Tuesday, 31 December 2019

Tips Mudah Sekolah Menengah Anak

Entry kali ini saya ingin kongsikan maklumat tentang laluan anak ke sekolah menengah hasil dari pengalaman sendiri dan sedikit research yang sempat dibuat.  Adalah diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada ibubapa yang masih tercari-cari info tentang pendidikan peringkat menengah selepas anak-anak menerima keputusan UPSR dan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA).

Umum mengetahui pendidkan sekolah menengah terbahagi kepada 2 iaitu menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4 & 5). Berikut adalah ringkasan laluan ke sekolah menengah rendah :

1. SBP/SBPi bawah KPM
SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah sekolah di bawah KPM.  Ia dikenali melalui SMS (Sek Men Sains) dimana terdapat sebanyak 69 buah SMS mengikut sumber Wikipedia.
SBPi (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) telah diperkenalkan sejak tahun 2002 yang menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulin, Aliran Sains Tulin Agama dan Aliran Sains Teknikal dengan 12 buah SBPi seluruh negara.  

2. Sekolah kawalan/kluster kecemerlangan bawah KPM
Sekolah di bawah kategori ini meliputi SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), KAA (Kelas Aliran Agama), RKN (Sekolah Rancangan Khas Negeri) dan KRK (Kelas Rancangan Khas).

SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) - tambah 2 subjek iaitu Bahasa Arab Komunikasi dan Pengajian Quran dan Sunnah, contoh sekolah di negeri Kelantan adalah SMKA Melor, SMKA Wataniah dan lain-lain SMKA.

3. Sekolah saluran dan KAA (Kelas Aliran Agama)
Sekolah saluran adalah sekolah menengah yang telah ditetapkan oleh KPM bagi semua murid setelah tamat darjah 6 dan lebih dikenali sebagai sekolah menengah harian. Tahukah anda bahawa KPM telah menwujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) atas desakan dan permintaan ibubapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Agama (SMKA).  Dalam kelas ini anak-anak akan mengambil mata-pelajaran Bahasa Arab Komunikasi sama seperti di SMKA.

4. MRSM bawah MARA
Terdapat 3 jenis MRSM iaitu MRSM premier, MRSM IGCSE dan MRSM Ulul Albab.

5. Sekolah-sekolah bawah Yayasan Negeri
Bagi negeri Kelantan ia di bawah YIK (Yayasan Islam Kelantan) yang terdiri dari Maahad Kawalan (Maahad Tahfiz Sains, Maahad Tahfiz, Maahad Muhammadi Lelaki/Perempuan), Maahad Pilihan, Maahad dan SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)

Ok meh saya kongsikan sedikit pengalaman sekolah anak-anak saya yang semuanya bersekolah rendah/menengah di bawah KPM. Harapnya anda sudi terus membaca hingga ke noktah terakhir.
  
Saya seperti ibu-bapa lain juga mahukan anak yang mempunyai latar belakang agama dalam akademik mereka.  Namun saya tidak cukup 'berani' menghantar anak ke sekolah agama selepas habis tadika atas pelbagai sebab dan alasan ketika itu.  
Maka anak-anak terus ke sekolah rendah bawah KPM sebagaimana kebanyakan orang.  Dan apabila anak naik ke sekolah menengah, dengan berbekal keputusan UPKK dan UPSR saya memilih sekolah agama buat mereka.  

Anak sulung dan anak ke-2 saya meneruskan pendidikan menengah di SMKA manakala anak ke-3 pula berpeluang mengikuti program quranik MRSM Ulul Albab.  Pengalaman menguruskan kemasukan anak ke-3 ini menjadikan saya seorang yang lebih optimis dan dinamik dalam pendidikan anak-anak.

