Bayangkan, awal tahun 2020, harga emas 916 ialah RM215 segram dan hari ini 5/6, ia berharga RM232 segram. Dan tak heran kalau ramai yang kata harga emas awal tahun lebih murah berbanding hari ini. Setuju?
Dan kenapa pula kali ini mak memilih menulis tentang emas? Niat utama mak adalah sekadar berkongsi pengalaman emas sendiri untuk tatapan anda semua.
Dan kenapa pula kali ini mak memilih menulis tentang emas? Niat utama mak adalah sekadar berkongsi pengalaman emas sendiri untuk tatapan anda semua.
Ini kerana mak hanyalah seorang insan biasha-biasha tanpa warisan harta kekayaan mahupun selalu bernasib baik menyebelahi diri. Manakala ilmu emas pula cuma sejengkal jika
dibandingkan dengan sifu-sifu emas lain.
Bukan nak merendah diri, tapi inilah hakikat sebenar. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan mak nie, in sha Allah anda akan dapat sesuatu yang baik.
Sungguh, mak gagahi jua untuk menulis pengalaman sendiri kerana merasakan ia sesuatu yang perlu dikongsikan.
Lagipun mak memang spesis yang excited dengan emas. Eeem.
Semoga ia bakal menjadi ilmu bermanafaat yang boleh dipraktikkan selain boleh mencentuskan inspirasi buat anda.
Semoga ia bakal menjadi ilmu bermanafaat yang boleh dipraktikkan selain boleh mencentuskan inspirasi buat anda.
Mak nie, memang dah lama meminati emas. Barang kemas.
Di usia kecil, selalu berkhayal sendirian bahawa
kilauan emas akan menambah seri si pemakai seutas rantai leher dan tangan. Ya, hanya ini yang mampu disediakan orang tua mak. Alhamdulillah.
Khayalan emas ini dapat direalisasikan selepas
mak bekerja dan ada duit sendiri. Ketika
itu, emas perhiasan mak sangat la basic kerana kewangan yang terhad. Sekadar seutas rantai leher, rantai tangan dan kaki (krincing krincing dah macam penari bollywood) dan sebentuk cincin belah rotan.
Meski ia perhiasan yang sangat basic, jujur mak katakan mak rasa cukup bangga dengan pencapaian ini kerana ia adalah hasil
keringat sendiri bekerja di kilang.
Namun, khayalan emas ini terhenti seketika selama
hampir 5 tahun lamanya. Ia adalah tempoh
pengajian luar kampus mak yang perlukan belanja agak besar selain komitmen
masa. Dan impian terhadap kilauan emas bermain semula dalam
kepala selepas bulat hati menyuarakan persetujuan bermastautin ke negeri Che Siti Wan Kembang awal tahun 2000. Sejak itu, koleksi emas perhiasan mak juga bertambah
selain menjadi seorang yang lebih celik emas.
Walaupun tak banyak namun sentiasa ada dan makcik lebih suka memilih
rekabentuk biasa yang lebih tahan lasak dan kurang maintenance.
Rezeki tender ar-rahnu; rekabentuk klasik
Belian tunai
Hasil belian perhiasan emas terpakai
Emas pelaburan keluaran Amethyst, hasil duit raya anak
Ok, emas pelaburan 24K mak yang pertama adalah berupa 1 keping goldbar 20gram dan 1 dinar 22K keluaran Public Gold yang dibeli dengan harga sekitar 4k dari seorang dealer Public Gold hujung tahun 2010.
Selepas itu, en suami pun upgrade la jadi dealer Public Gold. Namun dalam masa sama, kami turut membeli beberapa
produk emas keluaran Sri Ayu kerana tawaran harga yang lebih rendah. Kami juga turut membeli emas 24K hasil kerja tangan tukang emas tempatan dalam bentuk rantai tangan dan cincin.
Dan mak turut mengintai peluang tender barang kemas di ar-rahnu selain emas perhiasan
used yang lebih murah sedikit kerana tiada kos upah si tukang emas.
Ok, selepas anda tahu cerita emas peribadi mak, berikut adalah tips sempoi yang mak nak kongsi:
Tips 1 : Memupuk minat terhadap emas tulin
Dalam apa jua usaha ke arah kejayaan, ia mesti
bermula dari minat. Begitu juga dalam
dunia emas. Minat terhadap emas tulin
mungkin tidak menjadi masalah besar bagi kaum wanita terutama emas perhiasan.
Bagi lelaki pula mungkin lebih tertarik dengan gold bar@emas pelaburan. Ini bagi yang minat emas. Ada juga yang tidak minat.
Baik, kenapa ada yang tidak meminati emas? Persoalannya kenapa
Mungkinkah ia berpunca kerana tidak pernah memegang
emas secara fizikal.
Atau mungkin ia berlaku kerana tidak mampu membeli emas apatah lagi untuk memilikinya.
Dan setelah memiliki emas, timbul pula perasaan takut. Takut dicuri atau diragut atau mungkin takut rugi bila ter-'hilang'.

Apapun perasaan yang ada
dalam benak fikiran anda, ubah la ia kepada fikiran yang lebih positif...saya suka emas, saya suka emas. Justeru berdoalah untuk
meminatinya, memilikinya dan terhindar dari sebarang musibah berkait emas atau apa-apa
sebab sekalipun.
Dan, jangan lupa tuntutan syarak iaitu zakat emas 2.5%. Mudah-mudahan dengan zakat yang dikeluarkan ini selain menyucikan harta, ia akan lebih memudahkan urusan emas kita.
Dan, jangan lupa tuntutan syarak iaitu zakat emas 2.5%. Mudah-mudahan dengan zakat yang dikeluarkan ini selain menyucikan harta, ia akan lebih memudahkan urusan emas kita.
Tips 2 : Sabar setelah membeli emas
Tanpa mengambil kira sama ada anda membeli emas
perhiasan ataupun emas pelaburan, anda perlu mengamalkan sifat sabar.
Sabar dan tunggulah masa yang sesuai untuk merasa keuntungan dari
belian emas anda.
Tips 3 : Tambah ilmu
Jawapan paling mudah adalah supaya kita tahu apa yang kita beli. Ia juga boleh mengelak dari menjadi mangsa dek kejahilan sendiri dalam emas.
Paling penting, kita menjadi seorang insan yang lebih bermaklumat dan boleh berkongsi ilmu emas dengan orang lain...paling tidak, kepada anak-anak sendiri.
Tips 4 : Beli, simpan dan tunggu
Setelah anda berjaya memiliki emas secara fizikal dimana anda boleh pegang atau pakai emas tu, simpan la ia di tempat yang selamat. Step seterusnya adalah tunggu masa yang sesuai untuk merasa segala kebaikan dari aset emas anda.
Emas adalah aset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa. Ia boleh ditukar kepada emas baru dengan cara trade in atau ditukar kepada wang tunai melalui jual semula atau gi la gadai di mana-mana ar-rahnu untuk dapat wang pinjaman dan gunakan ia dengan bijak.

Akhirnya, jom kita pi beli emas. Tak akan menyesal in sha Allah.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, dapat menjentik hati emas anda.
Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah yang terakhir.
Salam emas buat anda semua. Jaga diri. Bye.
Notakaki :
1.Mak dah tepek gambo emas mak sendiri, barulah ada seri emas entry emas mak nie. Hihi.
2.PM mak untuk produk Public Gold 019-9199323 atau en suami 011-12760818.

Detik awal kita start serius dalam Public Gold, rupanya mudah aje. Paling penting kekayaan kita ada dlm tangan sendiri.
ReplyDelete