Thursday, 19 May 2016

Santuni Fitrah Anak 1 : Stop bangau-ing

Assalamualaikum,

Semoga anda semua sihat.  Saya ingin berkongsi sedikit ilmu parenting yang saya timba bersama Pn Rosnah binti Ahmad (mesra disapa Kak Nah) pada 17 & 18 Mei lalu, yang berkongsi ilmu keibu-bapaan yang sangat bermanafaat, berdasarkan pengalaman peribadi beliau.

Jujur saya katakan, ini adalah parenting programme pertama saya sepanjang saya bergelar seorang ibu dan sesungguhnya ia benar-benar telah menjentik hati saya untuk terus mencari ilmu dan memperbaiki diri sendiri dalam usaha membantu anak-anak kandung mahupun anak-anak didik. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan namun saya bersyukur masih diberi peluang olehNya. 

Kenapa saya katakan saya melakukan kesilapan malah ada kekurangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kandung sendiri?  Ini kerana, dalam teori perkembangan kanak-kanak, perkembangan otak berlaku sehingga 80% pada umur 0-6 tahun. Dalam konteks anak kandung saya, kesemua anak-anak saya telah pun melebihi had umur ini,   
Namun saya bersyukur kerana Allah masih beri saya peluang ke-dua.  Peluang terbesar iaitu kesedaran yang diberikan oleh Allah untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan dengan cara bertaubat padaNya.  Ya, inlah jalan penyelesaian terbaik bagi saya untuk terus membantu anak-anak.

Mari saya kongsikan tips yang boleh digunakan dalam menyantuni fitrah anak :

1.  Stop bangau-ing.

Ini langkah pertama yang anda kena buat.  Kenapa dengan bangau ? Mari kita nyanyi bersama,

Bangau o bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul, 
Ikan tak nak timbul.

Ikan o ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat, 
Rumput panjang sangat.

Rumput o rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku,
Kerbau tak makan aku.

Kerbau o kerbau..............

Perut o perut............

Nasi o nasi...........

Kayu o kayu.........

Hujan o hujan.......

Katak o katak........

Ular o ular.......

Terus menyanyi lagu bangau sampai habis ya kawan-kawan.  Dalam kita seronok menyanyi lagu rakyat yang telah lama kita tinggalkan sambil mengimbau zaman kecik dulu-dulu, terselit satu pengajaran. Ya sahabat semua, pengajaran yang cukup mendalam.  Kita pernah mendengarnya dulu-dulu dari mak kita mahupun mak sedara ataupun tok wan.  Apakah pengajaran dari bangau ?  Ya, tepat sekali jawapan anda.  
Jangan sesekali menyalahkan orang lain namun inilah yang kita amalkan sehingga ke hari ini dalam semua aspek kehidupan.  Percaya atau tidak, kita menyalahkan orang lain dalam semua hal hingga dalam urusan anak-anak kita masih berkata penat, banyak kerja, stress bla bla bla.   Sebenarnya helah bela diri inilah yang menjadi tiket untuk anda untuk melepaskan diri namun ia memakan diri anda sendiri dan kesannya akan anda dapat lihat bila anak-anak makin besar dan meningkat remaja.

Solusi yang paling tepat dan mujarab adalah bertaubat.   Perbanyakkan solat sunat taubat, hidupkan sepertiga malam, baca quran, berzikir dan lain-lain amalan lain sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.  Ya, kita kena kembali kepada fitrah dan hentikan budaya bangau.



 Santuni Fitrah Anak; Dewan Al-Ghazali, PKB, tq La for your post

Saya akan sambung point seterusnya dalam entry akan datang.  Selamat beramal. Ingat, kita adalah ibubapa hebat yang sanggup berubah, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sehati dan mulia.........lagu P.Ramlee.........untuk anak-anak agar cemerlang dunia dan akhirat......kerana sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. 

Monday, 11 April 2016

Tahukah Anda Apa itu Program Ulul Albab ?

Selamat bertemu kembali di alam maya, moga kita semua dirahmati sokmo. Aamiin.

Kali ini saya akan berkongsi tentang program Ulul albab dan ia sememangnya sesuatu yang menarik. Saya secara peribadi mengetahuinya beberapa tahun lepas namun baru kini ia menjadi realiti dalam keluarga.  Alhamdulillah atas nikmat terbesar ini ya Allah.

