Bagaimanakah emosi yang tenang dan damai bisa dimiliki ? Inilah satu persoalan yang sering bermain di benak fikiran. Dan setiap dari kita pasti punya cara tersendiri untuk memiliki emosi yang tenang dan damai.
Biar apapun cara mahupun idealogi yang kita amalkan untuk memastikan emosi tenang dan damai sentiasa dimiliki, namun tahukah anda, bahawa ketenangan dan kedamaian emosi akan hanya dimiliki secara total dengan cara MENGINGATI ALLAH.
Ya, ketenanagan akan hanya diperoleh dengan mengingati Allah s.w.t. sebagiamana firmanNya yang bermaksud : "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan tenang." (al-Ra'd 13:28).
Tuesday, 30 October 2012
Monday, 22 October 2012
GP Sepang
Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus melakar sejarah baru sukan lumba motosikal negara apabila menduduki tempat kedua semalam dalam saingan Moto3. Jika tidak kerana kesilapan pada dua selekoh terakhir, pastinya pelumba berusia 21 tahun ini muncul juara di hadapan 77,000 penyokong-penyokong tempatan.
Pelumba Air Asia SIC Ajo ini mencatatkan 40 minit 54.151 saat dibelakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese yang mencatatkan masa 40:54.123s manakala Jonas Folger meraih kedudukan ketiga dengan catatan 40:54.370s. Terdahulu, Sandro Cortese berjaya mengesahkan kejuaraan dunia bagi saingan Moto3 tahun ini dengan pungutan 280 mata keseluruhan.
Dalam perlumbaan semalam, Zulfahmi memulakan perlumbaan di petak pertama namun berjaya dipintas oleh Jonas Folger seawal pusingan pertama yang memimpin perlumbaan sehingga ke pertengahan saingan. Namun, di pusingan ke-11, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berjaya memotong Folger sehingga ke pusingan terakhir namun Cortese berjaya memanfaatkan kesilapannya pada dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya,” kata Zulfahmi Khairuddin selepas perlawanan semalam.
“Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.”
“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi.”
“Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang,” kata Zulfahmi yang turut menyambut hari jadi kelmarin.
Sementara itu, Sandro Cortese yang sudahpun dinobatkan selaku juara dunia Moto3 mengakui berada sedikit sedih kerana terpaksa merosakkan kegembiraan pelumba negara, Zulfahmi dalam perlumbaan semalam.
“Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi,” kata Cortese di sidang media yang semalam.
“Kemenangan hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk menghadapi baki dua perlumbaan (musim ini). Saya pasti kami boleh menyinar di Australia dan Valencia,” kata pelumba kelahiran Jerman itu.
Akhirnya, sekalung tahniah buat pemilik nama Zulfahmi Khairudin selaku generasi muda Melayu yang mampu melonjakkan nama di peringkat global; anda menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dan kekalkan prinsip hidup yang berpegang teguh pada tali Allah.
Akhirnya, sekalung tahniah buat pemilik nama Zulfahmi Khairudin selaku generasi muda Melayu yang mampu melonjakkan nama di peringkat global; anda menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dan kekalkan prinsip hidup yang berpegang teguh pada tali Allah.
sumber : http://arsenal4u.com/2012/10/moto-gp-zulfahmi-khairuddin-lakar-sejarah-di-sepang/
Saturday, 20 October 2012
Tahniah Red Warrior
Sekalung tahniah kepada team Red Warrior kerana menjadi juara Piala Malaysia 2012 mengalahkan ATM 3-2 dengan masa tambahan. Kemenangan bergaya yang cukup memberi makna sekali gus menjadi kebanggaan seluruh warga Kelantan. Tahniah.
Nama-nama besar dalam team seperti Nurshahrul Idlan Talaha dan Indera Putra Mahyudin memang menyinar dan tidak menghampakan para penyokong dan seluruh team. Nama-nama lain seperti Apek Khairul Fahmi, Daud Su dan yang lain-lain juga cukup membanggakan kerana ini adalah kerja satu pesukan. Semangat juang kalian memamg cukup kental bersesuaian dengan nama gah Red Warrior yang kini menjadi Gergasi Pantai Timur. Apapun gelaran mahupun cemuhan telah menjadikan nama Kelantan berada di kelas yang tersendiri dalam arena ini. Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of Malaysia world or maybe the entire world. InsyaAllah.
Tahniah, tahniah, tahniah......hidup Kelate.
