Selamat bertemu kembali di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah puasa yang sedang kita jalani ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga malah ia turut memberi kita peluang dan ruang untuk mengerjakan amalan-amalan lain dan yang paling utama, puasa dapat menghindarkan diri kita dari yang haram. Aamiin Ya Rob.
Dalam entry terdahulu, saya telah kongsikan tentang membangau dan melabel. Kali ini saya akan kongsikan pula tips yang ke-tiga iaitu menswasta. Apa pula kaitan swasta, menswasta dan pengswastaan dalam menyantuni fitrah anak? Adakah ia berlaku pada anak anda? Adakah ia berlaku dalam keluarga anda? Adakah anda juga melakukan pengswastaan terhadap anak anda? Jujurnya, saya pernah melakukan penswastaan terhadap anak-anak.....ianya saya lakukan tanpa saya sedar bahawa itu adalah penswastaan......Subhanallah.
Tips yang ke-3 : Jangan swastakan anak anda.
Istilah menswastakan anak kedengarannya seperti sesuatu yang janggal. Ianya tak mungkin akan dilakukan oleh mana-mana ibubapa yang secara fitrah amat menyayangi anak-anak mereka kerana ibubapa akan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian mereka pada anak. Dan lojiknya, ibubapa juga akan menyediakan semua keperluan sama ada keperluan fizikal mahupun spiritual untuk anak-anak. Namun, penswastaan tetap berlaku tanpa kita sedari. Ya sahabat sekelian, ia berlaku tanpa kita sedari.
Kebanyakan dari kita tidak sedar bagaimana penswastaan terhadap anak boleh berlaku. Saya ambil contoh mudah yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Dalam kita sibuk dengan rutin harian di rumah, kita pasti akan membenarkan dan membiarkan anak menonton rancangan TV atau video. Ada juga anak yang diberi kebebasan bermain komputer, PS atau lain-lain video games. Dan terkini, anak-anak disuakan pula dengan tab, smartphone atau gajet-gajet lain yang seangkatan dengannya seawal usia 2 tahun. Kita lakukan ini supaya anak diam, tidak merengek serta tidak mengganggu kita yang kononnya sibuk dengan rutin harian yang perlu dibereskan. Betul kan?
Inilah antara bentuk penswastaan terhadap anak-anak. Penswastaan alaf baru. Kita swastakan anak pada TV, video, video games mahupun gajet-gajet. Tindakan ini sebenarnya hanya menyelesaikan masalah pada masa kejadian berlaku. Namun ia memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak-anak yang masih kecil. Sebahagian dari kita sedar implikasi dari tindakan sebegini namun kita tetap melakukannya kerana bla, bla, bla, bla......seribu satu alasan. Dan akhirnya apabila kita gagal mengawal kehendak anak atau lebih teruk lagi apabila anak menjadi obses terhadap gajet-gajet sebegini, semuanya sudah terlambat. Dan lebih buruk lagi apabila ia sedikit menngganggu perkembangan akademik, kita mula pening kepala dan menyalahkan orang lain. Selalunya yang menjadi sasaran adalah cikgu-cikgu dan pihak sekolah yang dikatakan tak buat kerja. Kita terlupa hakikat ibubapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Renung-renungkanlah.
Justeru, sebagai ibubapa yang amat menyayangi anak-anak, kembalilah kepada fitrah. Ajarkan anak-anak aktiviti bermanafaat seperti zaman kanak-kanak tahun 70an, 80an dan awal 90an. Seeloknya dedahkan aktiviti sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah seperti berenang, memanah dan menunggang kuda. Yang paling utama, luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak. Dan seterusnya, kita sendiri sebagai ibubapa seharusnya perlu mengurangkan masa bersama gajet@telefon pintar apatah lagi saat bersama anak. Ingat, ibubapa adalah contoh teladan kepada anak-anak.
Say NO to all GADGET. Gajet-gajet hanya bolah diberikan kepada anak-anak dengan syarat ada pemantauan. Anda buat, anda beruntung dan in sha Allah anak-anak akan jadi aset anda di kemudian hari. Jumpa lagi entry akan datang....Selamat Hari Raya 2016, maaf zahir batin.
Istilah menswastakan anak kedengarannya seperti sesuatu yang janggal. Ianya tak mungkin akan dilakukan oleh mana-mana ibubapa yang secara fitrah amat menyayangi anak-anak mereka kerana ibubapa akan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian mereka pada anak. Dan lojiknya, ibubapa juga akan menyediakan semua keperluan sama ada keperluan fizikal mahupun spiritual untuk anak-anak. Namun, penswastaan tetap berlaku tanpa kita sedari. Ya sahabat sekelian, ia berlaku tanpa kita sedari.
Inilah antara bentuk penswastaan terhadap anak-anak. Penswastaan alaf baru. Kita swastakan anak pada TV, video, video games mahupun gajet-gajet. Tindakan ini sebenarnya hanya menyelesaikan masalah pada masa kejadian berlaku. Namun ia memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak-anak yang masih kecil. Sebahagian dari kita sedar implikasi dari tindakan sebegini namun kita tetap melakukannya kerana bla, bla, bla, bla......seribu satu alasan. Dan akhirnya apabila kita gagal mengawal kehendak anak atau lebih teruk lagi apabila anak menjadi obses terhadap gajet-gajet sebegini, semuanya sudah terlambat. Dan lebih buruk lagi apabila ia sedikit menngganggu perkembangan akademik, kita mula pening kepala dan menyalahkan orang lain. Selalunya yang menjadi sasaran adalah cikgu-cikgu dan pihak sekolah yang dikatakan tak buat kerja. Kita terlupa hakikat ibubapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Renung-renungkanlah.
Justeru, sebagai ibubapa yang amat menyayangi anak-anak, kembalilah kepada fitrah. Ajarkan anak-anak aktiviti bermanafaat seperti zaman kanak-kanak tahun 70an, 80an dan awal 90an. Seeloknya dedahkan aktiviti sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah seperti berenang, memanah dan menunggang kuda. Yang paling utama, luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak. Dan seterusnya, kita sendiri sebagai ibubapa seharusnya perlu mengurangkan masa bersama gajet@telefon pintar apatah lagi saat bersama anak. Ingat, ibubapa adalah contoh teladan kepada anak-anak.
Say NO to all GADGET. Gajet-gajet hanya bolah diberikan kepada anak-anak dengan syarat ada pemantauan. Anda buat, anda beruntung dan in sha Allah anak-anak akan jadi aset anda di kemudian hari. Jumpa lagi entry akan datang....Selamat Hari Raya 2016, maaf zahir batin.
No comments:
Post a Comment