Umum mengetahui, Ulul albab mengintegrasikan Al-Quran dan KBSM secara bersepadu.  Perkataan ”Ulul Albab” disebut dalam al-Quran al-Karim sebanyak 16 kali. Program ini bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Pencetus Idea - Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA dengan tujuan untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA.
Tahun 2009 - MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai MRSM Ulul Albab yang pertama.
Tahun 2010 - MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala  Batas.

Dan sejak 2 tahun lepas, KPM juga telah mengorak langkah mewujudkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TAMUA) di sekolah-sekolah terpilih.  Antaranya adalah SMKA Tok Bachok, Bachok, Kelantan.  Tahniah KPM.

 Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Tangok.jpeg
http://www.mara.gov.my
http://www.moe.gov.my/my/program-dan-pautan

Rahsia Pendapatan Pasif

Jujur saya akui saya tidak berminat dengan pendapatan pasif apatah lagi mencubanya untuk diri sendiri.  Sejak mula bekerja, saya mempunyai impaian untuk jadi seorang yang financial freedom dan sememangnya saya berusaha ke arah itu, cuma hasilnya sangat perlahan. Itu adalah persepsi lama saya tentang pendapatan pasif.  Okay, full stop.

Bagi saya, apapun yang kita lakukan dalam usaha menambah pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga, pastikan kita tahu kedudukannya dalam syariat.  Dan yang paling penting, jangan tamak.    
  

Umum mengetahui pendapatan pasif@passive income adalah sumber pendapatan yang tidak memerlukan kerja keras.  Wow macam best jek.  Yang pasti, untuk mendapatkan pendapatan pasif bukan sesuatu yang mudah.

Terdapat banyak perniagaan yang boleh dijalankan untuk menjana pendapatan pasif.  Pendapatan pasif yang sah di Malaysia ada beberapa jenis. Antara yang popular ialah hartanah, amanah saham, emas fizikal dan sebagainya Tetapi masalah utama dalam menjana pendapatan pasif ialah, MODAL PERMULAAN.  

Namun jangan risau.  Bagi anda di luar sana yang berminat untuk mempunyai pendapatan pasif dengan modal yang sedikit, sila pm (sms/ws) saya 019-9199 323. Saya bersedia membantu anda.

Saturday, 5 December 2015

Trip ke Bandung

Assalamualaikum buat semua,

Ketemu kembali di alam maya....saya mahu kongsikan di sini moment indah saya di Bandung (19-21Nov2015).  Trip kali ini sememangnya untuk berlibur dan menghabisi ongkos yang ada. Haha.










Ole-ole dari Bandung yang cocok banget buat keluarga

Justeru saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat sponsor utama Gading Dinamik. Aamin Ya Allah.



Sunday, 15 November 2015

Kelate River Cruise

Hai apa khabar.  Semoga anda sentiasa di bawah rahmatNya. Aamin.  
Saya ingin berkongsi memori ber'river cruise' di bumi tercinta bersama anak-anak sempena cuti panjang hari keputeraan Al Sultan Kelantan 11-12 Nov2015.  

Jom layan...

 Jeti Medan Ikan Bakar

 Anak-anak excited, ambil pakej 2jam dewasa RM30 & kanak-kanak RM15

 My 2 princess c.pah dan c.jah

Macam-macam aksi anak lelaki, hero le katakan

 Transit di Jeti Pulau Beluru

 Naik perahu kecik berinjin sangkut dari Pulau Beluru

 Ada banyak pulau di sini antaranya Pulau Seratus, Pulau Tongkang



Anak-anak dah tak berani nak celup tangan kat area nie, takut sang bedal. Tapi pokcik bot kato, ta dok boyo (buaya), bewok (biawak) ado la..besar wei.  


Banyak pokok-pokok nipah, area ini dikenali sebagai teluk oleh orang-orang kampung, tak banyak rumah kalau ada pun tak sampai 10 buah rumah, macam hutan kecil 

 Cantik kan background gambar ni. Puashati alhamdulillah


  Aksi anak-anak yang pelbagai

Ini pengalaman pertama saya ber'river cruise' untuk misi bantuan banjir personal awal 2015 bersama beberapa rakan sekerja.
 
Jeti M.Ikan Bakar



Jeti Pulau Renjuna


Pulau Renjuna

Sememangnya river cruise Malaysia juga seindah Mekong, Vietnam. Ahaks.

Saturday, 31 October 2015

Fly to Nam

Assalamualaikum, bertemu kembali setelah sekian lama menyepi.
I'm busy. Ewah.