Kenapa saya baru jadi seorang ibu yang lebih optimis semasa anak ke-3? Ini kerana saya mula bertindak untuk membuat rayuan.  
Jujur saya katakan, semasa zaman abang-abang naik form1 dulu saya tidak pernah menghantar sebarang surat rayuan sama ada MRSM Ulul Albab ataupun Imtiaz selepas dimaklumkan permohonan tidak berjaya. 
Namun apabila anak ke-3 terpaksa ke sekolah saluran selepas menolak tawaran SBP, saya terpaksa gagahi jua langkah membuat rayuan.  
Maka, bermulalah episod saya mengarang surat rayuan dan beberapa kali memanjat tangga ke pejabat JPN dan ibu pejabat MARA di KL. Alhamdulillah anak yang ini dapat mengikuti program tahfiz di sekolah kawalan KPM iaitu SMKA Tok Bachok yang baru setahun menjalankan program tahfiz. 

Setelah beberapa bulan, dia kemudiannya merayu-rayu pula untuk ke program tahfiz anjuran MARA lantaran ramai rakan-rakan SMKA-nya yang mendapat tawaran MRSM Ulul Albab.  
Dan atas desakan anak ditambah dengan rasa ingin mencuba, saya gagahi rayuan ke ibu pejabat MARA pula. Alhamdulillah sekali lagi rezeki menyebelahi anak dimana dia telah diterima untuk kemasukan terakhir ke MRSM Ulul Albab Besut awal Mei 2016. 

Saya juga terpaksa melalui pengalaman rayuan semasa anak ke-4 dan alhamdulillah kini bersekolah di SMKA sama seperti abang-abangnya (setelah menunggu seketika rayuan untuk ke SMKA Tok Bachok selain dua kali menolak tawaran MRSM IGCSE juga ditawarkan selepas proses rayuan).





Gambar bersama putera-puteri - sekadar hiasan entry kali ini

Apa yang ingin saya katakan disini adalah buatlah rayuan sekiranya anak tidak mendapat tawaran ke mana-mana sekolah yang diimpikan.  
In sha Allah, anak kita akan dapat yang terbaik buat mereka dan satu hari nanti kita juga turut akan merasa tempiasnya.

Semoga selamat semuanya. Aamiin Ya Allah.

Saturday, 9 November 2019

Strategi Mudah Pandai Catur

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi kerana busy with a lot of things...saya kembali dengan judul entry kali ini tentang cerita catur anak-anak kandung saya serta sedikit tips for chess beginers.  
Umum mengetahui catur mempunyai impak yang tersendiri terutama dalam meningkatkan fokus mahupun kenyakinan diri.  Segelintir pula beranggapan bahawa catur mempunyai kaitan dengan tahap genius seseorang.  
Sejauh mana kebenaran anggapan ini, saya sendiri kurang pasti.  

Namun, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang baik tentang catur berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak saya Tuan Zarif Irfan & Nurul Izzah.  Catur telah mengubah mereka jadi lebih matang sejak mereka berdua terlibat dengan permainan ini bermula beberapa tahun lepas.  
Dan sejak itu juga saya makin aktif berfb.  Lihat, nampaknya catur juga turut mengubah persepsi saya terhadap medsos dan menjadikan ia sebagai album bagi mengabadikan kenangan berharga untuk tatapan masa depan.  

Tournament pertama Izzah di SK Temangan tahun 2016 

Ok bagaimana kami bermula dalam catur.  Jujur saya katakan pada peringkat awal, set catur yang ada di rumah hanyalah sekadar koleksi indoor games yang saya sediakan untuk menghadapi cuti sekolah hujung tahun.  Set indoor games ini sering kali dipandang sepi.  Saya sediakan beberapa set saidina, congkak dan juga papan karum (mungkin kurang kualiti sebab harganya murah).  Namun kami jarang-jarang bermain apatah lagi membuka papan catur.  Sesekali bila terasa 'puas' dengan tv dan ps, anak-anak dilihat memegang duit-duit saidina dan buah catur.  
Dari situ mereka tahu gerakan asas catur dan sesekali berlawan sesama sendiri atau bersama si ayah yang celik catur berbanding saya yang totally zero. Ini berlarutan selama beberapa tahun sehingga  anak ke-2 saya Tuan Zakwan direzekikan menjadi wakil sekolah semasa tingkatan 2.  

