Handbag memang tidak boleh dipisahkan dari dunia wanita. Ia merupakan lambang/ciri kewanitaan yang jadi sebahagian pelengkap gaya.. Dari satu sudut yang lain ia juga melambangkan kemewahan. Jenama seperti LV, Marc Jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan ramai wanita berkerjaya. Golongan ini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki handbag berjenama dan terdapat segelintir darinya mahukan publisiti. Jika ditanya kenapa perlu beli hand beg mahal-mahal, akan ada seribu satu jawapan antaranya untuk meningkatkan keyakinan diri dan pelbagai sebab yang lain. Jika anda sendiri bagaimana ?
Jom kita kongsi cerita tentang handbag termahal di dunia. So apa lagi, jom layan……cuci mata je dengan niat di hati nak tambah ilmu. Dalam hati memang ingin memiliki tapi apa kan daya....... memang tak mampu pun......mana tau satu hari nanti dream will come true, Amin.
Jom kita kongsi cerita tentang handbag termahal di dunia. So apa lagi, jom layan……cuci mata je dengan niat di hati nak tambah ilmu. Dalam hati memang ingin memiliki tapi apa kan daya....... memang tak mampu pun......mana tau satu hari nanti dream will come true, Amin.
1. 1001 Night Diamond Purse
Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal d idunia.
2. The Hermes Birkin
Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan. psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst
3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag
Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel. Beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribui. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.
Beg tangan yang mengambil bentuk bunga ros ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karat serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu.
5. Fendi Selleria Bag
Beg tangan jenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang ditemui dan paling mahal. Beg ini berharga USD38ribu, sekitar RM114 ribu.
Semua handbag di atas cantik-cantik belaka kerana bertatah berlian dan bersulam emas. Memang cantik. Apa-apa pun jadilah diri anda yang sebenar.....
No comments:
Post a Comment