Kali ini saya mahu berkongsi moment indah bercuti ke Vietnam. 29-31 Okt 2015.  Vietnam.  
Ye, Nam. Ini pertama kali.  
Since exteremely busy dengan tugas, saya tak berkesempatan mencari sebarang info. Packing baju pun last minute.  Besar harapan trip ini berjalan lancar. Everything has been arranged by main sponsor, Gading Dinamik, boss mr Hubby, Dato Zahri, 
Terima kasih daun keladi Dato.

Jom layan...

KLIA - terasa sayu meninggalkan bumi Malaysia tapi excited

Suasana malam di Ben Thanh Market

Delta Mekong - makan buah sambil dengar radisional song of Nam

Bersama one of the singer @ pelayan restoran


 
Kereta kuda dari Mekong, tarikan baru pelancong - RM20 per ride


Paddle boat ride, rata-rata pendayung adalah perempuan, Iya awak, kudrat 2 orang perempuan yang mendayung perahu kecil membawa 3-4 pelancong. 

Bưu điện Trung tâm Sài Gòn (Pejabat Pos Besar  Saigon) - belakang adalah gambar Ho Chi Minh; tokoh penting Viet Cong (pejuang revolusi komunis yang membawa kemerdekaan Vietnam dari pemerintahan Peranchis)


 Shoping time segala jenis tudung, shawl & telekung

 Dalam bas...

Jeti Sg Mekong

Great memory, memang best tapi Malaysia tetap di hati. 
Rindu nak balik.


Landing KLIA in bad haze.
Teringat my eldest son di Palam, moga dia kekal sihat untuk hadapi final exam.  
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air tercinta.
Aamin Ya Allah.

See you then. Arios.

Wednesday, 6 May 2015

Tips & panduan selepas SPM

Assalamualaikum, may peace be upon you

Alhamdulillah saya berjaya menulis topik simple ini dan dapat dipublish untuk dikongsi bersama.  Topik ini simple tapi cukup hot.  Hot buat adik-adik, anak-anak mahupun ibubapa sebenarnya.  Inilah yang saya alami apabila anak sulong mendapat result SPM 2014 pada 3 Mac 2015 yang lalu.  Saya secara peribadi mahu bersama-sama anak melalui detik blurr, kalut, genting dan kritikal ini.  Kenapa blurr?  Jawabnya mudah.  Ini kerana sistem pendidikan sekarang berbeza dengan zaman saya.  Meskipun saya dan anak sering bertelagah kerana berbeza pendapat saat berbicara tentang UPU, matrikulasi, IPG dan sebagainya, namun saya harap anak memahami semua ini adalah kerana rasa sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Sejujurnya saya bukanlah menggalakkan anak-anak memenuhi semua impian ibubapa dalam menentukan hala tuju selepas SPM namun andai ada sejarah dalam sesuatu bidang dalam kalangan keluarga sendiri, jangan diulang kesilapan itu. Disinilah memerlukan jati diri anak-anak.  Justeru nasihat saya, please do some research especially laluan kerjaya.  Minat sahaja tidak boleh menjamin masa depan yang cerah dan tidak menjadi satu kesalahan apatah lagi menjadi dosa untuk seorang anak memperhalusi setiap ceirta yang didengar mahupun pengalaman orang terdahulu.  Percayalah Allah lebih mengetahui mana yang terbaik buat kita hambaNya.


Keputusan SPM anda, itulah diri anda yang sebenarnya.  Itulah anda dalam alam persekolahan, dari darjah 1  hingga tingkatan 5.  Jangan mimpi untuk anda boleh berubah secara drastik, aku mampu lebih baik dari ini, keputusan ini adalah di bawah kemampuan aku.  Allah telah letakkan sesuatu itu setimpal dengan usaha dan kemampuan anda.   

Kebanyakan permohonan kini dibuka secara online.  Jangan ketinggalan dan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan mahupun guru.  Mohon semua yang ada kerana masa depan anda bemula dari permohonan-permohonan ini.  Jangan mohon yang anda minat sahaja atau yang anda target want to be.  Semasa mengisi sesuatu permohonan berpijaklah di bumi yang nyata iaitu memohon kursus yang berpadanan dengan kelayakan anda.  
Ambil kira juga kemampuan kewangan keluarga.  Andai anda ditakdirkan dari keluarga yang berkemampuan, tidak menjadi masalah untuk mengikuti program anjuran IPTS dan begitulah sebaliknya.  Aspek ekonomi amat penting untuk diambilkira.  Namun sebagai rakyat Malaysia, amat rugi, dan boleh dikatakan rugi besar jika kita tidak mendapat tempat di IPTA dan mendapat tajaan kerajaan untuk belajar.  Percayalah.

