Thursday, 2 May 2013

Madu Lebah Kelulut

Lebah kelulut atau nama saintifiknya trigona adalah dalam keluarga lebah yang juga menghasilkan madu. Madu kelulut disimpan dalam kantung/tempayan.  Rasanya sedikit masam berbanding madu lebah Apis.  Ini disebabkan kandungan asidnya yang lebih atau gula monosakarid kurang berbanding madu lebah Apis.  Khasiat perubatannya secara tradisional melebihi madu lebah Apis.  Madu secara umumnya membekalkan tenaga, antibakteria, antifungus, antivirus, antioksidan dan mengandungi enzim, garam galian, vitamin dan sebatian fenol dan flavonoid.

Madu berasal dari nektar yang dicampur dengan air dan cairan dari perut lebah pekerja.  Ia mengalami proses pengeluapan dan disimpan dalam sarang madu.  Madu yang telah matang akan disimpan dalam bentuk tertutup di dalam sarang.

 Bahagian dalam kotak sarang lebah kelulut untuk tujuan penternakan kelulut

Bahagian luar kotak sarang lebah kelulut 

 Anak-anak berposing bersama kotak sarang lebah kelulut

Khasiatnya dalam perubatan dapat merawat luka dan ulser.  Kajian di makmal menunjukkan madu menurunkan glukosa dalam tikus yang diaruhkan diabetes, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidanif.  Kajian pada tikus yang dibuang ovary, iaitu tikus yang dijadikan model menapos menunjukkan madu mengurangkan atrofil pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabukular tulang, bermakna ia membantu menguatkan tulang.  Madu juga dapat menstabilkan tekanan darah dan kandungan glukosanya serta tidak memudaratkan penderita diabetis mellitus.

Propolis Skin Care - produk inovasi dari lebah kelulut

Testimoni sebagai pengguna Propolis Skin Care selama sebulan, saya dapati kulit muka saya tetap lembab sepertimana saya menggunakan satu produk kecantikan berjenama XYZ (agak terkenal di pasaran dengan harga mampu milik).  Dengan izin Allah, parut-parut jerawat di beberapa lokasi sekitar muka semakin pudar dan hilang selain jerawat baru yang mahu tumbuh menjadi kecut apabila disapu Propolis Skin Care.  
Selain itu, saya dapati tiada lagi kulit kering atau tanda mengelupas jika tidak memakai produk ini untuk 2/3 hari (ini adalah biasa bagi saya yang kurang berdisiplin dalam penjagaan kulit sebelum waktu tidur; almaklum bila dah letih dicampur mengantuk, terus je tidur).  
Yang penting, tanda jeragat juga mula pudar.  Satu lagi keistimewaan Propolis Skin Care adalah berkesan mengurangkan parut pembedahan (saya pernah menjalani tyhrodectomy satu ketika dulu).  

Bagi anda di luar sana yang mengenali saya, barangkali anda akan berkata bahawa saya amat bertuah kerana mempunyai kulit muka kurang bermasalah tetapi saya akui di usia menjangkau angka 40an, saya tetap mengalami masalah biasa seperti jerawat mahupun kesan jeragat.  Jerawat sesekali muncul di kawasan-kawasan spot yang kemudiannya meninggalkan parut hitam yang agak ketara selain tanda jeragat nipis yang mula merebak di bahagian tulang pipi. 

Alhamdulillah, selepas saya menggunakan Propolis Skin Care, saya dapati kesannya lebih ketara berbanding produk XYZ yang telah saya gunakan bertahun-tahun sebelum ini, mungkin juga kulit saya telah imun dengan kandungan produk XYZ.  

Untuk pengetahuan semua, propolis adalah campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah kelulut.  Produk ini adalah hasil kajian dan inovasi HUSM, Kubang Kerian dengan tawaran harga menarik......memang berbaloi-baloi untuk anda memiliki dan mencubanya kerana ia berasaskan hasilan lebah kelulut, sejenis serangga dari keluarga lebah yang sememangnya telah diketahui tinggi khasiatnya.

