Selamat bertemu kembali. Baru hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate entry blog sebab agak busy kebelakangan ini. Emmmm, bunyi ayat macam membangau.........Astaghfirullah a'zim. K full stop.
Sebelum saya sambung tips seterusnya dalam topik santuni fitrah anak, saya ingin bertanya soalan cepu emas kepada anda. Sudahkah anda mencuba tips yang pertama iaitu jangan membangau? Apapun jawapan anda, saya percaya anda telah melakukannya dan setidak-tidaknya anda telah mencuba untuk berubah dan tidak membangau lagi kerana u're a great mum. Ya, kita adalah ibu yang hebat dan juga sangat-sangat sayangkan anak-anak kita. Syabas buat anda dan juga saya.
Okay, kita terus ke tips yang ke-2 :
2. Berhenti me'label'
Ada apa dengan melabel? Adakah melabel ini sama penting dengan label pada produk dalam bisnes? Atau bagaimana?
Melabel dalam konteks fitrah anak adalah menghakim atau menghukum kekurangan, kepincangan, kesilapan atau kesalahan anak sama ada anak kandung, anak didik mahupun anak orang lain. Saya masukkan juga anak didik dan anak orang lain kerana saya adalah seorang pendidik yang masih berpegang kepada pesan seorang pensyarah KPLI saya (maaf tak boleh nak recall nama penuh beliau) yang berbunyi, jika kita berlaku adil dan berbuat baik kepada anak murid kita, in sha Allah anak kandung kita juga akan menerima keadilan dan kebaikan dari guru-gurunya. Memang cukup mendalam pesanan ini dan cukup memberi kesan kepada saya, alhamdulillah.
Bagaimana melabel boleh berlaku. Contoh mudah dalam kehidupan seharain, bila kita lihat anak kecil berebut makanan, kita akan kata 'urgh lapar betul budak ni, eeee tak sukalah'. Dan mungkin lebih teruk lagi, hati kecil kita berkata mak bapak tak ajar ke. Ini jika anak kecil tersebut adalah anak orang lain. Bayangkan jika anak kandung sendiri yang berkelakuan seperti ini. Adakah respon kita sama? Mungkin kita kata, itu norms bagi budak-budak yang memang suka berebut semua benda.
Okay, contoh mudah lain. Ada pelajar yang suka sangat menyampuk dalam kelas kita, konon nak tunjuk pandai namun prestasi tidak seberapa. Pasti bermacam-macam pesepsi kita. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah melabel pelajar tersebut tanpa berfikir apakah punca kerenah yang menjengkelkan hati tadi. Dan sebahagian dari kita sedar, ini berpunca dari perasaan dahagakan perhatian. Ya, mungkin pelajar ini terpaksa melalui pelbagai situasi pahit manis sejak dari kecil dan apabila ramaja masih lagi bergelut dengan pelbagai rintangan kehidupan. Apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga kita mungkin sempurna, sempurna secara fizikal kerana kita mengangkat keluarga kita ke tahap sempurna. Namun adakah kesempurnaan fizikal keluarga kita juga sesempurna aspek asuhan, didikan dan tarbiyah. Renungkan sejenak persoalan ini.
Seterusnya, marilah sama-sama kita fikirkan kesan melabel pada hati kita. Ya sahabat semua, hati kita akan terkesan dengan tindakan kita. Semestinya kita tidak mahu hati kita menjadi gelap dan terus menjadi hitam kerana penyakit hati sukar untuk diubati. Justeru, hentikanlah melabel kesalahan anak-anak orang lain, maafkanlah dia dan doakanlah dia kerana kita sedang mendidik khalifah. Ya, anak-anak kita adalah khalifah. Khalifah yang akan memimpin dunia mereka pada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai olehNya.

Team action song, SKPK 2016
Dan akhirnya, seharusnya kita sedar hakikat kehidupan, berapa ramai anak-anak yang pada awalnya dilanda badai namun akhirnya apabila dewasa, berjaya dalam hidup di dunia dengan penuh bergaya. Mudah-mudahan dia juga berjaya di hari kemudian kerana ini semua adalah rahmat dariNya.
MasyaaAllah..teruskan menulis sism.sangat bermanfaat insyaaAllah...saya bersyukur kerana ilmu dipanjangkan dlm bentuk penulisan yg santài berinfomative
ReplyDelete