Nama-nama besar dalam team seperti Nurshahrul Idlan Talaha dan Indera Putra Mahyudin memang menyinar dan tidak menghampakan para penyokong dan seluruh team. Nama-nama lain seperti Apek Khairul Fahmi, Daud Su dan yang lain-lain juga cukup membanggakan kerana ini adalah kerja satu pesukan. Semangat juang kalian memamg cukup kental bersesuaian dengan nama gah Red Warrior yang kini menjadi Gergasi Pantai Timur. Apapun gelaran mahupun cemuhan telah menjadikan nama Kelantan berada di kelas yang tersendiri dalam arena ini. Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of Malaysia world or maybe the entire world. InsyaAllah.
Tahniah, tahniah, tahniah......hidup Kelate.
Wednesday, 17 October 2012
A story of Handbag
Sebut saja handbag atau beg tangan, memang banyak cerita tentangnya sama ada design mahupun jenama. Memang banyak jenama handbag yang famous di Malaysia.
4. Leiber Precious Rose
Beg tangan yang mengambil bentuk bunga ros ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karat serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu.
5. Fendi Selleria Bag
Handbag memang tidak boleh dipisahkan dari dunia wanita. Ia merupakan lambang/ciri kewanitaan yang jadi sebahagian pelengkap gaya.. Dari satu sudut yang lain ia juga melambangkan kemewahan. Jenama seperti LV, Marc Jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan ramai wanita berkerjaya. Golongan ini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki handbag berjenama dan terdapat segelintir darinya mahukan publisiti. Jika ditanya kenapa perlu beli hand beg mahal-mahal, akan ada seribu satu jawapan antaranya untuk meningkatkan keyakinan diri dan pelbagai sebab yang lain. Jika anda sendiri bagaimana ?
Jom kita kongsi cerita tentang handbag termahal di dunia. So apa lagi, jom layan……cuci mata je dengan niat di hati nak tambah ilmu. Dalam hati memang ingin memiliki tapi apa kan daya....... memang tak mampu pun......mana tau satu hari nanti dream will come true, Amin.
Jom kita kongsi cerita tentang handbag termahal di dunia. So apa lagi, jom layan……cuci mata je dengan niat di hati nak tambah ilmu. Dalam hati memang ingin memiliki tapi apa kan daya....... memang tak mampu pun......mana tau satu hari nanti dream will come true, Amin.
1. 1001 Night Diamond Purse
Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal d idunia.
2. The Hermes Birkin
Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan. psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst
3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag
Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel. Beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribui. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.
Beg tangan yang mengambil bentuk bunga ros ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karat serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu.
5. Fendi Selleria Bag
Beg tangan jenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang ditemui dan paling mahal. Beg ini berharga USD38ribu, sekitar RM114 ribu.
Semua handbag di atas cantik-cantik belaka kerana bertatah berlian dan bersulam emas. Memang cantik. Apa-apa pun jadilah diri anda yang sebenar.....
Tips Temuduga
Tingkahlaku Semasa Temuduga
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.
17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.
Saturday, 13 October 2012
Tingkatkan keyakinan diri anak
Keyakinan diri adalah sangat penting kerana tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukan sesuatu terutama sesuatu yang baru. Kita akan sukar meletakkan matlamat kejayaan kerana bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh berjaya.
Justeru bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk cemerlang ? Ada 2 langkah mudah :
1. Imbas kembali cerita/kisah silam dimana anak kita hebat dan cemerlang. Cerita dengan penuh yakin dan ikhlas supaya anak-anak kita ingat semula tentang semua kisah itu. Kita akan lihat anak jadi lebih bersemangat dimana cara duduk juga akan berubah. Pada masa ini, anak seolah-olah mahu kita terus bercerita. Teruskan bercerita dengan ikhlas.
2. Apabila wajah anak mula bercahaya, barulah kita masukkan sedikit cerita tentang kejayaan orang lain yang cemerlang. Dalam keadaan ceria begini, anak-anak akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita kehebatan orang lain.
Seterusnya katakan kepada anak anda, "Mak/ayah rasa, anak mak/ayah lebih hebat dari mereka semua. Kalau belajar rajin sikit, mesti tak ada orang boleh lawan". Katakan dengan yakin dan penuh bersemangat diringi senyuman ikhlas.
Lakukan ini untuk meningkatkan keyakinan anak anda agar anak membesar dengan pemikiran bahawa mereka lebih baik dan lebih hebat dari orang lain dan seterusnya cemerlang...in sha Allah.
Justeru bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk cemerlang ? Ada 2 langkah mudah :
1. Imbas kembali cerita/kisah silam dimana anak kita hebat dan cemerlang. Cerita dengan penuh yakin dan ikhlas supaya anak-anak kita ingat semula tentang semua kisah itu. Kita akan lihat anak jadi lebih bersemangat dimana cara duduk juga akan berubah. Pada masa ini, anak seolah-olah mahu kita terus bercerita. Teruskan bercerita dengan ikhlas.