Selain itu, anda yang mahu menjadikan madu sebagai amalan dalam pemakanan harian, bolehlah mencuba madu lebah kelulut.  Ianya terbukti tinggi khasiat selain mempunyai rasa yang lebih sedap dan unik iaitu bukan sahaja manis tetapi ada sedikit rasa masam.  
Namun bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, stroke, hepatitis, batu karang mahupun stress adalah disarankan mengambil juga propolis dan bee bread bersama madu.  Insha Allah, anda akan dapat merasakan perbezaannya atau merasa lebih sihat dalam tempoh beberapa hari sahaja.  Madu ini juga sesuai diberi kepada anak-anak agar mereka kekal sihat dan terhindar dari masalah kesihatan biasa yang dialami oleh kanak-kanak seperti selsema dan demam biasa.

Madu, propolis dan bee bread lebah kelulut

Akhirnya, anda cuba dulu dan anda akan dapat menilai sendiri hasil dan keberkesanannya dan percayalah anda akan berpuashati, insha Allah.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk terus membaca perkongsian ini.  Jumpa lagi di lain kesempatan dan jangan lupa untuk menghubungi saya andai berminat untuk mendapatkan Propolis Skin Care mahupun lain-lain produk hasilan lebah kelulut seperti madu, propolis dan bee bread dengan tawaran harga menarik.

Hubungi :
Kak G (019-9199 323) atau Tn Azani (0111-276 0818)



Monday, 25 February 2013

oh Pantun Budi

Hayati antara pantun budi warisan Melayu yang begitu mendalam maksudnya, semoga kita mendapat iktibar darinya.......

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa,
Apa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tengiri,
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.


Sekadar peringatan kepada semua dan diri saya sendiri, kita sebagai orang Melayu sentiasa berpegang pada adat dan budi dimana ia adalah terjemahan dari Nur Islam yang sangat syumul dan seharusnya kita bersyukur masih lagi mewarisinya meski kini semakin luntur ditelan arus kemodenan.  Justeru, dimanakah peranan kita sebagai anak Melayu dan juga hambaNya ? 

Wednesday, 16 January 2013

Tips Mengurus Kewangan sendiri

Anda perlu terus membaca entry ini jika anda pernah mengalami situasi mahupun persoalan 'Ke mana perginya wang aku setiap bulan ?'.  Situasi ini sering dialami hampir setiap masa terutama sekali di hujung bulan hingga tak sabar menunggu hari gaji.  Dimanakah silapnya ?

Jika difikirkan hakikat kehidupan, gaji naik setiap tahun namun tidak dinafikan kenaikan gaji juga selari dengan kenaikan kos sara hidup.  Justeru bagaimanakah caranya untuk kita hidup bahagia dan tenang.  Secara lojikya, kita juga perlu berubah.  Apakah yang perlu diubah ?  Ya, kita perlu berubah dengan mencari dan mendalami ilmu dalam pengurusan kewangan.  Dan langkah seterusnya adalah memperbaiki cara pengurusan kewangan agar ia membawa kebaikan kepada keadaan kewangan keluarga.

Antara langkah-langkah untuk memperbaiki pengurusan kewangan adalah :  

1. Tingkatkan pelaburan - contoh terbaik dan rendah risiko adalah amanah saham atau bentuk saham lain tetapi anda perlu mengetahui propektus terlebih dahulu sebelum melabur kerana pelaburan dalam bentuk saham memerlukan ilmu.

2. Mengurus perbelanjaan - yang ini memang agak sukar dilakukan kerana elemen mengurus perbelanjaan yang penting adalah amalan berbelanja berhemah.  Ia melibatkan disiplin diri tapi sebenarnya masih boleh dilakukan bila punya keazaman yang kuat. Yang penting jauhi sikap boros/membazir dalam berbelanja bagi menjayakan matlamat mengurus perbelanjaan berkesan.