Namun ini masih belum cukup memberi kesedaran kepada saya meskipun saya sedia maklum prestasi memberangsangkan arwah 2 puteri arwah bapa saudara yang telah mencipta nama hingga ke peringkat kebangsaan dalam permainan ini. 

Segalanya berubah pada penghujung tahun 2014 dimana saya mula memikirkan game yang sesuai untuk Zarif lantaran taekwondonya yang kurang menyerlah. Maka bermulalah dunia catur buat Zarif.  Syukur alhamdulillah selepas menyertai beberapa tounament, Zarif akhirnya terpilih dalam list pencatur KBS (Kota Bharu Selatan) pada tahun berikutnya.  
Bila dikenang kembali, memang lucu. Saya sendiri tak tahu bahawa saya daftarkan anak untuk tounament anjuran MSSD kerana sekolah anak (SKPK) masih belum ada kelab catur pada masa itu. 
Alhamdulillah, dengan pencapaian kecil ini juga dapat beri inspirasi dan kekuatan kepada sekolah untuk menubuhkan kelab catur dan juga rezeki buat Zarif menjadi pengerusi kelab selama 2 tahun. Dan sehingga kini tahun 2019, Zarif telah 6 kali menyertai tounament hingga ke peringkat negeri.

Manakala si adik, Izzah mula menjinakkan diri dengan catur pada pertengahan tahun 2016 setelah banyak kali menjadi peneman saya setiap kali si abang ada tounament. Dan alhamdulillah Izzah juga telah terpilih sebagai pencatur KBS pada tahun berikutnya. 

Sesungguhnya, memang benar pengakuan seorang guru yang mengatakan bahawa amat mudah untuk mengumpul sijil dalam catur dan seterusnya menjadi aktif dalam kokurikulum hanya dengan bercatur.  Dan seandainya rezeki anak sememangnya telah tersurat dalam catur, mereka juga dengan mudah akan mendapat sijil dan hadiah pencapaian.  Ini merupakan satu bonus buat mereka dan juga kita sebagai orangtua.

Zarif dan Izzah@MSSD 2019 (Zarif tidak kelihatan dalam foto)

 Zarif @MSSD2019

Izzah@MSSD2019

Ok, disini saya kongsikan beberapa tips untuk mendekatkan anak dengan catur :

1. Beri pendedahan awal
Belikan set catur untuk anak kenal papan & buah catur serta ajar mereka gerakan asas catur.  Kemudian, minta anak masuk kelab catur sekolah untuk meningkatkan kemahiran bercatur mereka.

2. Masuk chess tounament
Langkah seterusnya adalah join tournament.  Ada banyak tournament anjuran persatuan-persatuan catur terutama sepanjang cuti sekolah.  Ini adalah perlu sebagai persedian mental dan fizikal anak menjelang tournament peringkat MSSD.  Perlu diingat, jangan sesekali memaksa anak  join tournament. Beri mereka masa agar mereka benar-benar bersedia fizikal mahupun mental.

3. Cari sifu
Ini juga perlu dan sangat penting untuk memastikan anak cukup bersedia dalam menghadapi tournament selain memastikan anak kekal releven kerana sesungguhnya, catur mempunyai sejuto ene langkah untuk opening, middle dan juga end game.

4. Terus motivasikan anak dan doakan mereka
Bagi saya, ini juga sangat penting bagi memastikan minat anak tetap pada catur kerana minat mereka akan berubah seiring dengan usia mahupun masa. Teruskan beri semangat jika anak kalah dalam sesuatu game (biasanya ada 6-7 games dalam sesuatu tournament, bergantung kepada penganjuran dan bilangan peserta) supaya semangat juang mereka tetap utuh untuk menghadapi game seterusnya.  
In sha Allah mereka akan beroleh sesuatu yang baik di penghujung setiap tournament sama ada sijil penyertaan, sijil pencapaian atau hadiah kemenangan dan seterusnya bersedia untuk tournament yang akan datang.  Dan of coz, doakan yang baik-baik untuk mereka agar Allah kurniakan sesuatu yang baik melalui aktiviti catur ini. In sha Allah.