2. Apabila wajah anak mula bercahaya, barulah kita masukkan sedikit cerita tentang kejayaan orang lain yang cemerlang. Dalam keadaan ceria begini, anak-anak akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita kehebatan orang lain.
Seterusnya katakan kepada anak anda, "Mak/ayah rasa, anak mak/ayah lebih hebat dari mereka semua. Kalau belajar rajin sikit, mesti tak ada orang boleh lawan". Katakan dengan yakin dan penuh bersemangat diringi senyuman ikhlas.
Lakukan ini untuk meningkatkan keyakinan anak anda agar anak membesar dengan pemikiran bahawa mereka lebih baik dan lebih hebat dari orang lain dan seterusnya cemerlang...in sha Allah.
Wednesday, 10 October 2012
Kenapa senyum ?
Alasan untuk kenapa senyum :
- Senyum itu ibadah, satu sedekah.
- Anda terlihat lebih manis.
- Anda bisa mendapatkan senyum lagi.
- Menunjukan keramahan anda.
- Bisa mendapatkan teman baru.
- Memberikan kesan yang positif.
- Menjadikan anda lebih ceria....bahagia...
Monday, 1 October 2012
Debaran PMR 2012
PMR semakin hampir, sangat-sangat hampir. Saya pasti, semua yang benar-benar berhajatkan kecemerlangan dalam PMR, hatinya mesti berdebar-debar menjelang hari peperiksaan....sianak mahupun ibu atau bapa tak terkecuali guru-guru dan pentadbiran sekolah.
Berdebar ? Tapi kenapa ya. Ada banyak sebab kenapa berdebar.
Berdebar memikirkan apakah aku mampu nak menjawab soalan dengan baik dan tepat.
Berdebar memikirkan apakah keputusan yang bakal diperoleh nanti.
Untuk mengatasi debaran dan segala macam rasa, marilah kita memberi sedikit masa dan ruang kepada jiwa kita untuk rapat kepadaNya, rapat kepada pencipta kita, Allah SWT.
Bagi yang merasakan PMR ini adalah sesuatu yang besar dalam kehidupannya dan dia dah pun berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji, membuat latihan atau mengikuti perbincangan dalam kumpulan serta mengorbankan banyak masa, maka ketahuilah bahawa usaha itu tidak sia-sia.....sama sekali tidak sia-sia. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya.
Oleh itu, janganlah gusar, bimbang atau merasa gentar.
Damaikanlah hati, tenangkanlah jiwa.
Ingatlah bahawa Allah sentiasa menilai segala titik-peluh dan usaha kita. Dan jika kita masih merasa kurang bersedia ataupun tidak begitu bersedia, Allah tahu kita sudah berusaha sedaya upaya. Ada satu perkara yang kita boleh lakukan sehinggalah di saat-saat kita berada di dalam dewan peperiksaan.
Apakah itu?
Sentiasalah ingat dan rapat pada Allah SWT. Inilah kunci kepada kejayaan.
Kita bertawakkal setelah berusaha. Segala usaha kita adalah salah satu bentuk tawakkal kepada Allah. Mungkin kita rasa kita ini kurang persediaannya, tetapi dengan bantuan Allah, Allah boleh memberi lebih daripada apa yang kita jangkakan dan Allah juga boleh mengubah apa yang mungkin tidak terfikir oleh kita.
Maka, dalam tempoh masa yang singkat ini, adalah dicadangkan untuk anak-anak beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai jalan bertawakal kepada Allah iaitu :
1) Luangkan masa untuk solat sunat dan berdoa meminta agar Allah memberi yang terbaik dan membantu kita semasa peperiksaan.
Solat dan berdoalah pada Yang Esa
2) Istighfar dan taubat agar dosa kita tidak menjadi penghalang antara kita dengan kejayaan yang Allah hendak berikan.
3) Sempatkanlah diri untuk bangun malam sebelum Subuh dan menunaikan solat sunat tahajud.
Buatlah 3 perkara ini sekadar yang termampu.
Selain itu, peliharalah peribadi dan akhlak kita. Jagalah tutur kata tatkala berbicara dan juga menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
Hidup ini memang bukan sekadar menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Tetapi sebagai hambaNya, kita dituntut untuk sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi dengan niat kerana Allah.
Buat anak tersayang, Tuan Zafri, mak doakan semoga kejayaan menjadi milikmu, InsyaAllah. Post kali ini ditujukan khas untukmu duhai anak anak sulong mak.
Teruskan berjuang untuk berjaya dunia dan akhirat. InsayaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)