3. Hidup bebas hutang - berhutang atau membuat pembiayaan hanya untuk keperluan utama seperti membeli rumah/kenderaan dan elakkan bentuk hutang lain terutama sekali pengunaan kad kredit yang perlu dihadkan atau dielak sama sekali.

4.Tingkatkan pendapatan - terdapat banyak pilihan untuk tingkatkan pendapatan seperti berniaga secara sambilan atau lain-lain kerja part time yang boleh membuahkan hasil yang lumayan dan berkat lagi halal.  Jika sekiranya ini tidak dapat dilakukan, alternatif lain adalah lakukan penjimatan.

5. Persediaan masa depan - ia meliputi jangkamasa pendek dan juga jankamasa panjang seperti pendidikan anak-anak, perubatan mahupun saat pencen.


Pernahkah anda mendengar istilah NISBAH KEKAYAAN ?
Amnya nisbah kekayaan diperoleh dengan langkah berikut :
1. Campurkan semua simpanan tunai (contoh simpanan dalam Tabung Haji, amanah saham, koperasi dan lain-lain bentuk simpanan tunai).  Simpanan yang diperoleh dari pembiayaan/hutang tidak boleh diambil kira dalam pengiraan nisbah kekayaan.
2. Campurkan pula semua perbelanjaan bulanan.
3. Bahagikan jumlah simpanan tunai dengan perbelanjaan bulanan.  Contoh : 35,000/5,000 = 7.
4. Katalah nilai yang diperoleh dari operasi no 3 adalah 7.  Ini bermaksud, sekiranya sesuatu berlaku kepada anda terutama yang menjejsakan pendapatan bulanan seperti diberhentikan kerja atau lain-lain, maka anda mampu hidup/survive dengan perbelanjaan sedia kala untuk tempoh 7 bulan sahaja.

Justeru, tidak kira anda hidup dalam fasa mana sekalipun dalam menjalani kehidupan seharian, yang paling penting adalah tingkatkan nisbah kekayaan anda.  Anda perlu melakukannya sekarang untuk masa depan anda sendiri dan mereka yang tersayang.....makin cepat anda bertindak, makin cepat anda dapat melihat hasilnya.  Berjumpalah pakar/perunding kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat. 

Hayati motivasi berikut 'RAMAI ORANG TIDAK BERUBAH BUKAN KERANA TIDAK MAHU BERUBAH, TETAPI MEREKA TIDAK TAHU ATAU TIDAK NAMPAK KEPERLUAN UNTUK BERUBAH'.  Berdoalah agar Allah meniupkan nur hidayah dalam hati kita untuk menjadi hambaNya yang soleh, InsyaAllah. 

Entry ini adalah hasil pembacaan beberapa buku yang berada di pasaran yang boleh dijadikan rujukan untuk merancang dan mengurus kewangan sendiri dan keluarga dengan berkesan.  Semoga anda mendapat sedikit idea dari perkongsian ini kerana sejujurnya ia memerlukan komitmen yang tinggi terutama disiplin diri untuk menjayakannya.



Tuesday, 4 December 2012

Mudahnya Menjemput Rezeki



 
Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki.....itulah kata penulis, saudara Fathuri Salehuddin.

Analogi menjemput rezeki boleh diambil daripada contoh semut.  Dalam satu-satu tempat, agak sukar untuk kita mencari semut.  Sangat sukar.  Itu jika kita mencari.  Tetapi ada cara lain yang lebih mudah jika kita ingin menemui semut, iaitu dengan cara mengumpannya (menjemputnya) dengan makanan manis atau gula.  Letak sahaja gula, semut pasti akan datang tanpa kita tahu dari mana asalnya.  Yang pasti ia akan tetap menghurung gula tersebut.

