Selamat bertemu kembali dengan topik entry Santuni Fitrah Anak - part 4. Tuan puan yang saya kasihi sekelian, entry ini ditulis hasil dari pengalaman sendiri bersama anak kandung dan anak didik yang of coz punya pelbagai ragam dan kerenah. Ia adalah kombinasi dari pelbagai sumber ilmu yang telah dipelajari, mahupun hasil dari ceramah yang didengar dan juga pengalaman sendiri. Ya, saya gabungkan ke semuanya dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan seharian kami. Dan saya persembahkan di sini untuk tatapan anda semua kerana saya ingin berkongsi in sha allah sesuatu yang baik buat kita semua.
Ok, nasihat utama saya adalah jadikan masa bersama anak walaupun untuk tempoh masa singkat sesuatu yang penuh bermakna iaitu dengan menyelitkan pengisian rohani dalam diri anak-anak. Kata orang tu...quality time yang bersifat fitrah.
Ya, saya berazam untuk menggunakan quality time saya bersama anak dengan memastikan rohani mereka terisi. Ini kerana saya dan anda semua percaya bahawa rohani perlu diisi dan dibaja agar ia tetap subur bagi menjadi titik mula kepada semua perkembangan yang lain selain menjadikan diri kuat secara rohani.
Justeru sebagai seorang ibu, jangan tunggu masa yang sangat sempurna dan sesuai kerana ia jarang sekali berlaku. Dan jangan sampai pening kepala memikirkan di manakah masa yang sesuai untuk dijadikan quality time. Sebagai contoh, saya menjadikan perjalanan pergi dan balik sekolah sebagai quality time kami. Saya gunakan masa yang singkat ini dengan membaca bersama-sama anak surah-surah pilihan seperti al-fatehah, al-ikhlas, al-inshirah, ayat kursi, surah Toha 1-5 atau lain-lain surah. Selain dari surah-surah pilihan, kami amalkan juga berselawat ke atas Nabi, zikir-zikir asma ul-husna ataupun doa-doa lain.
Tuan puan juga boleh memanfaatkan masa perjalanan jauh yang diselang-seli antara amalan sunnah dan pengisian bersifat akademik untuk subject pilihan seperti menambah vocab BI dan juga kemahiran mencongak untuk matematik. Pastinya perjalanan jauh anda akan menjadi lebih bermakna kerana ia memberi memori manis kepada anak-anak selain ada pengisian bermakna.

Contoh masa berkualiti lain adalah beberapa minit sebelum anak tidur. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk perkembangan otak dimana sel-sel otak akan berhubung semasa tidur...ramai yang berkata begini.
Apa yang saya lakukan adalah aktiviti membaca seperti amalam omputih sebelum bed time mereka. Kita boleh pilih untuk membacakan topik-topik tertentu sesuatu subjek dan di waktu lain giliran anak pula yang membaca. In sha Allah hasilnya sangat memberi impak kepada anak mahupun diri sendiri, percayalah.
Di waktu yang lain, setiap kali anak berada di sisi saya, saya akan ingatkan mereka untuk lakukan juga amalan-amalan sunnah.
Di waktu yang lain, setiap kali anak berada di sisi saya, saya akan ingatkan mereka untuk lakukan juga amalan-amalan sunnah.
Contoh, anak masuk ke dapur untuk minum air, saya akan ingatkan mereka untuk membaca qulhu 1 kali. Kita masuk ke ruang keluarga, ingatkan anak yang ada di situ untuk berselawat 3 kali, 7 kali. Ada ketika saya ubah dengan melaungkan perkataan takbir dan disambut oleh anak dengan laungan Allahuakbar. Ini saya ulang-ulang sekerap yang boleh dengan kepelbagaian surah, selawat ataupun zikrullah.
Secara tidak langsung, kita juga turut mengamalkan amalan penyucian jiwa untuk diri sendiri. Masakan tidak, kita menyuruh anak untuk berselawat, pasti kita dalam masa yang sama turut berselawat. Bukankah ini 2 in 1 namanya? Ya, inilah yang dinamakan 2 in 1 yang sebenar. Mudah-mudahan usaha ini akan menjadikan kita hambaNya yang in sha Allah lebih baik dari semalam. Dan dalam masa yang sama kita sedang memperkasakan rohani anak...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. Ayuh sama-sama kita lakukan amalan murni ini.
Akhirnya, saya mohon maaf andai tersilap di mana-mana. Maafkan insan kerdil ini yang suka berkongsi sikit tips mak mak yang masih perlu belajar banyak perkara dalam mendidik dan mentarbiyah anak. Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Selamat mencuba.