Saturday, 13 October 2012

Tingkatkan keyakinan diri anak

Keyakinan diri adalah sangat penting kerana tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukan sesuatu terutama sesuatu yang baru.  Kita akan sukar meletakkan matlamat kejayaan kerana bimbang dan tidak yakin bahawa kita boleh berjaya.

Justeru bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk cemerlang ?  Ada 2 langkah mudah :

1. Imbas kembali cerita/kisah silam dimana anak kita hebat dan cemerlang.  Cerita dengan penuh yakin dan ikhlas supaya anak-anak kita ingat semula tentang semua kisah itu.  Kita akan lihat anak jadi lebih bersemangat dimana cara duduk juga akan berubah.  Pada masa ini, anak seolah-olah mahu kita terus bercerita.  Teruskan bercerita dengan ikhlas.


2. Apabila wajah anak mula bercahaya, barulah kita masukkan sedikit cerita tentang kejayaan orang lain yang cemerlang.  Dalam keadaan ceria begini, anak-anak akan lebih bersedia untuk menerima cerita-cerita kehebatan orang lain. 
Seterusnya katakan kepada anak anda, "Mak/ayah rasa, anak mak/ayah lebih hebat dari mereka semua.  Kalau belajar rajin sikit, mesti tak ada orang boleh lawan".   Katakan dengan yakin dan penuh bersemangat diringi senyuman ikhlas.

Lakukan ini untuk meningkatkan keyakinan anak anda agar anak membesar dengan pemikiran bahawa mereka lebih baik dan lebih hebat dari orang lain dan seterusnya cemerlang...in sha Allah. 

No comments:

Post a Comment