Begitulah konsep rezeki yang cuba dibongkarkan oleh penulis.  Konsep mudah, berikan apa yang "Pemilik" rezeki mahukan, InsyaAllah kita akan peroleh apa yang kita mahu.  Dalam konteks ini, berikan apa yang Allah mahu seperti solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya.

Berikut adalah ringkasannya :

1. Utamakan solat di masjid kerana Allah yang memberi rezeki.  Berdoa@minta di rumah Allah adalah lebih afdal sebenarnya.

2. Amalkan solat tahajud 8 rakaat dan witir 3 rakaat pada sepertiga malam.  Dalam sahih  Muslim riwayat Abu Hurairah r.a, Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam dan mengabulkan doa hambaNya.

3. Amalkan solat dhuha (25 minit selepas syuruk).

4. Amalkan zikir (1000 kali).  Jumaat - Ya Allah, sabtu - Laa illaaha ilallah, ahad - Yaa Hayyuu Yaa Qoyyum, isnin -  Laa Haula Walla Quwwata Illa Billahil Aliyil Azhim, selasa -Shollallaahu Alaa Muhammad, rabu - Astaghfirullahal Azhim, khamis - Subahanallahil Azhimi Wabihamdih.

5. Amalkan berdoa di waktu mustajab.  Bila ? Iaitu sebelum dan selepas solat, waktu turun hujan, bermusafir, waktu subuh, antara zohor-asar, asar-maghrib, bangun tidur, hendak masuk-keluar masjid, antara takbir raya dan solat raya, antara 2 khutbah, ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w, doa kunut, urursan penting, majlis ilmu, jiwa resah, khatam 30juzuk dan bersujud.

6. Doakan orang lain.

7. Bersedekah kerana sedekah menjauhkan bala.

8. membaca al-Quran.

9. Beramal dengan Asma ul-Husna. 

10. bersyukur dengan apa yang Allah beri. 

11. Tekun berusaha.

Tambahan :
- Cipta dan imbangi impian kita. 
- Hubungi ibubapa setiap hari.
- Bertaubat.

Friday, 9 November 2012

Improve your English

9 common ways to improve your English are :

1.     Be alert.  Keep your ears and eyes open, listening to how people use the language, and reading other people's work critically.

2.     Read more.  Read from business magazines, international newspapers, other people's annual reports and letters.  It is also a good idea to spend some time reading fiction, as this can provide a vital freshness to your language use and increase your vocabulary.

3.     Listen to the English Channel Radio or English song in a car or while relaxing at home.

4.     Watch English Movies with subtitle.  You will learn new words and at the same time know how to pronounce it beside having fun time watching the movie.

5.     Take some time to study an article from a business magazine or newspaper.  Analyse how the sentences are constructed, the choice of the words that are used and the organisation of the data. Write out sentences or phrases that you find particularly powerful.

6.     Be best friends with a good dictionary, a thesaurus, a business reference book and a grammar book. If you look up a word in a dictionary, you may like to write it out with its meaning to aid memory. Some people keep a notebook of new words, this can be very effective.

7.     Learn a new word a day.  Keep your own vocabulary notebook and write a new word and its meaning in it every day.  Refer to it as often as possible so that the new words wil stick in your head.

8.     Speak the language whenever you can.  Speak in English with your friends and family.  Don’t be shy to try speaking the language and don’t be afraid that others will tease you.  In fact, they will admire you for your courage and confidence.

9.     Bonus tip, life is short.  So,  Stop studying English but Start Using English, now.  I Like.

Monday, 5 November 2012

Koleksi Pantun Ilmu


Buat anak kandung tersayang juga anak didik yang dikasihi semua.........

Padi segemal kepuk di hulu,
    Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
     Pasir sebutir jadikan intan.

Ramai orang membeli jamu,           
     Di bawah pokok cuaca redup,
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
    Ilmu dicari penyuluh hidup.


Kemumu di tengah pekan,         
    Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan, 
   Bagai pohon tidak berbuah.