Akhirnya selamat mencuba dan semoga entry ini memberi manfaat dalam usaha kita menyantuni fitrah anak.  
Anda juga boleh mengikuti perkongsian catur anak saya di fb.  
Tq vmuch dan jumpa lagi.

Tuesday, 18 October 2016

Pengalaman Famili Azani dalam Catur

Kali ini saya ingin kongsikan kisah anak-anak menyertai pertandingan catur di SK Temangan, Machang.  
Ini pengalaman pertama kali buat Izzah manakala Zarif, ini kali ke-6 buatnya. 

Alhamdulilllah, Zarif telah terpilih menjadi wakil daerah Kota Bharu Selatan bulan lepas, ia pencapaian tertinggi tahun ini.  
Jujur saya katakana ia umpama mimpi, anak akan bermain peringkat negeri.
Alhamdulillah Ya Allah.

1st game Zarif, menang...Alhamdulillah

1st game Izzah...kalah namun Alhamdulillah si kecil ini semakin yakin in sha Allah

 2nd game Izzah, kalah...dia jumpa lawan Zarif masa 1st game

 2nd game Zarif...kalah...illegal move

 5th game Izzah...bye...menang....


Keputusan akhir, Zarif 4menang 2kalah & Izzah 2menang 4kalah....dapat sekeping lagi sijil penyertaan untuk tambah koleksi clear holder alhamdulillah.




Fun time...sebelum balik Kok Lanas

Memang hapening Hari Kokurikulum SK Temangan...tahniah penganjur.  Sampai jumpa lagi di lain kesempatan dan posting, jaga diri, jaga iman.
Bye.

Tuesday, 28 June 2016

Santuni Fitrah Anak 3 : Jangan Swastakan Anak Anda

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali di bulan Ramadhan yang mulia ini.  Semoga ibadah puasa yang sedang kita jalani ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga malah ia turut memberi kita peluang dan ruang untuk mengerjakan amalan-amalan lain dan yang paling utama, puasa dapat menghindarkan diri kita dari yang haram. Aamiin Ya Rob.

Dalam entry terdahulu, saya telah kongsikan tentang membangau dan melabel. Kali ini saya akan kongsikan pula tips yang ke-tiga iaitu menswasta.  Apa pula kaitan swasta, menswasta dan pengswastaan dalam menyantuni fitrah anak? Adakah ia berlaku pada anak anda? Adakah ia berlaku dalam keluarga anda? Adakah anda juga melakukan pengswastaan terhadap anak anda? Jujurnya, saya pernah melakukan penswastaan terhadap anak-anak.....ianya saya lakukan tanpa saya sedar bahawa itu adalah penswastaan......Subhanallah.

Tips yang ke-3 : Jangan swastakan anak anda.

Istilah menswastakan anak kedengarannya seperti sesuatu yang janggal.  Ianya tak mungkin akan dilakukan oleh mana-mana ibubapa yang secara fitrah amat menyayangi anak-anak mereka kerana ibubapa akan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian mereka pada anak. Dan lojiknya, ibubapa juga akan menyediakan semua keperluan sama ada keperluan fizikal mahupun spiritual untuk anak-anak. Namun, penswastaan tetap berlaku tanpa kita sedari. Ya sahabat sekelian, ia berlaku tanpa kita sedari.

