Thursday, 20 September 2012

Salam Perkenalan

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan dirahmati selalu

Ini adalah post saya yang pertama. Sejujurnya saya merasa amat teruja untuk mempunyai blog sendiri kerana saya sememangnya berminat untuk menulis bagi tujuan berkongsi ilmu mahupun pengalaman, SHARING IS CARING yang memang terbukti berkesan.

Adalah diharapkan saya akan tetap diberi kesempatan dan kekuatan oleh Yang Esa untuk menulis dan berkongsi idea/ilmu mahupun pengalaman sendiri.



Kehadiran saya dalam dunia blog ini boleh diiabratkan seperti anak itik di atas yang baru belajar berenang. 
Namun jika dilihat dari perspektif yang berbeza, sagala kepayahan anak itik berenang akan hanya berlaku di bawah permukaan air dan tiada siapa yang tahu (hanya anak itik yang tahu susah payah berenang dan juga merasa letihnya berenang), tetapi yang terlihat pada mata kasar di atas permukaan air hanyalah pergerakan anak itik yang berenang dengan cantik, comel dan lancar, bergerak bebas ke sana-sini. 
Inilah juga rahsia kejayaan seseorang yang cemerlang sama ada pelajar, ibubapa atau siapapun anda diluar sana......bersusah-susah dahulu, bersenang-senang.........., dimana semua kepayahan, kesulitan ataupun pahit getir tersembunyi dan tertutup rapat menjadi sempadan dan rahsia hidup.   Apa yang terpapar hanyalah kejayaan demi kejayaan yang boleh dikongsi bersama untuk mendapat keberkatan Illahi sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Oleh itu, teruskan berusaha untuk mengejar kejayaan bagi mengubah keseluruhan hidup dan seterusnya mendapat keberkatan Illahi untuk selamat dunia akhirat, InsyaAllah.

Sehingga berjumpa di lain post, semoga kita tetap diberkati dan dirahmati oleh Yang Esa.

1 comment: