Setelah sekian lama menyepi kerana busy with a lot of things...saya kembali dengan judul entry kali ini tentang cerita catur anak-anak kandung saya serta sedikit tips for chess beginers.
Umum mengetahui catur mempunyai impak yang tersendiri terutama dalam meningkatkan fokus mahupun kenyakinan diri. Segelintir pula beranggapan bahawa catur mempunyai kaitan dengan tahap genius seseorang.
Sejauh mana kebenaran anggapan ini, saya sendiri kurang pasti.
Namun, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang baik tentang catur berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak saya Tuan Zarif Irfan & Nurul Izzah. Catur telah mengubah mereka jadi lebih matang sejak mereka berdua terlibat dengan permainan ini bermula beberapa tahun lepas.
Dan sejak itu juga saya makin aktif berfb. Lihat, nampaknya catur juga turut mengubah persepsi saya terhadap medsos dan menjadikan ia sebagai album bagi mengabadikan kenangan berharga untuk tatapan masa depan.
Ok bagaimana kami bermula dalam catur. Jujur saya katakan pada peringkat awal, set catur yang ada di rumah hanyalah sekadar koleksi indoor games yang saya sediakan untuk menghadapi cuti sekolah hujung tahun. Set indoor games ini sering kali dipandang sepi. Saya sediakan beberapa set saidina, congkak dan juga papan karum (mungkin kurang kualiti sebab harganya murah). Namun kami jarang-jarang bermain apatah lagi membuka papan catur. Sesekali bila terasa 'puas' dengan tv dan ps, anak-anak dilihat memegang duit-duit saidina dan buah catur.
Tournament pertama Izzah di SK Temangan tahun 2016

Dari situ mereka tahu gerakan asas catur dan sesekali berlawan sesama sendiri atau bersama si ayah yang celik catur berbanding saya yang totally zero. Ini berlarutan selama beberapa tahun sehingga anak ke-2 saya Tuan Zakwan direzekikan menjadi wakil sekolah semasa tingkatan 2.
Namun ini masih belum cukup memberi kesedaran kepada saya meskipun saya sedia maklum prestasi memberangsangkan arwah 2 puteri arwah bapa saudara yang telah mencipta nama hingga ke peringkat kebangsaan dalam permainan ini.
Segalanya berubah pada penghujung tahun 2014 dimana saya mula memikirkan game yang sesuai untuk Zarif lantaran taekwondonya yang kurang menyerlah. Maka bermulalah dunia catur buat Zarif. Syukur alhamdulillah selepas menyertai beberapa tounament, Zarif akhirnya terpilih dalam list pencatur KBS (Kota Bharu Selatan) pada tahun berikutnya.

Bila dikenang kembali, memang lucu. Saya sendiri tak tahu bahawa saya daftarkan anak untuk tounament anjuran MSSD kerana sekolah anak (SKPK) masih belum ada kelab catur pada masa itu.
Alhamdulillah, dengan pencapaian kecil ini juga dapat beri inspirasi dan kekuatan kepada sekolah untuk menubuhkan kelab catur dan juga rezeki buat Zarif menjadi pengerusi kelab selama 2 tahun. Dan sehingga kini tahun 2019, Zarif telah 6 kali menyertai tounament hingga ke peringkat negeri.
Manakala si adik, Izzah mula menjinakkan diri dengan catur pada pertengahan tahun 2016 setelah banyak kali menjadi peneman saya setiap kali si abang ada tounament. Dan alhamdulillah Izzah juga telah terpilih sebagai pencatur KBS pada tahun berikutnya.

Sesungguhnya, memang benar pengakuan seorang guru yang mengatakan bahawa amat mudah untuk mengumpul sijil dalam catur dan seterusnya menjadi aktif dalam kokurikulum hanya dengan bercatur. Dan seandainya rezeki anak sememangnya telah tersurat dalam catur, mereka juga dengan mudah akan mendapat sijil dan hadiah pencapaian. Ini merupakan satu bonus buat mereka dan juga kita sebagai orangtua.
Ok, disini saya kongsikan beberapa tips untuk mendekatkan anak dengan catur :
1. Beri pendedahan awal
Belikan set catur untuk anak kenal papan & buah catur serta ajar mereka gerakan asas catur. Kemudian, minta anak masuk kelab catur sekolah untuk meningkatkan kemahiran bercatur mereka.
2. Masuk chess tounament
Langkah seterusnya adalah join tournament. Ada banyak tournament anjuran persatuan-persatuan catur terutama sepanjang cuti sekolah. Ini adalah perlu sebagai persedian mental dan fizikal anak menjelang tournament peringkat MSSD. Perlu diingat, jangan sesekali memaksa anak join tournament. Beri mereka masa agar mereka benar-benar bersedia fizikal mahupun mental.
3. Cari sifu
Ini juga perlu dan sangat penting untuk memastikan anak cukup bersedia dalam menghadapi tournament selain memastikan anak kekal releven kerana sesungguhnya, catur mempunyai sejuto ene langkah untuk opening, middle dan juga end game.
4. Terus motivasikan anak dan doakan mereka
Bagi saya, ini juga sangat penting bagi memastikan minat anak tetap pada catur kerana minat mereka akan berubah seiring dengan usia mahupun masa. Teruskan beri semangat jika anak kalah dalam sesuatu game (biasanya ada 6-7 games dalam sesuatu tournament, bergantung kepada penganjuran dan bilangan peserta) supaya semangat juang mereka tetap utuh untuk menghadapi game seterusnya.
Zarif dan Izzah@MSSD 2019 (Zarif tidak kelihatan dalam foto)
Zarif @MSSD2019
Izzah@MSSD2019

In sha Allah mereka akan beroleh sesuatu yang baik di penghujung setiap tournament sama ada sijil penyertaan, sijil pencapaian atau hadiah kemenangan dan seterusnya bersedia untuk tournament yang akan datang. Dan of coz, doakan yang baik-baik untuk mereka agar Allah kurniakan sesuatu yang baik melalui aktiviti catur ini. In sha Allah.
Akhirnya selamat mencuba dan semoga entry ini memberi manfaat dalam usaha kita menyantuni fitrah anak.

Anda juga boleh mengikuti perkongsian catur anak saya di fb.
Tq vmuch dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment