Apakah itu kutu?
Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian kutu betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.
Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa 7 hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.

Kutu kepala adalah sangat meluas: satu dalam lima kanak-kanak dijangka diserang kutu pada satu-satu masa (lihat Bagaimana anak saya mendapatnya?).
Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan sukar untuk mengesannya.
Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain-lain tanda yang nyata termasuk :

- telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
- sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
- kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
- kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.
Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah dengan menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus (lihat Pemusnahan kutu).
Jangan gunakan sebarang rawatan serangga atas kulit kepala anak anda sehingga anda menjumpai kutu hidup.
Jangan gunakan sebarang rawatan serangga atas kulit kepala anak anda sehingga anda menjumpai kutu hidup.
Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.
Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko kutu!
Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.

Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap sesetengah racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang rawatan sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya.
Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga/rakan rapat bagi memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu (lihat Rawatan Kimia), atau menggunakan cara pemusnahan yang menghapuskan semua kutu hidup dengan menyikat-basah (lihat Pemusnahan Kutu).

Di Malaysia, racun kutu kepala yang boleh diperolehi ialah malathion (jenama A-Lice), yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.
Ada juga satu rawatan lagi, bernama dimeticone, yang bukan merupakan racun serangga tetapi agak berkesan untuk diguna di tempat-tempat di mana kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap rawatan racun serangga.
Rawatan menggunakan racun serangga atau dimeticone melibatkan dua aplikasi kimia itu dengan jarak 7 hari antara aplikasi. Anda perlu membiarkan kimia menyerap di rambut antara 10 minit atau 12 jam (bergantung kepada arahan yang diberikan), kemudian bilas dan sikat basah untuk menghapuskan kutu-kutu yang sudah mati.
Walaupun rawatan ini akan membunuh sebarang kutu hidup (jika tidak mempunyai daya tahan terhadapnya), ia tidak semestinya menghapuskan telur kutu, jadi perlu diulangi seminggu selepas itu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.
Pemusnahan kutu

Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus-buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu.
· Mulakan dengan membasuh rambut anak anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dan bubuh perapi rambut dengan banyak.
· Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut supaya tidak kusut kemudian gunakan sikat telur kutu.
· Teruskan bagi seluruh kepala. Apabila selesai, bilas rambut dengan baik, leraikan kekusutan semula kemudian gunakan sikat telur kutu untuk mengutip semua kutu yang tertinggal pada rambut yang basah.
· Jangan lupa untuk merawat semua ahli keluarga.
· Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1 dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula.
Sikat elektronik
Sikat bergigi halus menggunakan kuasa bateri, yang akan mematikan kutu dengan kejutan elektrik, boleh dibeli. Selalunya ia agak mahal dan tidak selamat untuk diguna untuk rambut basah.
Cara natural
Syampu dan losyen mengandungi minyak pati, seperti tea tree dan rosemary, kadangkala disyorkan, tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan ianya mujarab.

No comments:
Post a Comment