.

IPG
IPG adalah Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang boleh dipohon juga secara online selepas iklan dikeluarkan beberapa minggu sebelum SPM keluar.  PISMP menetapkan calon untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang terdiri dari 3 sesi iaiitu Ujian Bertulis, Ujian Kecergasan Fizikal dan Ujian Amali (untuk permohonan Pendidikan Jasmani/Muzik/Islam/Bahasa Arab).  
Anda akan ditawarkan program PIMP setelah berjaya UKCG dan temuduga.  Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti program persediaan selama dua semester di mana-mana 27 buah IPG Kampus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang lulus program persediaan ini akan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun sebelum ditawarkan jawatan Guru Siswazah.  Untuk maklumat lanjut layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia  http://www.moe.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan tidak tahu langsung tentang SPA. Anda boleh memohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga dan seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan.

Program-program diatas lebih specific kepada pelajar-pelajar yang SPMnya cemerlang.  Bagaimana pula dengan yang sebaliknya.  Masih ada harapan buat anda.  Yang penting usaha.  Laluan anda terbuka luas dalam bidang kemahiran yang sebenarnya juga ada prospek.  Semuanya bergantung kepada anda.  Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti (bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti), ILP (Institut Latihan Industri di bawah Kementerian Sumber Manusia), IKM (Institut Kemahiran Mara di bawah MARA) dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. 

Bagi yang berkemampuan dari segi ekonomi, anda boleh mengikuti program di kolej-kolej swasta. Tapi anda kena pandai pilih kolej mana yang bagus dan sesuai dan pastikan program telah diiktiraf MQA (dahulunya LAN) bagi memastikan laluan kerjaya anda mudah. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang telah stabil seperti seperti Kolej Mahsa atau Masterskill.

Lumrah kehidupan di dunia ini, ada yang bagus dan cemerlang dan ada yang kurang cemerlang.  Ada yang perjalanan hidupnya mudah dan ada yang sukar.  Ada yang cepat dan ada yang lambat.  
Namun percayalah setiap apa yang berlaku, ia adalah yang terbaik buat kita.  Bersangka baiklah dengan perancanganNya.  
Teruskan berusaha, carilah peluang dan buat dengan sehabis baik.  
Last but not least, saya ucapkan selamat maju jaya dan sentiasalah bersyukur atas nikmat yang dibeikan olehNya.

Sunday, 8 February 2015

Banjir 2014 di Kelantan; siri 2

Ahad 29dis 2014 (cuti peristiwa di Kelantan; banjir) dan cuti khas disambung selama seminggu lagi untuk student PKB selepas cuti khas perayaan minggu lepas.

Paras air di gate Kemubu (air Sg Kelantan kelihatan surut sedikit berbanding sebelumnya namun masih banyak, sangat banyak)


   
Ini di kawasan jambatan yang sering naik air ketika musim tengkujuh (dalam 100m dari Gate Kemubu).
Orang kampung yang mempunyai bot menyediakan khidmat untuk menyeberang laluan air naik di jalan kemubu dengan tambang RM1, ia peluang rezeki di musim banjir.

Ini permintaan Irfan, naik bot dan kami dibawa ke arah tebing Sg Kelate. Irfan bersama pokcik Lah (juga rakan en suami).

Irfan., one of my hero

Mr hubby

Memang berdebar naik bot kecil, tanpa life jacket. Air sungai yang banyak dan terasa amat sejuk.
Dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Kemudiannya singgah rumah k.yah dan tok su (kedua-duanya pengasuh anak satu ketika dulu) yang juga dinaiki air.

Isnin 30dis 2014

Perjumpaan tergempar seawal 8.30 pagi, pengurusan PKB bersama staf-staf. 
Kutipan derma kilat dan perbincangan berkaitan banjir, misi kemanusiaan untuk mangsa banjir dalam kalangan staf PKB.


Selasa 31dis 2014, rabu & kha 1-2jan 2015
Membantu membersihkan rumah seorang sahabat (Kinah dan pok su Din) di Tumpat. Memang sedih teramat sangat, speechless
Allahuakbar.


Petak-petak sawah padi dipenuhi air dan kelihatan seperti tasik.


Gambar di atas hasil sentuhan sahabat yang di'share' di dalam fb. Diri sendiri langsung tiada keinginan untuk merakam kenangan, sesungguhnya tiada sebarang kata melihat penderitaan banjir kali ini. Allahuakbar.