Kebanyakan dari kita tidak sedar bagaimana penswastaan terhadap anak boleh berlaku. Saya ambil contoh mudah yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Dalam kita sibuk dengan rutin harian di rumah, kita pasti akan membenarkan dan membiarkan anak menonton rancangan TV atau video. Ada juga anak yang diberi kebebasan bermain komputer, PS atau lain-lain video games. Dan terkini, anak-anak disuakan pula dengan tab, smartphone atau gajet-gajet lain yang seangkatan dengannya seawal usia 2 tahun. Kita lakukan ini supaya anak diam, tidak merengek serta tidak mengganggu kita yang kononnya sibuk dengan rutin harian yang perlu dibereskan.  Betul kan?

Inilah antara bentuk penswastaan terhadap anak-anak. Penswastaan alaf baru. Kita swastakan anak pada TV, video, video games mahupun gajet-gajet. Tindakan ini sebenarnya hanya menyelesaikan masalah pada masa kejadian berlaku. Namun ia memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak-anak yang masih kecil. Sebahagian dari kita sedar implikasi dari tindakan sebegini namun kita tetap melakukannya kerana bla, bla, bla, bla......seribu satu alasan.  Dan akhirnya apabila kita gagal mengawal kehendak anak atau lebih teruk lagi apabila anak menjadi obses terhadap gajet-gajet sebegini, semuanya sudah terlambat. Dan lebih buruk lagi apabila ia sedikit menngganggu perkembangan akademik, kita mula pening kepala dan menyalahkan orang lain. Selalunya yang menjadi sasaran adalah cikgu-cikgu dan pihak sekolah yang dikatakan tak buat kerja. Kita terlupa hakikat ibubapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Renung-renungkanlah.   


Justeru, sebagai ibubapa yang amat menyayangi anak-anak, kembalilah kepada fitrah.  Ajarkan anak-anak aktiviti bermanafaat seperti zaman kanak-kanak tahun 70an, 80an dan awal 90an. Seeloknya dedahkan aktiviti sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah seperti berenang, memanah dan menunggang kuda. Yang paling utama, luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama anak-anak. Dan seterusnya,  kita sendiri sebagai ibubapa seharusnya perlu mengurangkan masa bersama gajet@telefon pintar apatah lagi saat bersama anak. Ingat, ibubapa adalah contoh teladan kepada anak-anak.

Say NO to all GADGET. Gajet-gajet hanya bolah diberikan kepada anak-anak dengan syarat ada pemantauan. Anda buat, anda beruntung dan in sha Allah anak-anak akan jadi aset anda di kemudian hari. Jumpa lagi entry akan datang....Selamat Hari Raya 2016, maaf zahir batin.

Thursday, 26 May 2016

Santuni Fitrah Anak 2 : Berhenti me'label'

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali.  Baru hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate entry blog sebab agak busy kebelakangan ini.   Emmmm, bunyi ayat macam membangau.........Astaghfirullah a'zim.  K full stop.

Sebelum saya sambung tips seterusnya dalam topik santuni fitrah anak, saya ingin bertanya soalan cepu emas kepada anda.  Sudahkah anda mencuba tips yang pertama iaitu jangan membangau?  Apapun jawapan anda, saya percaya anda telah melakukannya dan setidak-tidaknya anda telah mencuba untuk berubah dan tidak membangau  lagi kerana u're a great mum.  Ya, kita adalah ibu yang hebat dan juga sangat-sangat sayangkan anak-anak kita. Syabas buat anda dan juga saya.

Okay, kita terus ke tips yang ke-2 :

2. Berhenti me'label'

Ada apa dengan melabel?  Adakah melabel ini sama penting dengan label pada produk dalam bisnes?  Atau bagaimana? 


Melabel dalam konteks fitrah anak adalah menghakim atau menghukum kekurangan, kepincangan, kesilapan atau kesalahan anak sama ada anak kandung, anak didik mahupun anak orang lain.  Saya masukkan juga anak didik dan anak orang lain kerana saya adalah seorang pendidik yang masih berpegang kepada pesan seorang pensyarah KPLI saya (maaf tak boleh nak recall nama penuh beliau) yang berbunyi, jika kita berlaku adil dan berbuat baik kepada anak murid kita, in sha Allah anak kandung kita juga akan menerima keadilan dan kebaikan dari guru-gurunya.  Memang cukup mendalam pesanan ini dan cukup memberi kesan kepada saya, alhamdulillah.