  
Ramai orang menggali perigi,
    Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
    Buat bekalan dunia akhirat.


Pinang muda dibelah dua,          
    Anak burung mati diranggah,
 Dari muda sampai ke tua,           
    Ajaran baik jangan diubah.

 
Terang bulan di malam sepi,  
     Cahya memancar kepangkal kelapa,
 Hidup di dunia buatlah bakti,       
     Kepada ibu dan juga bapa. 

Ke hulu membuat pagar,
   Jangan terpotong batang durian,
Cari guru tempat belajar,       
    Supaya jangan sesal kemudian.

Air melurut ke tepian mandi,
    Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,                   
   Semakin berisi semakin tunduk.

Friday, 2 November 2012

Kutu Kepala (Nit)

Apakah itu kutu?


Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian kutu betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.
Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa 7 hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.

Berapa meluaskah ia?

Kutu kepala adalah sangat meluas: satu dalam lima kanak-kanak dijangka diserang kutu pada satu-satu masa (lihat Bagaimana anak saya mendapatnya?).

Bagaimana anak saya mendapatnya?

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan sukar untuk mengesannya.
Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain-lain tanda yang nyata termasuk :

  • telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
  • sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
  • kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
  • kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah dengan menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus (lihat Pemusnahan kutu).
Jangan gunakan sebarang rawatan serangga atas kulit kepala anak anda sehingga anda menjumpai kutu hidup.
Bagaimanakah ianya dijangkiti?
Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.
Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko kutu!
Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.
Bagaimana untuk menghapuskannya?
Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap sesetengah racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang rawatan sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya.
Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga/rakan rapat bagi memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu (lihat Rawatan Kimia), atau menggunakan cara pemusnahan yang menghapuskan semua kutu hidup dengan menyikat-basah (lihat Pemusnahan Kutu).
Rawatan kimia
Di Malaysia, racun kutu kepala yang boleh diperolehi ialah malathion (jenama A-Lice), yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.
Ada juga satu rawatan lagi, bernama dimeticone, yang bukan merupakan racun serangga tetapi agak berkesan untuk diguna di tempat-tempat di mana kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap rawatan racun serangga.
Rawatan menggunakan racun serangga atau dimeticone melibatkan dua aplikasi kimia itu dengan jarak 7 hari antara aplikasi. Anda perlu membiarkan kimia menyerap di rambut antara 10 minit atau 12 jam (bergantung kepada arahan yang diberikan), kemudian bilas dan sikat basah untuk menghapuskan kutu-kutu yang sudah mati.
Walaupun rawatan ini akan membunuh sebarang kutu hidup (jika tidak mempunyai daya tahan terhadapnya), ia tidak semestinya menghapuskan telur kutu, jadi perlu diulangi seminggu selepas itu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.

Pemusnahan kutu
Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus-buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu.
·  Mulakan dengan membasuh rambut anak anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dan bubuh perapi rambut dengan banyak.
·  Gunakan sikat bergigi jarang untuk meleraikan rambut supaya tidak kusut kemudian gunakan sikat telur kutu.
·  Teruskan bagi seluruh kepala. Apabila selesai, bilas rambut dengan baik, leraikan kekusutan semula kemudian gunakan sikat telur kutu untuk mengutip semua kutu yang tertinggal pada rambut yang basah.
·  Jangan lupa untuk merawat semua ahli keluarga. 
·  Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1 dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula.
Cara lain
Sikat elektronik
Sikat bergigi halus menggunakan kuasa bateri, yang akan mematikan kutu dengan kejutan elektrik, boleh dibeli. Selalunya ia agak mahal dan tidak selamat untuk diguna untuk rambut basah.
Cara natur
al
Syampu dan losyen mengandungi minyak pati, seperti tea tree dan rosemary, kadangkala disyorkan, tetapi tiada bukti saintifik yang menunjukkan ianya mujarab.