STPM
STPM atau tingkatan 6 biasanya ditawarkan kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran martikulasi/Asasi/Diploma.  Sebenarnya STPM adalah laluan paling bergaya untuk program ijazah berbanding matrikulasi/Asasi kerana STPM menyamai Diploma.  Terdapat 2 bidang dalam STPM iaitu sains tulen dan sains kemanusiaan dimana kebanyakan pelajar akan mengambil 4 subjek atau paling banyak 5 subjek.  Dengan keputusan STPM anda boleh memohon program ijazah di universiti melalui UPU.  Hebat bukan.  Namun anda perlu struggle untuk tempoh 2 tahun tingkatan 6.   

Diploma
Program Diploma ditawarkan di universiti-universiti seperti UPSI, UNISZA, Uitm ataupun politeknik-politeknik Malaysia yang biasanya mengambil masa 3 tahun.  Politeknik-politeknik Malaysia kini hanya menawarkan program diploma sahaja. Terdapat 3 politeknik yang telah dinaik taraf menjadi politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Ibrahim Sultan yang kini juga menawarkan program ijazah dalam bidang tertentu.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah dengan memohon melalui UPU atau USM mengikut bidang pengajian anda.  Terdapat juga universiti yang menyerap lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan universiti.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pengajian asas sama seperti program Asasi.  Matrikulasi dijalankan di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Selepas habis program matrikulasi, anda boleh memohon UPU untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

Asasi IPTA
Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa 1-2 tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.  Antara universiti yang menganjurkan program Asasi adalah UM, UIAM, UPM, Uitm dan USIM.

IPG
IPG adalah Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang boleh dipohon juga secara online selepas iklan dikeluarkan beberapa minggu sebelum SPM keluar.  PISMP menetapkan calon untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang terdiri dari 3 sesi iaiitu Ujian Bertulis, Ujian Kecergasan Fizikal dan Ujian Amali (untuk permohonan Pendidikan Jasmani/Muzik/Islam/Bahasa Arab).  
Anda akan ditawarkan program PIMP setelah berjaya UKCG dan temuduga.  Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti program persediaan selama dua semester di mana-mana 27 buah IPG Kampus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang lulus program persediaan ini akan ditawarkan untuk mengikuti PISMP dengan Kepujian selama empat tahun sebelum ditawarkan jawatan Guru Siswazah.  Untuk maklumat lanjut layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia  http://www.moe.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan tidak tahu langsung tentang SPA. Anda boleh memohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga dan seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan.

Program-program diatas lebih specific kepada pelajar-pelajar yang SPMnya cemerlang.  Bagaimana pula dengan yang sebaliknya.  Masih ada harapan buat anda.  Yang penting usaha.  Laluan anda terbuka luas dalam bidang kemahiran yang sebenarnya juga ada prospek.  Semuanya bergantung kepada anda.  Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke kolej komuniti (bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti), ILP (Institut Latihan Industri di bawah Kementerian Sumber Manusia), IKM (Institut Kemahiran Mara di bawah MARA) dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. 

Bagi yang berkemampuan dari segi ekonomi, anda boleh mengikuti program di kolej-kolej swasta. Tapi anda kena pandai pilih kolej mana yang bagus dan sesuai dan pastikan program telah diiktiraf MQA (dahulunya LAN) bagi memastikan laluan kerjaya anda mudah. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang telah stabil seperti seperti Kolej Mahsa atau Masterskill.

Lumrah kehidupan di dunia ini, ada yang bagus dan cemerlang dan ada yang kurang cemerlang.  Ada yang perjalanan hidupnya mudah dan ada yang sukar.  Ada yang cepat dan ada yang lambat.  
Namun percayalah setiap apa yang berlaku, ia adalah yang terbaik buat kita.  Bersangka baiklah dengan perancanganNya.  
Teruskan berusaha, carilah peluang dan buat dengan sehabis baik.  
Last but not least, saya ucapkan selamat maju jaya dan sentiasalah bersyukur atas nikmat yang dibeikan olehNya.