Thursday, 27 February 2014

Lirik lagu Warisan - Sudirman/Syed Haron Ahmad

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan


( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini


Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

 ( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Pantun dua kerat Melayu Lama


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati.

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Buah betik campur gula,
Buat baik dapat pahala.

Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.

Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Anak dara pergi ke kedai,
Rindu di hati rasa nak longlai.

Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak kita tak ingin.

Lain ulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

Pat-pat nya,
Siapa cepat dia punya.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh mahu lagi.

Siji, loro, telu, papat,
Melayu lari Jawa dapat. 

Cekur dang gamit,
Mintak cekur beri kunyit.

Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

Ada ubi ada batas,
Ada budi boleh dibalas.


Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Pantun terakhir ini sememangnya sangat dekat di hati terutama saat di bangku sekolah rendah.  Agak-agak sebab apa ye?  Masihkah kau ingat......ya, semuanya sibuk dengan kad-kad raya saat menjelang hari raya.  Sejujurnya anda tidak perlu membalasnya, sebab.......
 
I have a pen,
My pen is blue,
I have a friend,
My friend is you. 

Jumpa lagi dan terima kasih kerana sudi membaca hingga ke noktah terakhir.

Bye.


Monday, 3 February 2014

Pantun Pembuka Majlis

Kali ini saya mahu berkongsi pantun-pantun pembuka bicara dimana ia sesuai untuk digunakan sebagai pembuka sesuatu majlis  Pilihalah mana yang berkenan di hati dan difikirkan sesuai dengan majlis tersebut.

Jom layan....

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, 
Sayang pesanan terlupa sudah, 
Majlis bermula  tirai  dibuka, 
Dengan alunan madah yang indah.

Mencari timba si anak dara,  
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua.

 Melati  kuntum  tumbuh  melata, 
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata, 
Saya sembah pembuka bicara.

Indah sungguh ciptaan Tuhan,
Mentari merah di waktu senja,
Salam sejahtera saya ucapkan,
Sebagai tanda pembuka bicara.
  


Pengalaman menjadi MC konvo PKB bersama
bekas rakan sejawat, Dr Khir (kini di UMK)


Menjadi MC untuk event bersama PUSPANITA PKB

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa.  Permisi dulu.

Thursday, 19 December 2013

Celik Mata & Jiwa

Buku Celik Mata & Jiwa oleh Prof Muhaya Mohamad memang best.  Insha Allah tak rugi memilikinya. 


Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk mengenal pasti dan memahami cabaran hidup serta mencari jalan penyelesaiannya melalui minda yang positif dan spiritual yang mantap. Kandungan buku ini menyenaraikan pelbagai tips berguna untuk membuat perubahan kepada diri sendiri, persekitaran dan ketika berinteraksi dengan masyarakat. Selain itu, buku ini juga memuatkan panduan berguna untuk menghadapi dan menangani sebarang situasi serta tekanan hidup dalam dunia yang mencabar.


"Mata Akal Mata Hati' pula adalah buku terbaru beliau yang baru saja saya beli.  Secara peribadi saya memang suka buku-buku motivasi dan meminati Prof Muhaya.  Ia membantu kita mengenal diri dan seterusnya memperbaiki diri sendiri.  Moga Allah permudahkan hasrat saya untuk mengubah diri menjadi hambaNya yang sentiasa berpegang pada syiar Islam untuk membimbing dan mendidik anak-anak mahupun anak didik. Amin Ya Allah.

Selamat membaca.

Tuesday, 22 October 2013

Pantun Berkasih

Jom layan.......


Dari mana punai melayang,
  Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
  Dari mata turun ke hati.

Kalau roboh Kota Melaka,
  Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
  Nyawa dan badan saya serahkan.

Kalau roboh Kota Melaka,
  Sayang selasih di dalam puan,
Kalau sungguh bagai dikata,
  Rasa nak mati di pangkuan tuan.

Nasi lemak buah bidara,
  Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
  Kerana kasih hamba turutkan.

Layang-layang terbang melayang,
  Jatuh di laut melayang-layang,
Siapa bilang saya tak sayang,
  Siang malam terbayang-bayang.





Monday, 16 September 2013

Pantun Kecewa

Untuk perkongsian bersama, hayati pantun-pantun kecewa@patah hati berikut : 

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Banyaklah orang menanam pulut,
Saya seorang menanam padi,
Banyaklah orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati.

Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang,
Anak sungai lagikan berubah,
Inikan pula hati orang.

Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan jadi entahkan tidak. 

Inilah keindahan budaya Melayu....sesungguhnya memang benar perumpamaan Melayu 

Yang kurik itu kundi, 
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi, 
Yang indah itu bahasa.








Thursday, 2 May 2013

Madu Lebah Kelulut

Lebah kelulut atau nama saintifiknya trigona adalah dalam keluarga lebah yang juga menghasilkan madu. Madu kelulut disimpan dalam kantung/tempayan.  Rasanya sedikit masam berbanding madu lebah Apis.  Ini disebabkan kandungan asidnya yang lebih atau gula monosakarid kurang berbanding madu lebah Apis.  Khasiat perubatannya secara tradisional melebihi madu lebah Apis.  Madu secara umumnya membekalkan tenaga, antibakteria, antifungus, antivirus, antioksidan dan mengandungi enzim, garam galian, vitamin dan sebatian fenol dan flavonoid.

Madu berasal dari nektar yang dicampur dengan air dan cairan dari perut lebah pekerja.  Ia mengalami proses pengeluapan dan disimpan dalam sarang madu.  Madu yang telah matang akan disimpan dalam bentuk tertutup di dalam sarang.

 Bahagian dalam kotak sarang lebah kelulut untuk tujuan penternakan kelulut

Bahagian luar kotak sarang lebah kelulut 

 Anak-anak berposing bersama kotak sarang lebah kelulut

Khasiatnya dalam perubatan dapat merawat luka dan ulser.  Kajian di makmal menunjukkan madu menurunkan glukosa dalam tikus yang diaruhkan diabetes, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidanif.  Kajian pada tikus yang dibuang ovary, iaitu tikus yang dijadikan model menapos menunjukkan madu mengurangkan atrofil pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabukular tulang, bermakna ia membantu menguatkan tulang.  Madu juga dapat menstabilkan tekanan darah dan kandungan glukosanya serta tidak memudaratkan penderita diabetis mellitus.

Propolis Skin Care - produk inovasi dari lebah kelulut

Testimoni sebagai pengguna Propolis Skin Care selama sebulan, saya dapati kulit muka saya tetap lembab sepertimana saya menggunakan satu produk kecantikan berjenama XYZ (agak terkenal di pasaran dengan harga mampu milik).  Dengan izin Allah, parut-parut jerawat di beberapa lokasi sekitar muka semakin pudar dan hilang selain jerawat baru yang mahu tumbuh menjadi kecut apabila disapu Propolis Skin Care.  
Selain itu, saya dapati tiada lagi kulit kering atau tanda mengelupas jika tidak memakai produk ini untuk 2/3 hari (ini adalah biasa bagi saya yang kurang berdisiplin dalam penjagaan kulit sebelum waktu tidur; almaklum bila dah letih dicampur mengantuk, terus je tidur).  
Yang penting, tanda jeragat juga mula pudar.  Satu lagi keistimewaan Propolis Skin Care adalah berkesan mengurangkan parut pembedahan (saya pernah menjalani tyhrodectomy satu ketika dulu).  

Bagi anda di luar sana yang mengenali saya, barangkali anda akan berkata bahawa saya amat bertuah kerana mempunyai kulit muka kurang bermasalah tetapi saya akui di usia menjangkau angka 40an, saya tetap mengalami masalah biasa seperti jerawat mahupun kesan jeragat.  Jerawat sesekali muncul di kawasan-kawasan spot yang kemudiannya meninggalkan parut hitam yang agak ketara selain tanda jeragat nipis yang mula merebak di bahagian tulang pipi. 

Alhamdulillah, selepas saya menggunakan Propolis Skin Care, saya dapati kesannya lebih ketara berbanding produk XYZ yang telah saya gunakan bertahun-tahun sebelum ini, mungkin juga kulit saya telah imun dengan kandungan produk XYZ.  

Untuk pengetahuan semua, propolis adalah campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah kelulut.  Produk ini adalah hasil kajian dan inovasi HUSM, Kubang Kerian dengan tawaran harga menarik......memang berbaloi-baloi untuk anda memiliki dan mencubanya kerana ia berasaskan hasilan lebah kelulut, sejenis serangga dari keluarga lebah yang sememangnya telah diketahui tinggi khasiatnya.

Selain itu, anda yang mahu menjadikan madu sebagai amalan dalam pemakanan harian, bolehlah mencuba madu lebah kelulut.  Ianya terbukti tinggi khasiat selain mempunyai rasa yang lebih sedap dan unik iaitu bukan sahaja manis tetapi ada sedikit rasa masam.  
Namun bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, stroke, hepatitis, batu karang mahupun stress adalah disarankan mengambil juga propolis dan bee bread bersama madu.  Insha Allah, anda akan dapat merasakan perbezaannya atau merasa lebih sihat dalam tempoh beberapa hari sahaja.  Madu ini juga sesuai diberi kepada anak-anak agar mereka kekal sihat dan terhindar dari masalah kesihatan biasa yang dialami oleh kanak-kanak seperti selsema dan demam biasa.

Madu, propolis dan bee bread lebah kelulut

Akhirnya, anda cuba dulu dan anda akan dapat menilai sendiri hasil dan keberkesanannya dan percayalah anda akan berpuashati, insha Allah.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk terus membaca perkongsian ini.  Jumpa lagi di lain kesempatan dan jangan lupa untuk menghubungi saya andai berminat untuk mendapatkan Propolis Skin Care mahupun lain-lain produk hasilan lebah kelulut seperti madu, propolis dan bee bread dengan tawaran harga menarik.

Hubungi :
Kak G (019-9199 323) atau Tn Azani (0111-276 0818)