Monday, 19 January 2015

Banjir 2014 di kelantan; siri 1


Assalamualaikum,

Telah agak lama saya tidak menulis dan mengupdate blog ini, sedikit sibuk dengan pelbagai tugasan dan urusan.  
Alhamdulillah kerana masih diberi ruang, kesempatan dan kekuatan olehNya untuk saya menulis dan berkongsi catatan peribadi berkisar kisah banjir tahun 2014 di negeri kelantan....jujurnya saya telah lebih sedekad bermastautin di sini....memang seronok tinggal di sini dan pengalaman hidup dalam masyarakat kelate memang indah, yang membezakan hanyalah dialek dalam percakapan seharian....selebihnya semua adalah sama. Dan yang paling penting dan amat berharga adalah mereka semua menerima saya dengan amat baik sekali.
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.

Rabu 24 dis 2014
Gambar-gambar sekitar Jambatan Sultan S.Ismail dari traffic light Tesco menuju Wakaf Baru, air memang banyak dan jambatan jammed dengan kenderaan....Wakaf Baru sudah banjir. 

Gambar sekitar Jambatan Sultan S.Ismail menghala Wakaf Baru, rumah-rumah sekitar tebing sungai sudah dinaiki air, banyak kenderaan parking di tepi jalan, jammed teruk dan paras air memang naik banyak.














Jalan ke PCB air telah melebihi paraas lutut. Allahuakbar.




Anak-anak bergambar di Tambatan Banjir Kota Bharu sekitar 3 petang. Saat ini G.Musang dan K.Krai telah beberapa hari ditenggelami banjir.  Paras air Sg Kelantan memang banyak dan mula melimpah di atas jalan-jalan di dalam bandar Kota Bharu,  Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat banjir besar di bandar ini. 






Izzah dan Irfan merasa puas hati diberi lampu hijau bermain air macam itik jumpa air. Mak boleh lah nak celup kaki jek, pujuk rayu Irfan. Ramai jugak kanak-kanak lain yang bermain air, yang dewasa pula sibuk mengambil gambar atau merakam video, seakan pesta. Dan banyak jalan-jalan area tepi sungai sudah dinaiki air masa nie.   







Bergambar di jambatan Tendong, masih boleh tersenyum walaupun terasa tak berapa sedap hati bercampur takut melihat paras air Sg Kelantan yang sangat banyak dan mula melimpah di kawasan-kawasan tebing sungai.  

Khamis 24  dis 2014 ; menjelang tengahari saya dan suami menyertai team misi bantuan Gading Dinaik ke K.Krai.  Saat ini jalan ke K.Krai sudah tidak boleh dilalui  sama sekali, paras air makin naik di area Sg Durian.

Masjid Kg Keroh yang tenggelam sepenuhnya, banyak kenderaan kecil besar parking di tepi jalan. Ramai yang datang sama ada untuk tujuan misi bantuan ataupun sekadar melihat keadaan banjir.














Rumah ini tak jauh dari masjid Kg Keroh tenggelam bersama 'ferari'nya. Tak sempat diselamatkan kerana air naik dengan cepat.

Ini antara gambar sekitar Kg Keroh, suami (berkopiah) bersama rakannya bert-shirt merah; rumahnya juga tenggelam (gambar atas)

Trak askar yang penuh dengan bekalan makanan mula bergerak namun kecundang juga selepas mengharung air dalam jarak 500m.



 
Semua gambar adalah hasil koleksi peribadi menggunakan samsung duos yang baru sahaja dibeli sekitar hujung Nov. Berbaloi rupanya melabur sedikit duit simpanan membeli smart phone dan kemudiannya ada data internet, 2 perkara yang ditangguhkan hasrat untuk memilikinya.  
Namun sesungguhnya ia amat memberi manafaat pada saya dapat merakam detik banjir besar di Kelantan.
Ia menjadi negeri paling teruk dilanda banjir dan impak pasca banjir yang amat dahsyat, menyamai tsunami Acheh 2004.
Tanggal 26 Disember tarikh yang sama berlakunya banjir besar di beberapa daerah di Kelantan...Allahuakbar.
Lindungi kami Ya Allah.

 

No comments:

Post a Comment