Tuesday, 9 June 2020

Tips kira harga BK@barang kemas

Selamat bertemu kembali,

Seringkali saya perhatikan situasi ini berlaku di kedai emas.  Ramai yang seolah-olah tidak kisah bagaimana harga emas dikira dan menyerahkan bulat-bulat kepada tuan kedai.  Meski kita punya banyak duit saat masuk kedai emas dan duit tu lebih dari cukup untuk membayar emas yang dibeli, kita mesti tetap bijak.

Ok, selepas anda membaca entry ini, saya percaya anda akan menjadi seorang pembeli emas yang lebih bijak, yang boleh menekan calculator sama seperti tuan kedai.  Hebat bukan.  Dan paling penting ,anda tahu apa yang perlu anda lakukan iaitu tawar menawar harga emas.  
Saya, dengan duit tawar-menawar ini biasanya saya gunakan untuk membeli jajan anak-anak.  Saat saya excited dapat barang kemas baru, anak-anak pula dapat jajan yang boleh gembirakan hati mereka.  So, sama-sama happy.




Baiklah, berikut adalah beberapa situasi yang biasa berlaku di kedai emas.


Contoh 1 : Pengiraan membeli barang kemas baru dengan tunai di tangan

Anda ingin membeli sebentuk cincin secara tunai dengan berat 4.5gram.  Anda perlu tanya tuan kedai berapakah kos upah cincin tersebut kerana kos upah biasanya tidak dinyatakan sepertimana harga emas.  Andaikan harga semasa emas 916 : 215 RM/gram (harga semasa pada 1 Jan 2020). 
Perhatikan cop ketulinan emas semasa anda mencuba saiz cincin.  Perhatikan cop 916 pada bahagian dalam cincin.  Seterusnya lihat maklumat berat pada kertas tagging cincin. 
Kemudian, ambil calculator dan kira. 

Harga cincin 4.5gram = (Berat cincin x harga emas semasa) + kos upah  
= (4.5gram X 215 RM/gram) + RM 100
= (RM 977.50) + RM 100
= RM 1077.50
Dengan ini, harga cincin 4.5gram yang anda beli menjadi RM 239.44 segram setelah ditambah dengan kos upah.


Contoh 2: Pengiraan belian emas dalam rial berat Kelantan

Anda masuk kedai emas dan bertanya berapa harga emas hari ini.  Jangan terkejut apabila anda mendengar tuan kedai menjawab RM 489.60 sedangkan setahu anda harga emas semasa pada minggu lepas tidak pun mencecah angka dua ratus ringgit.

Mari kita lihat pengiraan berikut :

Harga emas semasa = RM180/gram
Diketahui bahawa 1rial berat = 2.72gram
Maka harga serial berat = RM 180 x 2.72 = RM 489.60

Justeru nilai  RM 489.60 ini bukanlah untuk 1 gram emas, tetapi ia adalah untuk 2.72gram iaitu 1rial berat.

Katalah anda dah ter-berkenan dan memutuskan membeli seutas rantai tangan dengan berat 18.5gram dan kos upah RM250.

Mari kita lihat pengiraan yang terlibat :

Berat rantai tangan 18.5gram dalam rial berat = 18.5gram/2.72rial berat = 6.80147 rial berat,
Dari kiraan ini, tuan kedai akan beritahu rantai tangan ini beratnya 7rial.  Mari kita kira berapakah harga rantai tangan ini.

Harga rantai tangan dalam rial berat = (Berat emas x harga emas semasa) + kos upah
                                                 = (6.80147rial berat x 489.60 RM/rial berat) + RM 250
                                                 = RM 3330.00 + RM 250
                                                 = RM 3580.00
Dengan ini, harga rantai tangan dengan berat 18.5gram atau 7rial berat yang anda beli dengan harga RM 3580 menjadi RM 193.50 segram setelah ditambah kos upah.

Ok-lah, diharap dengan 2 contoh simple ni, anda semakin confident dan cukup bersedia dalam membeli barang kemas.  So, apa tunggu lagi, cepat-cepat la gi check berapa simpanan wang fiat@kertas anda, TUKARKAN ia kepada EMAS.  In sha Allah berbaloi-baloi.

Ok bai.

Notakaki : Pm saya untuk produk emas/perak Public Gold 019-9199323, 011-12760818.

1 comment:

  1. Tksh puan. Ni first time tau ttg rial berat. Maksudnya kalau beli emas di kelantan kena guna kaedah ini atau boleh juga kiraan gram?

    ReplyDelete