Bagaimana melabel boleh berlaku.  Contoh mudah dalam kehidupan seharain, bila kita lihat anak kecil berebut makanan, kita akan kata 'urgh lapar betul budak ni, eeee tak sukalah'.   Dan mungkin lebih teruk lagi, hati kecil kita berkata mak bapak tak ajar ke.  Ini jika anak kecil tersebut adalah anak orang lain.  Bayangkan jika anak kandung sendiri yang berkelakuan seperti ini.  Adakah respon kita sama?  Mungkin kita kata, itu norms bagi budak-budak yang memang suka berebut semua benda.

Okay, contoh mudah lain. Ada pelajar yang suka sangat menyampuk dalam kelas kita, konon nak tunjuk pandai namun prestasi tidak seberapa.  Pasti bermacam-macam pesepsi kita.  Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah melabel pelajar tersebut tanpa berfikir apakah punca kerenah yang menjengkelkan hati tadi.  Dan sebahagian dari kita sedar, ini berpunca dari perasaan dahagakan perhatian.  Ya, mungkin pelajar ini terpaksa melalui pelbagai situasi pahit manis sejak dari kecil dan apabila ramaja masih lagi bergelut dengan pelbagai rintangan kehidupan.  Apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna.  Keluarga kita mungkin sempurna, sempurna secara fizikal kerana kita mengangkat keluarga kita ke tahap sempurna.  Namun adakah kesempurnaan fizikal keluarga kita juga sesempurna aspek asuhan, didikan dan tarbiyah.  Renungkan sejenak persoalan ini. 

Seterusnya, marilah sama-sama kita fikirkan kesan melabel pada hati kita.  Ya sahabat semua, hati kita akan terkesan dengan tindakan kita.  Semestinya kita tidak mahu hati kita menjadi gelap dan terus menjadi hitam kerana penyakit hati sukar untuk diubati.  Justeru, hentikanlah melabel kesalahan anak-anak orang lain, maafkanlah dia dan doakanlah dia kerana kita sedang mendidik khalifah.  Ya, anak-anak kita adalah khalifah. Khalifah yang akan memimpin dunia mereka pada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai olehNya.



Team action song, SKPK 2016

Dan akhirnya, seharusnya kita sedar hakikat kehidupan, berapa ramai anak-anak yang pada awalnya dilanda badai namun akhirnya apabila dewasa, berjaya dalam hidup di dunia dengan penuh bergaya.  Mudah-mudahan dia juga berjaya di hari kemudian kerana ini semua adalah rahmat dariNya.

Thursday, 19 May 2016

Santuni Fitrah Anak 1 : Stop bangau-ing

Assalamualaikum,

Semoga anda semua sihat.  Saya ingin berkongsi sedikit ilmu parenting yang saya timba bersama Pn Rosnah binti Ahmad (mesra disapa Kak Nah) pada 17 & 18 Mei lalu, yang berkongsi ilmu keibu-bapaan yang sangat bermanafaat, berdasarkan pengalaman peribadi beliau.

Jujur saya katakan, ini adalah parenting programme pertama saya sepanjang saya bergelar seorang ibu dan sesungguhnya ia benar-benar telah menjentik hati saya untuk terus mencari ilmu dan memperbaiki diri sendiri dalam usaha membantu anak-anak kandung mahupun anak-anak didik. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan namun saya bersyukur masih diberi peluang olehNya. 

Kenapa saya katakan saya melakukan kesilapan malah ada kekurangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kandung sendiri?  Ini kerana, dalam teori perkembangan kanak-kanak, perkembangan otak berlaku sehingga 80% pada umur 0-6 tahun. Dalam konteks anak kandung saya, kesemua anak-anak saya telah pun melebihi had umur ini,   
Namun saya bersyukur kerana Allah masih beri saya peluang ke-dua.  Peluang terbesar iaitu kesedaran yang diberikan oleh Allah untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan dengan cara bertaubat padaNya.  Ya, inlah jalan penyelesaian terbaik bagi saya untuk terus membantu anak-anak.

Mari saya kongsikan tips yang boleh digunakan dalam menyantuni fitrah anak :

1.  Stop bangau-ing.

Ini langkah pertama yang anda kena buat.  Kenapa dengan bangau ? Mari kita nyanyi bersama,

Bangau o bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macamana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul, 
Ikan tak nak timbul.

Ikan o ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macamana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat, 
Rumput panjang sangat.

Rumput o rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku,
Kerbau tak makan aku.

Kerbau o kerbau..............

Perut o perut............

Nasi o nasi...........

Kayu o kayu.........

Hujan o hujan.......

Katak o katak........

Ular o ular.......

Terus menyanyi lagu bangau sampai habis ya kawan-kawan.  Dalam kita seronok menyanyi lagu rakyat yang telah lama kita tinggalkan sambil mengimbau zaman kecik dulu-dulu, terselit satu pengajaran. Ya sahabat semua, pengajaran yang cukup mendalam.  Kita pernah mendengarnya dulu-dulu dari mak kita mahupun mak sedara ataupun tok wan.  Apakah pengajaran dari bangau ?  Ya, tepat sekali jawapan anda.  
Jangan sesekali menyalahkan orang lain namun inilah yang kita amalkan sehingga ke hari ini dalam semua aspek kehidupan.  Percaya atau tidak, kita menyalahkan orang lain dalam semua hal hingga dalam urusan anak-anak kita masih berkata penat, banyak kerja, stress bla bla bla.   Sebenarnya helah bela diri inilah yang menjadi tiket untuk anda untuk melepaskan diri namun ia memakan diri anda sendiri dan kesannya akan anda dapat lihat bila anak-anak makin besar dan meningkat remaja.

Solusi yang paling tepat dan mujarab adalah bertaubat.   Perbanyakkan solat sunat taubat, hidupkan sepertiga malam, baca quran, berzikir dan lain-lain amalan lain sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.  Ya, kita kena kembali kepada fitrah dan hentikan budaya bangau.



 Santuni Fitrah Anak; Dewan Al-Ghazali, PKB, tq La for your post

Saya akan sambung point seterusnya dalam entry akan datang.  Selamat beramal. Ingat, kita adalah ibubapa hebat yang sanggup berubah, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sehati dan mulia.........lagu P.Ramlee.........untuk anak-anak agar cemerlang dunia dan akhirat......kerana sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. 

Monday, 11 April 2016

Tahukah Anda Apa itu Program Ulul Albab ?

Selamat bertemu kembali di alam maya, moga kita semua dirahmati sokmo. Aamiin.

Kali ini saya akan berkongsi tentang program Ulul albab dan ia sememangnya sesuatu yang menarik. Saya secara peribadi mengetahuinya beberapa tahun lepas namun baru kini ia menjadi realiti dalam keluarga.  Alhamdulillah atas nikmat terbesar ini ya Allah.

Umum mengetahui, Ulul albab mengintegrasikan Al-Quran dan KBSM secara bersepadu.  Perkataan ”Ulul Albab” disebut dalam al-Quran al-Karim sebanyak 16 kali. Program ini bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Pencetus Idea - Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA dengan tujuan untuk mentrasformasi sistem pendidikan khususnya MARA.
Tahun 2009 - MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai MRSM Ulul Albab yang pertama.
Tahun 2010 - MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala  Batas.

Dan sejak 2 tahun lepas, KPM juga telah mengorak langkah mewujudkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TAMUA) di sekolah-sekolah terpilih.  Antaranya adalah SMKA Tok Bachok, Bachok, Kelantan.  Tahniah KPM.

 Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Tangok.jpeg
http://www.mara.gov.my
http://www.moe.gov.my/my/program-dan-pautan